Jumaat, 20 Disember 2013

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Sumber Ayu perkenal haruman asli

Posted: 19 Dec 2013 09:11 PM PST

Wanita moden kini lebih prihatin tentang penjagaan peribadi. Kecantikan bukan sahaja pada luaran seseorang wanita tetapi kebersihan dalaman turut mempengaruhi penampilan mereka.

Sumber Ayu Bio Natural, jenama bagi pembersih khusus wanita, memenuhi keperluan pembersihan intim wanita menerusi rangkaian baharu yang istimewa.

Produk-produk Pembersih Khusus Wanita Sumber Ayu menggunakan bahan-bahan tradisional semula jadi seperti ekstrak daun sirih, manjakani, kacip Fatimah, curcuma dan aloe vera untuk mengekalkan kebersihan bahagian intim dan melindunginya daripada masalah akibat bakteria sambil memberikan kesegaran serta keselesaan yang berkekalan.

Ia membantu melindungi dan mencegah bahagian intim daripada ketidakselesaan, kegatalan, keputihan berlebihan, mengurangkan bau yang tidak menyenangkan semasa dan sebelum haid.

Buih pembersih ini teruji secara klinikal dengan nilai pH 3.5 yang mengekalkan keseimbangan asid semula jadi dan mencegah pertumbuhan bakteria.

Sumber Ayu Bio Natural telah melantik pasangan selebriti sebagai duta, iaitu pelakon terkenal Zamarul Hisham bersama isterinya Diana Rafar yang juga seorang pelakon.

Pembersih Khusus Wanita Sumber Ayu Bio Natural merupakan produk yang ideal untuk wanita dan terdapat dalam dua variasi, Natural Passion dan Natural Romance .

Diperkaya dengan haruman air lavender dan air mawar, ia memberikan kesegaran dan kebersihan agar yakin dan sentiasa selesa.

Pembersih ini terdapat dalam pek buih 250 ml pada harga RM12.90.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved