Jumaat, 23 Disember 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


PMR: 4,117 dapat semua A

Posted:

PMR: 4,117 dapat semua A

PMR: 4,117 dapat semua A

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
pengarang@utusan.com.my


Wajah ceria sebahagian pelajar SMK Sultan Ismail, Johor Bahru selepas mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR 2011, semalam.


JOHOR BAHRU 22 Dis. – Seramai 4,117 atau 7.69 peratus pelajar di negeri ini berjaya memperoleh semua A dalam mata pelajaran yang diambil dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 yang diumumkan hari ini.

Jumlah tersebut meningkat 0.96 peratus berbanding 6.73 peratus tahun lalu atau 3,575 calon yang mendapat keputusan cemerlang.

Pengarah Pelajaran Johor, Mohd. Nor A. Ghani berkata, pencapaian calon PMR tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun sejak 2008.

"Ini berdasarkan kepada ukuran yang dibuat mengikut pencapaian keseluruhan berdasarkan Gred Purata Negeri (GPN) iaitu 2.70 berbanding 2.74 tahun lalu," katanya pada sidang akhbar mengumumkan keputusan PMR 2011 di sini hari ini.

Mohd. Nor berkata, pencapaian calon menguasai sekurang-kurangnya mendapat D bagi semua mata pelajaran yang diambil meningkat seramai 1,072 orang kepada 33,747 berbanding 32,675 pada tahun lalu.

Bilangan calon yang mendapat Gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun 24 orang pada tahun lalu kepada 11 orang tahun ini.

Beliau memberitahu, sebanyak 21 sekolah mencapai 100 peratus calon lulus berbanding 15 buah sekolah tahun lalu.

Antara sekolah mencapai keputusan lulus 100 peratus adalah Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru; Sekolah Menengah Sains (SMS) Johor, Kluang; SMS Kota Tinggi, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail dan Sekolah Seni di Johor Bahru.

Turut mencatatkan keputusan sama adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat; SMK Seri Kenangan, Segamat: SMK Maahad Muar; SMK Tun Habab, Kota Tinggi, Sekolah Tinggi Muar dan SMK Nusa Damai, Pasir Gudang.

Full content generated by Get Full RSS.

Program kesihatan di Bukit Kepong

Posted:

Program kesihatan di Bukit Kepong

Program kesihatan di Bukit Kepong

PAGOH 22 Dis. - Hujan lebat tidak menghalang lebih 1,000 penduduk beberapa kampung di Pekan Bukit Kepong menghadiri Program Doktor Turun Kampung Parlimen Pagoh di pekarangan tapak bersejarah Balai Polis Bukit Kepong, dekat sini, baru-baru ini.

Program yang diilhamkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin anjuran Pejabat Kesihatan Muar dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan itu bertujuan memberi kemudahan rawatan dan pendidikan kesihatan kepada penduduk terutamanya di Parlimen Pagoh.

Program itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Tahir Mohd. Taat.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah lawatan pemeriksaan ke rumah oleh pegawai perubatan, pameran kesihatan dan agensi lain seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), khidmat kesihatan dan pemeriksaan gigi serta pertandingan memancing, memasak dan mewarna bagi kanak-kanak.

Selain itu, orang ramai juga didedahkan dengan teknik bantuan pernafasan oleh kakitangan Hospital Segamat di samping penerangan dan ceramah mengenai penyakit denggi.

Tahir dalam ucapannya meminta penduduk mengambil kesempatan membuat pemeriksaan kesihatan, mendapat rawatan serta menimba ilmu mengenai penjagaan kesihatan.

Seorang pengunjung, Muriadi Pudari, 56, yang datang bersama keluarga berkata, program itu seharusnya dijalankan sepanjang tahun kerana ia dapat membantu penduduk pedalaman mendapat pemeriksaan dan meningkatkan pengetahuan tentang kesihatan.

Salmiah Bakir, 46, pula berharap program itu dapat diadakan dengan lebih kerap di kawasan berkenaan memandangkan Pekan Bukit Kepong tidak mempunyai klinik kesihatan.

"Program seumpama ini akan memudahkan penduduk terutama warga emas mendapatkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan secara percuma," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved