Selasa, 6 Disember 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


UMP rai murid cemerlang UPSR

Posted:

UMP rai murid cemerlang UPSR

UMP rai murid cemerlang UPSR

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA utusanktn@gmail.com


Daing Nasir Ibrahim bersama pelajar cemerlang program Sinar ECER pada majlis meraikan mereka di UMP, baru-baru ini.


KUANTAN 6 Dis. - Seramai 12 peserta program Sinar Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dari Sekolah Kebangsaan (SK) Runchang dan Lepar, Pekan yang mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini diraikan pada satu majlis anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini.

Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), pihaknya terpanggil memenuhi kewajipan sosialnya kepada masyarakat.

Menurut beliau, inisiatif pelaksanaan projek itu merealisasikan Bidang Keberhasilan Utama Universiti (UKRA) bagi pembangunan sosioekonomi dalam memberi nilai tambah terhadap Pelan Strategik UMP 2011-2015.

"Penglibatan sinergi yang konsisten antara pihak SK Runchang dan Lepar, Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC), Felda serta UMP dalam projek tersebut akan membangunkan sosioekonomi masyarakat luar bandar.

"Perkembangan positif itu memberikan isyarat jelas bahawa usaha pembangunan pendidikan dan sosioekonomi perlu digalas secara kolektif oleh semua pihak yang berkeupayaan dengan bersandarkan kesedaran tanggungjawab sosial," katanya ketika merasmikan majlis tersebut di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Sosial ECERDC, Zulkifli Yaacob.

Pada majlis tersebut, murid cemerlang UPSR yang memperoleh keputusan 5A menerima sijil penghargaan dan wang tunai berjumlah RM150, RM100 bagi mereka yang mendapat 4A dan murid-murid lain yang berpotensi dalam kalangan anak-anak Orang Asli menerima RM50 setiap seorang.

Antara yang berjaya mencatat keputusan cemerlang ialah Hafizin Khairi Shaary, Nurul Amiera Afindi dan Siti Nur Wahidah Bustamam yang mendapat A dalam semua mata pelajaran manakala Ismarizal Ikmal Ismail, Mohamad Aisar Rosli, Muhammad Aiman Zainuddin dan Zulhaziq Zufar Mohd. Zalaudin berjaya memperoleh 4A1B dan Muhammad Nurshafiq Afi Mohd. Norsani 4A1C.

Turut dirai ialah murid dalam kalangan anak peserta Agropolitan Pekan, Mukim Lepar iaitu Roni Chandra Kumar Dhar, Rossyatka Teor Bak Song, Asmi Lau Hau Kiong dan Ayu Restiany Zulkhairi yang menuntut di SK Runchang.

Sementara itu, Zulkifli berkata, tugas membangunkan pendidikan bukan hanya bergantung kepada sekolah namun, ia memerlukan dorongan serta sokongan semua pihak bagi memastikan anak-anak terus berjaya dalam pendidikan.

Full content generated by Get Full RSS.

Wanita punya kelebihan terokai kejuruteraan

Posted:

Wanita punya kelebihan terokai kejuruteraan

Wanita punya kelebihan terokai kejuruteraan


Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyerahkan replika cek penajaan kepada wakil Universiti Malaysia Pahang (UMP) sempena Persidangan dan Pameran Jurutera Wanita di Gambang Waterpark Resort, baru-baru ini.


KUANTAN 6 Dis. - Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Sultan Iskandar bertitah, wanita kini mempunyai kelebihan dalam menerokai pelbagai sektor termasuk bidang kejuruteraan yang sebelum ini dikuasai kaum lelaki.

Baginda bertitah, pembangunan pendidikan yang dilaksanakan oleh kerajaan membuka peluang kepada semua pihak termasuk wanita untuk membuktikan mereka mampu menjadi seorang jurutera terbaik dalam mengendalikan sesuatu tugas yang diamanahkan.

Menurut baginda, ia adalah fakta yang tidak boleh dinafikan kerana wanita turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

"Ia adalah cara untuk menggalakkan wanita menceburi bidang tersebut bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi ketika ini.

"Liberalisasi dalam pendidikan membuka peluang adil bagi wanita menuntut ilmu ke tahap lebih tinggi yang mana salah satu bidang kejuruteraan menjadi pilihan golongan tersebut," titah baginda.

Tunku Azizah bertitah demikian semasa merasmikan Persidangan dan Pameran Jurutera Wanita di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim.

Persidangan selama tiga hari yang disertai oleh jurutera dalam dan luar negara itu dianjurkan oleh Persatuan Wanita Universiti Malaysia Pahang (Matahari) dengan kerjasama kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Tunku Azizah bertitah, penganjuran persidangan tersebut mampu mengumpulkan kalangan wanita yang pakar dalam bidang kejuruteraan dari pelbagai institusi untuk membincangkan sumbangan golongan itu kepada pembangunan negara.

Sementara itu, Daing Nasir berkata, persidangan itu akan mendedahkan para peserta dengan pelbagai maklumat mengenai penglibatan wanita termasuk dalam bidang kejuruteraan.

Full content generated by Get Full RSS.

12 pasukan sertai Cabaran Matematik, Sains

Posted:

12 pasukan sertai Cabaran Matematik, Sains

12 pasukan sertai Cabaran Matematik, Sains


PARA pemenang bergambar selepas menyertai Pertandingan Mind Speed Challenge di Politenik Sultan Ahmad Shah Kuantan baru-baru ini.


KUANTAN 6 Dis. - Sebanyak 12 pasukan dari 11 politeknik seluruh negara menyertai Program Cabaran Matematik dan Sains yang diadakan di Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas) di sini baru-baru ini.

Program yang dianjurkan oleh Jabatan Matematik, Sains dan Komputer Polisas itu diadakan sempena Tahun Penggalakan Matematik dan Sains oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Berkonsepkan pembelajaran menyeronokkan, ia bertujuan menanam minat dalam kedua-dua bidang itu selain meningkatkan kreativiti serta inovasi sebagai persediaan menempuh alam pekerjaan.

Setiap kumpulan yang bertanding dianggotai tiga pelajar dalam dua acara iaitu "Mind Speed Challenge" dan "Science Tricks".

Mereka diuji tentang tahap kepantasan daya fikir dan pengetahuan peserta dalam menyelesaikan soalan yang diberikan dalam tempoh 30 saat bagi setiap soalan.

Pada pertandingan tersebut, tiga peserta Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak yang dianggotai oleh Chong Hao Ann, 21; Lee Hooi Sin, 22; dan Muhd. Nadzir Suman, 21, dinobatkan sebagai juara bagi acara "Mind Speed Challenge".

Ketua kumpulan, Hao Ann berkata, mereka tidak menyangka kemenangan berpihak kepada PUO kerana persaingan sangat hebat.

"Program ini dapat menguji tahap kecerdasan dan pengetahuan mengenai konsep sains dan matematik sesuai dengan bidang kejuruteraan mekanikal yang banyak menggunakan formula itu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Akademik), Jabatan Pengajian Politeknik, Ghaus Ab. Kadir berharap para pelajar dapat membudayakan ilmu sains dan matematik dalam kehidupan seharian.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved