Jumaat, 23 Disember 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


2,140 dapat 9A di Kelantan

Posted:

2,140 dapat 9A di Kelantan

2,140 dapat 9A di Kelantan

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my


Sebahagian daripada pelajar cemerlang PMR Sekolah Menegah Ahmad Maher Kota Bharu gembira setelah mendapat keputusan 9A dan 8A, semalam.


KOTA BHARU 22 Dis. – Kelantan mencatatkan keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 lebih baik dengan 2,140 calon lulus cemerlang semua A, berbanding 2,023 calon pada tahun lalu.

Pengarah Pelajaran Negeri, Hussain Awang ketika mengumumkan keputusan tersebut hari ini berkata, peningkatan sebanyak 0.61 peratus dicatatkan adalah yang tertinggi dalam tempoh enam tahun.

Beliau berkata, sebanyak 14 buah sekolah telah mencatatkan kelulusan 100 peratus berbanding hanya 10 buah pada tahun lalu.

Antara sekolah terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bachok, SMK Kubang Bemban, SMK Sultan Yahya Petra 2 Kuala Krai, SMK Zainab 1 dan Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra.

Sementara enam buah sekolah luar bandar yang dikategorikan sebagai berprestasi rendah, telah membuat 'lompatan' dalam peratus kelulusan iaitu SMK Kuala Balah daripada 45.19 peratus pada 2010 kepada 72.48 peratus, SMK Kubang Kerian 2 (45.19 peratus kepada 82 peratus), SMK Paloh (44.04 peratus kepada 63.89 peratus), SMK Cherang Ruku (45.77 peratus kepada 65.56 peratus), SMK Pahi (49.09 peratus kepada 65.44 peratus) dan SMK Sultan Yahya Petra 2 daripada 83.89 peratus kepada 100 peratus.

"Peratus kelulusan keseluruhan calon sekolah Kementerian Pelajaran termasuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di negeri Kelantan dengan merujuk kepada pencapaian peratus lulus minimum D bagi semua mata pelajaran ialah 67.73 peratus atau 19,659 calon, berbanding 66.75 peratus tahun 2010. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.98 peratus," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

PMR: Jumlah dapat 9A di Terengganu meningkat

Posted:

PMR: Jumlah dapat 9A di Terengganu meningkat

PMR: Jumlah dapat 9A di Terengganu meningkat

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI dan YULPISMAN ASLI
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 22 Dis. - Terengganu mencatat sejarahnya tersendiri apabila sekali lagi mengungguli keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) apabila seramai 1,962 calon atau 8.95 peratus berjaya memperoleh A dalam semua mata pelajaran pada tahun ini.

Jumlah tersebut meningkat seramai 216 orang atau 1.15 peratus berbanding tahun lalu iaitu seramai 1,746 (7.81 peratus) selain pencapaian pelajar yang memperoleh minimum D dalam semua mata pelajaran, juga meningkat kepada 93 calon apabila seramai 15,127 orang (69.04 peratus) memperoleh keputusan lulus semua mata pelajaran berbanding tahun lalu seramai 15,034 orang calon (67.23 peratus).

Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Hashim Mohd. Zin berkata, keputusan PMR kali ini juga menunjukkan prestasi membanggakan apabila pencapaian Gred Purata Negeri (GPN) turut meningkat kepada 2.57 berbanding 2.58 pada tahun lalu dan ia mengatasi GPN Nasional iaitu 2.74.

Katanya, ia merupakan rekod pencapaian terbaik PMR dalam tempoh lima tahun selain peningkatan jumlah sekolah yang mencapai prestasi A.

"Pada tahun ini, bilangan sekolah yang mencapai prestasi A atau sekolah berpencapaian tinggi Gred Purata Sekolah (GPS) 1.00-1.80 telah meningkat kepada 26 buah sekolah berbanding 25 buah pada tahun lalu.

"Sekolah Menengah (SM) Sains Sultan Mahmud merupakan sekolah terbaik seluruh negeri dengan mencatatkan nilai GPS 1.03," katanya pada sidang akhbar mengumumkan keputusan PMR 2011, di sini hari ini.

Tambah beliau, selain mencatat bilangan peningkatan sekolah berpencapaian tinggi, Terengganu juga pada tahun ini berjaya mencatat sejarah apabila 18 sekolah berjaya mencapai 100 peratus minimum D (lulus dalam semua mata pelajaran).

Ujarnya, angka itu menunjukkan satu pencapaian terbaik jika dibandingkan tahun lalu yang hanya lapan sekolah lulus 100 peratus.

"Antara sekolah itu ialah SM Sains Sultan Mahmud, SM Imtiaz Besut, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mak Lagam, SMK Lembah Bidong, SMK Tengku Mahmud, SM Imtiaz Kuala Berang, SM Imtiaz Dungun dan SM Imtiaz Kuala Terengganu," katanya.

Sementara itu katanya, keseluruhan pencapaian calon mengikut lokasi mengalami sedikit perubahan mengikut Nilai Gred Purata (GP) apabila pada tahun ini calon bandar menunjukkan peningkatan iaitu 2.42 berbanding tahun lalu 2.47.

"Bagaimanapun pencapaian calon luar bandar sedikit merosot apabila mencatatkan GP 2.72 berbanding 2.67 pada tahun lalu dan kita mengenalpasti pertukaran guru luar bandar ke bandar menjadi faktor utama kemerosotan pencapaian itu," jelasnya.

Bagi prestasi mata pelajaran pula, pencapaian kebanyakannya adalah membanggakan apabila sebanyak lapan daripada 13 mata pelajaran telah menunjukkan prestasi yang menggalakkan berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP).

Selain itu, pencapaian gred A dalam semua mata pelajaran juga meningkat apabila 10 daripada 13 mata pelajaran menunjukkan peningkatan iaitu Bahasa Arab (9.32 peratus), Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Perdagangan dan Keusahawanan (7.99%), KHB Ekonomi Rumahtangga (4.32 peratus) dan Sains (3.15 peratus).

Dalam pada itu ujar Hashim, turut membanggakan pada tahun ini, tiga Calon Berkeperluan Khas (CBK) daripada 103 calon yang menduduki peperiksaan itu, berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan seorang pelajar autisme, Muhammad Danial Zainuddin dari SMK Agama Sheikh Abdul Malek memperoleh 9A.

Full content generated by Get Full RSS.

80 pelajar dapat A berpeluang lawat Australia

Posted:

80 pelajar dapat A berpeluang lawat Australia

80 pelajar dapat A berpeluang lawat Australia


DUA sahabat karib, Muhammad Nur Aiman Adam dan Muhammad Fikri Ahmad Fauzi (kiri) bersama rakan-rakan lain yang turut berkongsi kejayaan meraih 8A di SMK Lembah Bidong, Setiu, semalam.


SETIU 22 Dis. - Seramai 80 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Bidong di sini yang memperoleh semua A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan berpeluang melawat Australia dan Indonesia pada Februari depan.

Peluang itu diberi sebagai hadiah atas kecemerlangan mereka dalam PMR yang diumumkan hari ini selain berkesempatan menyertai program perkongsian pintar dengan beberapa buah kolej di dua negara berkenaan.

Pengetua SMK Lembah Bidong, Sa'diah Morshidi berkata, daripada 80 pelajar berkenaan, 18 pelajar memperoleh 9A dan mereka akan melawat Perth, Australia manakala 62 lagi pelajar yang mendapat 8A akan ke Indonesia.

Beliau memberitahu, kunjungan selama seminggu itu turut diiringi beberapa orang guru sekolah berkenaan dengan mengunjungi Padburry High School dan Ocean Reef High School, kedua-duanya di Perth, Australia.

"Begitu juga dengan pelajar yang diberi peluang melawat Indonesia selama seminggu berserta guru-guru dan mereka akan ke SMP Maros, Sulawesi dan SMP N5 Bukit Tinggi di Indonesia.

"Ini merupakan kali pertama pelajar sekolah ini yang cemerlang PMR diberi peluang mengadakan lawatan ke luar negara selepas sekumpulan pelajar cemerlang SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) yang ke Australia, Oktober lalu," katanya kepada pemberita di sekolah berkenaan hari ini.

SMK Lembah Bidong merupakan antara 10 sekolah terbaik PMR negeri Terengganu tahun ini dan sekolah itu menduduki tangga keempat berbanding tangga kelapan.

Menurut Sa'diah, tahun ini, SMK Lembah Bidong mencatat keputusan PMR jauh lebih baik berbanding tahun lalu dengan gred purata 1.07 peratus berbanding 1.17 peratus tahun lalu di samping pencapaian 100 peratus lulus dalam semua subjek.

Malah jelasnya, tahun lalu, seramai 66 pelajar memperoleh semua A dalam PMR berbanding 80 orang pelajar tahun ini.

Mengenai lawatan pelajar ke luar negara, jelasnya, peluang itu berdasarkan peruntukan Kementerian Pelajaran untuk Sekolah Berprestasi Tinggi (SBP) pada tahun ini yang berjumlah RM700,000 sempena program pengantarabangsa.

"Untuk tahun depan, peruntukan berjumlah RM500,000 dan bagi tahun berikutnya (2013) adalah berjumlah RM300,000 dan kita juga akan beri peluang kepada pelajar yang cemerlang untuk tahun-tahun seterusnya," ujarnya.

Tambahnya, kejayaan sekolah berkenaan dalam PMR turut didorong usaha keras dan komitmen guru-guru serta pelajar termasuk keberkesanan program 'headcount' dalam menilai pelajar lemah serta pelaksanaan sistem 'guru muda'.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved