Jumaat, 23 Disember 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


34,271 calon dapat semua A

Posted:

34,271 calon dapat semua A

34,271 calon dapat semua A

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my


Abdul Ghafar Mahmud memegang keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) selepas Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 22 Dis. - Pencapaian calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 secara keseluruhannya dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, keputusan pada tahun ini didapati lebih baik daripada tahun lepas di mana GPN yang dicatatkan adalah 2.74.

Beliau menjelaskan, nilai GPN yang lebih rendah menunjukkan keputusan yang lebih baik.

"Seramai 34,271 daripada 441,137 calon yang menduduki peperiksaan pada tahun ini mendapat gred A dalam semua mata pelajaran berbanding 30,863 pada 2010. Berlaku peningkatan sebanyak 0.75 peratus di sini.

"Bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 orang pada 2010 kepada 346 tahun ini," katanya pada sidang akhbar Pengumuman Keputusan PMR di sini hari ini.

Abdul Ghafar berkata, calon yang mendapat minimum gred D (tidak termasuk A) pula meningkat sebanyak 1.49 peratus kepada 272,966 berbanding 265,388 tahun lalu.

"Bagi pencapaian calon luar bandar pula, bilangan calon yang mendapat semua A meningkat kepada 6,474 orang berbanding 5,825 tahun lepas.

"Calon bandar yang mendapat semua A meningkat kepada 26,189 berbanding 24,084 orang tahun lepas," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, nilai GPN bagi calon bandar menurun sebanyak 0.04 mata berbanding calon luar bandar sebanyak 0.03 mata.

"Namun pada keseluruhannya pencapaian calon bandar adalah lebih baik daripada calon luar bandar," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, seramai 12 daripada 1,370 calon berkeperluan khas berjaya memperoleh A dalam semua mata pelajaran pada tahun ini berbanding lima orang pada tahun lepas.

"Calon yang melepasi tahap penguasaan minimum (semua D) pada tahun ini juga meningkat dari segi bilangan dan peratusan. Ini dapat digambarkan pada nilai GPN sebanyak 4.10 mata berbanding 4.19 pada 2010," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

GPMP dalam empat subjek menurun

Posted:

GPMP dalam empat subjek menurun

GPMP dalam empat subjek menurun

PUTRAJAYA 22 Dis. - Penguasaan calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi 4 mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Bahasa Cina dan Bahasa Iban mengalami penurunan berbanding 13 mata pelajaran lain.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi gred A menunjukkan penurunan sebanyak 1.3 peratus daripada 27.6 peratus pada tahun lepas kepada 26.3 peratus pada tahun ini.

"Bagaimanapun, peratusan calon yang mendapat gred B, C dan D meningkat sebanyak 1.2 peratus daripada 66.5 peratus tahun lepas kepada 67.7 peratus tahun ini.

"GPMP Bahasa Melayu juga menunjukkan penurunan dengan pertambahan 0.02 mata," katanya pada sidang akhbar Pengumuman Keputusan PMR di sini hari ini.

Abdul Ghafar berkata, mata pelajaran Pendidikan Islam pula bagi gred A turut menunjukkan penurunan sebanyak 1.7 peratus daripada 26.1 peratus pada tahun lepas berbanding 24.4 peratus pada tahun ini.

"GPMP Pendidikan Islam juga menunjukkan penurunan dengan pertambahan 0.09 mata," katanya.

Sementara itu bagi pencapaian gred A dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, beliau berkata, berlaku peningkatan prestasi sebanyak 0.8 peratus kepada 18.4 peratus pada tahun ini berbanding 17.6 peratus tahun lepas.

"Bagaimanapun, peratusan calon yang tidak melepasi tahap penguasaan minimum masih tinggi iaitu 21.3 peratus pada tahun ini," katanya.

Bagi mata pelajaran Matematik, beliau berkata, prestasi pencapaian gred A mata pelajaran itu mengalami peningkatan sebanyak 1.3 peratus daripada 28.9 peratus tahun lepas kepada 30.2 peratus pada tahun ini.

"Prestasi mata pelajaran Sains bagi gred A menunjukkan peningkatan sebanyak 4.0 peratus daripada 21.7 peratus pada 2010 kepada 25.7 peratus pada tahun ini," katanya.

Beliau menambah, biarpun GPMP Sejarah mengalami peningkatan dengan penurunan 0.05 mata pada tahun ini namun pencapaian bagi gred A menunjukkan penurunan sebanyak 0.9 peratus.

"Iaitu daripada 21.3 peratus pada 2010 kepada 20.4 peratus pada tahun ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Jangka hayat lelaki 71.9, wanita 77 tahun

Posted:

Jangka hayat lelaki 71.9, wanita 77 tahun

Jangka hayat lelaki 71.9, wanita 77 tahun

PUTRAJAYA 22 Dis. - Purata jangka hayat untuk lelaki dan perempuan di Malaysia masing-masing meningkat daripada 70 tahun dan 74.7 tahun pada 2000 kepada 71.9 tahun dan 77 tahun pada 2010.

Ketua Perangkawan, Dr. Abdul Rahman Hasan berkata, wanita keturunan Cina mempunyai jangkaan hayat tertua iaitu 79.8 tahun, diikuti perempuan India (76.2 tahun), perempuan bumiputera (75.3 tahun), lelaki Cina (74.4 tahun), lelaki bumiputera (70.5 tahun) dan lelaki India (68 tahun).

''Indikator demografi menunjukkan bahawa 475,816 bayi dilahirkan pada 2010 berbanding 129,327 yang mati pada tahun sama, ini bermakna pertambahan semula jadi penduduk Malaysia adalah seramai 346,489 orang," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman Laporan Taburan Penduduk Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Mukim 2010 dan Produk Statistik 2011/2012 yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, kadar kesuburan atau kelahiran anak oleh pasangan di Malaysia telah merosot daripada purata tiga orang anak pada 2000 kepada 2.2 orang anak pada tahun 2010.

''Kadar kesuburan bumiputera adalah 2.6 anak, Cina (1.5 anak) dan India (1.7 anak).

''Antara faktor yang menyumbang kepada trend ini adalah peningkatan jumlah wanita yang bekerja, wanita tersebut juga boleh membuat keputusan untuk menentukan saiz keluarga mereka dengan menggunakan teknologi (mencegah kehamilan) yang ada," katanya.

Tambahnya, sebanyak 95 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia tinggal dalam kawasan PBT berbanding 89 peratus pada tahun 2000.

''Daripadanya, 67.5 peratus penduduk terdiri daripada kumpulan umur bekerja iaitu 15 hingga 64 tahun berbanding 63.1 peratus pada tahun 2000.

''Bagi kumpulan umur melebihi 64 tahun, saiz penduduk ialah lima peratus dan umur kosong hingga 14 tahun sebanyak 27.5 peratus," katanya.

Mengulas isu berkaitan, Nor Mohamed berkata, Malaysia belum lagi mencapai tahap negara tua kerana hanya kira-kira lima peratus daripada rakyat berumur 65 tahun ke atas berbanding standard antarabangsa untuk negara tua iaitu tujuh peratus.

''Populasi Malaysia masih muda dan peratusan yang tergolong dalam kumpulan produktif adalah tinggi," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved