Jumaat, 23 Disember 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


1,707 dapat semua A di NS

Posted:

1,707 dapat semua A di NS

1,707 dapat semua A di NS

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my


Sebahagian daripada 128 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan KGV bersorak gembira selepas masing-masing berjaya memperolehi keputusan cemerlang 8A dalam peperiksaan di Seremban, semalam.


SEREMBAN 22 Dis. – Seramai 1,707 daripada 18,117 calon sekolah kerajaan di negeri ini memperoleh A dalam semua mata pelajaran dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan hari ini.

Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran negeri (JPNS), Pkharuddin Ghazali memberitahu, dari jumlah berkenaan seramai 296 calon mendapat 9A, 1,192 mendapat 8A manakala selebihnya memperoleh 7A.

Katanya, jumlah itu memperlihatkan peningkatan 9.4 peratus iaitu sebanyak 220 pelajar berbanding pada 2010 iaitu seramai 1,487 pelajar.

"Gred Purata Negeri (GPN) bagi PMR di Negeri Sembilan ialah 2.66 berbanding 2.70 peratus pada 2010. Gred Purata Nasional ialah 2.71 peratus," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pkharuddin menjelaskan, pelajar dari calon sekolah kerajaan yang mencapai tahap penguasaan minimum iaitu D bagi semua mata pelajaran meningkat kepada seramai 12,566 pelajar berbanding tahun sebelumnya 11,991 pelajar.

"Prestasi cemerlang semua A bagi pelajar sekolah kawasan bandar dan sekolah luar bandar tahun ini juga meningkat, masing-masing naik 14 peratus dan 5.9 peratus.

"Sekolah di bandar tahun ini yang mendapat semua A adalah seramai 1,102 pelajar manakala sekolah luar bandar seramai 605," jelasnya.

Pkharuddin turut memberitahu, sebanyak 10 mata pelajaran daripada 15 yang ditawarkan menunjukkan peningkatan peratusan pencapaian pada tahun ini.

Antara mata pelajaran itu katanya, ialah Bahasa Punjabi, Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan, Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga, Kemahiran Hidup Kemahiran Teknikal dan Kemahiran Hidup Pertanian.

"Turut meningkat ialah Pendidikan Islam, Bahasa Melayu, Sejarah, Sains dan Matematik," kata beliau.

Full content generated by Get Full RSS.

Calon dapat semua A meningkat di Melaka

Posted:

Calon dapat semua A meningkat di Melaka

Calon dapat semua A meningkat di Melaka

MELAKA 22 Dis. - Seramai 1,185 atau 8.16 peratus pelajar daripada 15,263 pelajar di negeri ini berjaya memperoleh semua A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 yang diumumkan hari ini.

Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Mohamad Yusoff Osman berkata, jumlah tersebut meningkat sebanyak 48 pelajar berbanding 1,137 calon yang mendapat keputusan cemerlang tahun lalu.

Menurut beliau, secara keseluruhannya, pencapaian PMR tahun ini dalam 14 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun lalu berdasarkan pencapaian menguasai minimum D dan Gred Purata Negeri (GPN) .

"Ini berdasarkan kepada ukuran yang dibuat mengikut pencapaian keseluruhan berdasarkan GPN iaitu 2.64 berbanding 2.65 tahun lalu dan tahun ini juga kita telah mengatasi GPN Nasional sebanyak 0.07 mata," katanya pada sidang akhbar mengumumkan keputusan PMR 2011 di Rumah Media, Ayer Keroh di sini hari ini.

Katanya, sebanyak 20 buah sekolah mencapai peratus calon yang memperolehi A bagi semua mata pelajaran melebihi 10 peratus iaitu bertambah dua sekolah berbanding tahun lalu.

Antara sekolah yang berjaya mencapai peratusan tertinggi semua A melebihi 10 peratus adalah Sekolah Menengah (SM) Sains Muzaffar Shah (84.68), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar (64.04), SM Kebangsaan (SMK) Agama Sharifah Rodziah (61.04), SMK Tinggi Perempuan (33.16) dan SMK iskandar Shah (32.66)

Berdasarkan prestasi mata pelajaran, katanya, kebanyakan mata pelajaran menunjukkan prestasi yang stabil mengikut ukuran Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP).

"Subjek Matematik dan Sains, masing-masing meningkat sebanyak 0.05 mata berbanding tahun lalu iaitu daripada 2.74 kepada 2.69 bagi Matematik dan 2.75 kepada 2.70 bagi mata pelajaran Sains," katanya.

"Bagi mata pelajaran Bahasa Tamil meningkat dari 3.10 mata kepada 3.03 iaitu sebanyak 0.07 mata manakala Bahasa Arab menunjukkan peningkatan yang signifikan iaitu sebanyak 0.31 mata dari 2.77 kepada 2.46 mata bagi perbezaan tahun lalu dan tahun ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Berkat duduk barisan hadapan dalam kelas

Posted:

Berkat duduk barisan hadapan dalam kelas

Berkat duduk barisan hadapan dalam kelas

SEREMBAN 22 Dis. - Berkat duduk barisan hadapan di dalam kelas akhirnya membawa tuah buat Zul Aiman Mokhtar, 15, apabila dia memperoleh keputusan cemerlang 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan hari ini.

Zul Aiman yang merupakan calon PMR di Sekolah Menengah Kebangsaan KGV di sini memberitahu, dia bertekad untuk duduk di barisan hadapan ketika berada dalam kelas selepas memperoleh keputusan yang mendukacitakan dalam ujian percubaan PMR sebelum ini.

Katanya, dia mengambil keputusan untuk duduk di barisan depan bagi memudahkannya memberi tumpuaan kepada guru ketika sesi pembelajaran.

"Sebelum ini saya suka duduk di bahagian belakang sekali kerana kurang menjadi perhatian guru ketika mengajar.

"'Namun, tindakan itu menyebabkan saya mendapat keputusan yang kurang memuaskan ketika ujian percubaan PMR," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Ujar Zul Aiman, menyedari dia perlu melakukan sesuatu untuk meningkatkan kembali prestasinya dia mengambil keputusan untuk duduk di barisan hadapan.

"Alhamdulilah, sejak duduk di barisan hadapan, prestasi saya mula meningkat dan saya lebih memberi tumpuan ketika guru mengajar di depan.

"Hasilnya, saya berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan kali ini," jelasnya yang bercita-cita menjadi angkasawan.

SMK KGV merupakan antara sekolah yang mendapat keputusan cemerlang di negeri ini dengan seramai 128 daripada 211 pelajarnya memperoleh keputusan cemerlang 8A dalam PMR.

Sementara itu, di Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) di Rembau, seramai 15 calon sekolah berkenaan memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan hari ini.

Pengetuanya, Zulkhairnain Mustafa memberitahu, daripada jumlah berkenaan seramai empat orang memperolehi 9A diikuti lapan orang mendapat 8A dan tiga orang memperolehi 7A dalam peperiksaan berkenaan.

"Keputusan kali ini adalah yang terbaik berbanding sebelum ini yang mana Gred Purata Sekolah meningkat dengan mencatatkan 1.8 peratus berbanding tahun lalu sebanyak 2.43 peratus.

"Bagi saya kejayaan yang diperolehi ini disandarkan kepada kesungguhan para pelajar dan guru yang selama ini bertngkus-lumus untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pihak sekolah untuk kejayaan pelajar," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved