Jumaat, 23 Disember 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Tekun salur pinjaman RM136.5j

Posted:

Tekun salur pinjaman RM136.5j

Tekun salur pinjaman RM136.5j

Oleh MUSAZLIZA MUSTAPARutusanpahang@utusan.com.my


Mohd. Sharkar Shamsudin menyampaikan cek kepada seorang peminjam Tekun di Pejabat UMNO Bahagian Temerloh, baru-baru ini.


TEMERLOH 23 Dis. - Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Pahang menyalurkan pinjaman sebanyak RM136.5 juta kepada 14,633 usahawan kecil di negeri ini sejak 11 tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, bagi Januari sehingga Oktober tahun ini pula, sebanyak RM14.6 juta telah dibayar kepada 1,725 peminjam.

Menurutnya, dijangkakan Tekun bakal menyalurkan pinjaman sehingga RM20 juta menjelang hujung tahun ini kepada usahawan kecil yang layak.

"Pinjaman yang diberikan jelas menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO khususnya, benar-benar ingin membantu usahawan kecil Melayu yang mahu membesarkan perniagaan mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek pinjaman Tekun kepada 51 peminjam di Pejabat UMNO Bahagian Temerloh di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pengurus Tekun Negeri Pahang, Hassan Anuar dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh, Ishak Mat Bakar.

Mohd. Sharkar berkata, daripada jumlah itu, Tekun telah membayar pinjaman lebih RM2 juta kepada 304 usahawan kecil di Temerloh pada tahun ini.

"Ini membuktikan kita telah banyak membantu rakyat untuk mengembangkan perniagaan dalam usaha mereka mengukuhkan kedudukan ekonomi keluarga.

"Pada masa sama saya menasihati peminjam supaya tidak liat membayar pinjaman kerana tindakan senarai hitam dan lebih teruk mereka boleh didakwa di mahkamah jika gagal berbuat demikian," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Empat maut dalam tiga kemalangan

Posted:

Empat maut dalam tiga kemalangan

Empat maut dalam tiga kemalangan

KUANTAN 23 Dis. - Empat termasuk seorang kanak-kanak maut dalam tiga kemalangan berasingan yang berlaku di tiga daerah di negeri ini semalam.

Kemalangan pertama berlaku di daerah Temerloh melibatkan sebuah treler bermuatan besi dengan sebuah kereta di Kilometer 101.4, berdekatan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).

Mangsa merupakan pemandu kereta, Mohd. Syarul Ghafaar, 33, dari Kuala Lumpur dan rakannya, Abu Bakar Abdul Kadir, 26, dari Kuala Terengganu mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah setelah tersepit dalam kenderaan yang dinaiki mereka.

Pegawai Penguat Kuasa Tadbir/Trafik negeri, Asisten Supritendan Zainalabidin Othman berkata, dalam kejadian pukul 1.34 pagi itu, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur.

"Dipercayai, pemandu kereta itu telah merempuh belakang treler yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan.

"Berikutan rempuhan kuat itu, kedua-dua mangsa tersepit di dalam kereta dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, di daerah Bentong pula, seorang peneroka maut apabila motosikal yang ditungganginya terbabas selepas terlanggar ketulan batu di jalan utama Kampung Sertik kira-kira pukul 11.24 pagi semalam.

Katanya, ketika kejadian, mangsa, Azmi Ismail, 39, berasal dari Felda Kampung Sertik, Karak dalam perjalanan dari rumahnya menuju ke kebun durian miliknya.

"Mangsa dipercayai terlanggar ketulan batu sebelum motosikal yang ditungganginya terbabas ke kiri jalan.

"Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Bentong sebelum dipindahkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan," katanya lagi.

Tambah beliau, di Kuala Lipis pula, seorang kanak-kanak lelaki terbunuh selepas Toyota Avanza yang dinaiki bersama tiga ahli keluarganya terbabas di Kilometer 70, Jalan Kuala Lipis-Merapoh.

Zainalabidin berkata, dalam kejadian pukul 10.10 pagi itu, mangsa, Muhammad Faris Rosman, 9, bersama bapa, ibu dan kakaknya dalam perjalanan dari Kelantan menuju ke Kuala Lumpur.

"Bapa mangsa yang memandu kenderaan itu dipercayai tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas ke kanan jalan.

"Mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang belakang kenderaan itu cedera parah dan disahkan mati di tempat kejadian manakala ahli keluarganya yang lain hanya cedera ringan," katanya.

Menurut beliau lagi, kesemua kes masih disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Full content generated by Get Full RSS.

SMK Jengka Pusat cemerlang PMR 2011

Posted:

SMK Jengka Pusat cemerlang PMR 2011

SMK Jengka Pusat cemerlang PMR 2011


Sebahagian pelajar cemerlang PMR SMK Jengka Pusat Maran bergambar bersama slip keputusan di Maran, semalam.


MARAN 23 Dis. - Seramai 35 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka Pusat dekat sini mencatatkan keputusan semua A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 yang diumumkan semalam.

Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Jengka Pusat, Mohd. Rozi Mat Sani berkata, pencapaian itu sangat membanggakan kerana mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti anak peneroka, petani, penjaja, pegawai kerajaan dan swasta.

Menurutnya, lokasi sekolah yang terletak di tengah-tengah Felda Wilayah Jengka itu juga membuktikan ia bukan penghalang untuk mencatat kejayaan cemerlang seperti mana sekolah di bandar.

Katanya, seramai 25 calon PMR sekolah itu mendapat 9A termasuk kertas Bahasa Arab, manakala 10 lagi yang hanya mengambil lapan mata pelajaran memperoleh 8A.

"Kita telah mencatatkan gred purata sekolah sebanyak 1.27 berbanding 1.35 tahun 2010. Antara strategi sekolah ialah mengadakan kem gemilang, kelas pengajaran dan pemulihan serta pendekatan keibubapaan bagi mengenali kekuatan dan kelemahan pelajar berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, beberapa pelajar yang ditemui menyifatkan kejayaan yang diraih adalah hasil usaha tanpa jemu di samping tunjuk ajar guru, sokongan ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan masyarakat.

Nurul Sopia Rosli, bersyukur dengan keputusan cemerlang 9A setelah bersengkang mata menelaah semua mata pelajaran tanpa jemu hasil dorongan guru dan ibu bapa.

Rakannya, Nadia Liana Suhaimi, pula mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah menyediakan prasarana pendidikan yang terbaik kepada rakyat.

"Ini menjadi pemangkin kepada kejayaan saya mendapat 9A dan pelajar di seluruh negara. Komitmen guru yang mengajar saya juga antara faktor kejayaan mendapat 9A.

"Ini kerana mereka tidak jemu-jemu menunjuk ajar malah mengadakan pula kelas tambahan walaupun pada waktu malam," katanya.

Nur Aina Azuha Mohd. Azman pula menyifatkan penat lelah belajar secara berkumpulan, sering bertanya guru serta tidak meninggalkan solat serta doa guru dan ibu bapa antara resipi kejayaan memperoleh 9A dalam PMR 2011.

Bagi Mohd. Shukran Moahamad, usaha keras pihak yang mengaturkan pelbagai program kecemerlangan dan motivasi amat dihargai.

"Ini kerana hanya program terancang akan menghasilkan keputusan yang cemerlang," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved