Isnin, 10 Mac 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Berita tidak sahih beri kesan siasatan, keluarga

Posted: 10 Mar 2014 02:43 AM PDT

SEPANG 10 Mac - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta pihak media dan orang ramai tidak menyebarkan sebarang kenyataan tidak tepat atau berbentuk spekulasi berhubung kehilangan pesawat MH370 sejak Sabtu lalu.

Beliau berkata, kenyataan demikian bukan sahaja memberi kesan terhadap operasi mencari dan menyelamat malah, menyebabkan ahli keluarga penumpang tersebut berasa bimbang. - UTUSAN ONLINE

Kerajaan tidak sembunyi maklumat - Hishammuddin

Posted: 10 Mar 2014 02:38 AM PDT

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH dan THOMAS CHONG

SEPANG 10 Mac - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan tidak pernah menyembunyikan sebarang maklumat berhubung insiden kehilangan pesawat MH370 sejak awal pagi Sabtu lalu.

Beliau berkata, kerajaan bersikap terbuka dalam isu tersebut dan akan menyalurkan perkembangan terkini operasi mencari dan menyelamat dari semasa ke semasa. - UTUSAN ONLINE

Tiada bukti kehilangan pesawat berkait dengan kumpulan dari China

Posted: 10 Mar 2014 02:04 AM PDT

Oleh THOMAS CHONG dan SHARAMEI SHAIK AMEDULLAH

SEPANG 10 Mac - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tiada bukti kukuh menunjukkan kehilangan pesawat MH370 mempunyai kaitan dengan kumpulan Chinese Matyrs Brigade.

Kumpulan tidak dikenali itu sebelum ini dilaporkan menghantar kenyataan kepada media China mengakui bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat tersebut.

Media-media China bagaimanapun meragui penglibatan kumpulan tersebut dalam insiden kehilangan pesawat MH370. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved