Jumaat, 23 Disember 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Pegawai kastam parah ditembak

Posted:

Pegawai kastam parah ditembak

Pegawai kastam parah ditembak

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
pengarang@utusan.com.my


Chua Ghee Lye bersama Nasir berkata sesuatu dengan jiran-jiran di tempat seorang pagawai kastam ditembak oleh penjenayah awal pagi semalam di Sungai Rambai, Melaka. Gambar kecil Rosli A. Aziz. - UTUSAN/AZLI AHAD


MELAKA 23 Dis. - Seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri parah selepas ditembak lelaki tidak dikenali, dipercayai bermotifkan dendam di hadapan rumahnya di Jalan Sungai Air Hitam, Tanjung Minyak, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 7.20 pagi itu, mangsa, Pegawai Kastam Tinggi Rosli A. Aziz, 53, cedera di bahu kiri dan tapak tangan selepas terkena dua daripada tiga das tembakan yang dilepaskan dari jarak 15 meter, menyebabkan mangsa rebah.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, mangsa ketika itu baru keluar dari pintu rumahnya untuk bertugas sebelum sebuah kereta berwarna merah dinaiki empat lelaki tiba-tiba menghampiri pagar rumahnya dan melepaskan tembakan.

"Polis menemui tiga kelongsong peluru jenis pistol 9mm dipercayai dilepaskan oleh tiga daripada empat suspek dan dua daripadanya mengenai bahu dan tapak tangan mangsa.

"Mangsa turut membalas satu das tembakan. Dia bagaimanapun rebah sebelum suspek beredar meninggalkan rumah. Mangsa kemudian diselamatkan oleh isterinya yang berada dalam rumah dan dibawa ke hospital dengan bantuan jiran," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Ghee Lye, cubaan membunuh itu merupakan serangan kali kedua terhadap mangsa kerana pada Oktober lalu, rumahnya turut dilempar bom petrol atau 'molotov cocktail' oleh individu tidak dikenali.

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan serangan itu bermotifkan dendam dan mempunyai kaitan dengan bidang tugas mangsa sebagai pegawai kanan penguat kuasa kastam yang bertugas di kawasan zon selatan.

"Siasatan akan dilakukan meliputi semua sudut termasuk kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan.

"Kita juga akan siasat sama ada suspek sama terlibat melempar bom petrol di rumah mangsa dua bulan lalu," katanya.

Tambahnya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh.

Sementara itu, Pengarah JKDM Melaka, Datuk Mohd. Nasir Said berkata, mangsa yang telah bertugas di jabatan itu selama 28 tahun termasuk tiga tahun di Melaka kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka dalam keadaan stabil.

"Ketika saya melawatnya pagi ini, dia sudah boleh bercakap. Bagaimanapun, saya difahamkan dia akan menjalani pembedahan sekiranya perlu selepas doktor mengetahui keputusan ujian imbasan," katanya.

Menurut Nasir, pihaknya tidak gentar dan berdiam diri dengan tindakan yang dilakukan penyeludup atau ahli sindiket bagi menghalang tugas kastam.

"Saya percaya kejadian menimpa mangsa sebagai protes penyeludup atau ahli sindiket yang marah apabila JKDM membuat tangkapan terhadap mana-mana individu," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Cubaan seludup dadah RM1.04 juta tumpas

Posted:

Cubaan seludup dadah RM1.04 juta tumpas

Cubaan seludup dadah RM1.04 juta tumpas


M. GOVINDEN (tiga dari kiri) bersama pegawai-pegawainya menunjukkan sebahagian dadah yang disorok dalam sepatu dan ruang khas bagasi seorang lelaki dan wanita warga asing di Kompleks Kastam KLIA , Sepang, semalam.


SEPANG 23 Dis. - Tidak serik-serik!. Itulah yang boleh dikatakan apabila berlaku lagi cubaan menyeludup masuk dadah bernilai jutaan ringgit ke negara ini melalui lapangan terbang.

Terbaru, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan dua percubaan menyeludup dadah seberat 4.15 kilogram (kg) dengan nilai RM1.04 juta melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, kelmarin.

Pengarah JKDM KLIA, Datuk M. Govinden berkata, kesemua dadah tersebut dirampas secara berasingan daripada dua warga asing yang cuba menyorok dadah itu menerusi bagasi yang diubahsuai dan dua pasang kasut.

Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori.

"Kes pertama membabitkan seorang wanita warga Kemboja berusia 39 tahun yang ditahan kerana bukan sahaja menyembunyikan dadah dalam bagasi tetapi turut menyorok dadah dalam dua pasang kasutnya di KLIA pada pukul 4.30 pagi.

''Keseluruhan dadah yang ditemui ketika pemeriksaan ke atas wanita itu adalah 3.1 kg bernilai RM775,000 dan suspek ditahan reman 14 hari untuk tujuan sisasatan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Kompleks Kastam KLIA di sini hari ini.

Govinden berkata, pada hari yang sama kira-kira pukul 6 petang, pihaknya turut menahan seorang pelajar warga Nigeria berusia 26 tahun yang mendakwa datang ke Malaysia untuk melanjutkan pengajiannya.

"Kami mengesyaki wujud barang yang mencurigakan selepas bagasi lelaki itu diimbas untuk pemeriksaan.

"Hasil pemeriksaan rapi ke atas bagasi itu, kami menemui satu ruang rahsia yang direka khusus dan apabila dibuka, ditemui 1.05 kg dadah jenis syabu atau Methamphetamine bernilai RM262,500," katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas dokumen suspek mendapati dia sepatutnya belajar bahasa Inggeris di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur selama setahun.

"Bagaimanapun dokumen perjalanan suspek menunjukkan dia akan pulang ke negara asal pada Isnin depan. Justeru, kita curiga dengan niat sebenar lelaki itu," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved