Jumaat, 23 Disember 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Ahli Pas bertindak sendirian hadapi risiko digugurkan

Posted:

Ahli Pas bertindak sendirian hadapi risiko digugurkan

Ahli Pas bertindak sendirian hadapi risiko digugurkan

KUALA LUMPUR 23 Dis. – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran kepada kesemua ahli parti itu supaya tidak bertindak bersendirian atau menghadapi risiko 'digugurkan'.

Dengan menyifatkan perlembagaan tertinggi Pas dijamin oleh sekumpulan individu berwibawa, kata beliau, mana-mana ahli parti yang bertindak sendirian pasti akan 'tersungkur'.

"Kita wajib menyedari bahawa semua tindakan bersendirian telah menggugurkan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam Pas.

"Sesiapa yang cuba berlagak pandai tanpa ilmu sebenar pasti tersungkur dengan lagaknya dan sesiapa yang berilmu dan menganggap dirinya paling bijak dalam Pas secara individu tanpa peduli terhadap adab berjemaah dalam Islam, akan menjadi mangsa serigala politik yang menjadi musuh perjuangan Islam," katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri bertajuk 'Politik Dalam Islam Ada Feqahnya' di http://presiden.pas.org.my semalam.

Teguran keras Abdul Hadi itu dipercayai ada kaitan dengan tindakan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang menyelar pihak tertentu dalam parti itu yang cepat melatah apabila menuduh tindakan beliau menyuarakan pandangan berbeza daripada pucuk pimpinan sebagai terperangkap dalam agenda UMNO.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor dalam satu program televisyen mendakwa, Pas kini telah tersasar daripada perjuangan Islam asal parti itu.

Mengulas lanjut, kata Abdul Hadi, Pas masih mengutamakan perjuangan politik berdasarkan Islam meskipun kini bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Katanya, perkara itu terbukti dengan peranan Majlis Syura Ulama Pas yang memelihara amalan Islam secara fikah Islam sebenar dan bertanggungjawab melakukan kajian dalam menghadapi cabaran semasa.

Full content generated by Get Full RSS.

Dewan Ulama Pas pertahan Hasan Ali, Nasharuddin

Posted:

Dewan Ulama Pas pertahan Hasan Ali, Nasharuddin

Dewan Ulama Pas pertahan Hasan Ali, Nasharuddin

KUALA TERENGGANU 23 Dis. – Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib tetap dengan pendiriannya mempertahankan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa walaupun kedua-duanya dikecam hebat oleh kepimpinan parti berkenaan.

Harun yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Terengganu menegaskan, pendiriannya masih tidak berubah terhadap kewibawaan serta kesetiaan Nasharuddin dan Hasan kepada Pas dari dahulu sehingga sekarang.

Malah beliau tetap berpendapat bahawa kedua-dua pemimpin berkenaan masih diperlukan oleh Pas dan begitu juga sebaliknya.

"Sepertimana saya katakan sebelum ini, saya tetap berpendapat bahawa Pas masih perlukan Hasan dan Nasharuddin, begitu juga mereka masih memerlukan Pas.

"Ini bermakna kedua-dua belah pihak masih saling memerlukan antara satu sama lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai Hasan dan Nasharuddin yang kini menjadi sasaran beberapa pemimpin tertinggi Pas ekoran tindakan mereka yang menyentuh soal dasar perjuangan parti berkenaan yang didakwa sudah terpesong daripada landasan sebenar.

Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menjelaskan, beliau mempunyai bukti kukuh untuk mengaitkan Hasan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor dengan agenda UMNO.

Malah Hasan turut menjadi sasaran Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang menyifatkan tindakan beliau (Hasan) menyentuh dasar perjuangan Pas sebagai pengisytiharan perang terhadap parti itu dan beliau dinasihatkan agar 'angkat kaki'.

Kelmarin, Nasharuddin pula menyelar tindakan pihak tertentu dalam parti itu yang cepat melatah dan menuduh tindakannya menyuarakan pandangan berbeza daripada pucuk pimpinan sebagai terperangkap dalam agenda UMNO.

Harun seterusnya yakin kemelut yang melanda parti itu sekarang akan dapat diselesaikan dengan baik sambil menyifatkannya sebagai perkara biasa dalam mana-mana parti politik.

"Apa yang berlaku ini (membabitkan Hasan dan Nasharuddin) umpama kacau air di dalam cawan hingga air itu berkocak. Biasalah, kita kena letak gula atau susu sebelum kacau air itu hingga berkocak.

"Apabila letak gula dan susu, baru air itu sedap untuk diminum dan begitu juga dengan apa yang berlaku dalam Pas sekarang," tambahnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved