Sabtu, 10 September 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


7 kenderaan musnah terbakar

Posted:

7 kenderaan musnah terbakar

7 kenderaan musnah terbakar

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my


BEBERAPA buah motosikal terbakar milik penduduk Flat D20 di Seberang Jaya Bukit Mertajam Pulau Pinang, semalam.


BUKIT MERTAJAM 9 Sept. - Penghuni Flat D20 dekat Seberang Jaya di sini, gempar apabila tujuh buah kenderaan yang diletakkan di tempat letak kenderaan berbumbung di situ musnah terbakar dalam kejadian awal pagi ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 4 pagi ketika penduduk sedang nyenyak tidur melibatkan masing-masing dua buah Honda EX5 dan Honda Wave serta sebuah Yamaha, Modenas dan kereta Perodua Kelisa.

Menurut salah seorang pemilik motosikal, K. Tinesh Kumar, 23, dia menyedari kejadian itu selepas dikejutkan ibunya yang terdengar bunyi siren bomba di bawah flat yang diduduki sejak dua tahun lalu itu.

"Saya bingkas bangun namun apabila turun dari rumah di tingkat tiga didapati motosikal saya yang diletakkan di tempat letak kenderaan itu telah hangus terbakar.

"Saya kemudian memeriksa kawasan itu dan menemui sebuah bekas yang dipercayai berisi petrol di bawah motosikal saya," katanya yang kerugian hampir RM4,000 akibat kejadian itu.

Tinesh mendakwa, adiknya, Vijitra,16, ada terdengar bunyi sesuatu dibaling dari atas flat itu namun tidak mengesyaki apa-apa.

Jelasnya, dia percaya individu bertanggungjawab memang menyasarkan motosikalnya ekoran penemuan bekas petrol itu namun enggan membuat sebarang tuduhan.

"Saya pernah menegur sekumpulan remaja bergaduh di kawasan ini dua hari sebelum hari raya dan mereka memang marahkan saya serta hampir memukul saya tapi sempat melarikan diri.

"Saya tak pasti sama ada mereka sanggup membalas dendam pada saya kerana saya serahkan kepada siasatan pihak polis," ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi pemilik motosikal, S Ganeson, 32, berkata, dia mengalami kerugian hampir RM10,000 selepas dua buah motosikal miliknya dan bapa hangus dalam kejadian itu.

"Ketika kejadian saya sedang tidur sebelum terdengar jeritan jiran mengatakan ada api dan saya segera menghubungi bomba.

"Kesemua mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Seberang Jaya dan berharap pihak polis menahan mereka yang bertanggungjawab melakukan khianat ini," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Supritendan Baharudin Mustapha ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Jentera BN perlu lebih gigih tawan Kedah

Posted:

Jentera BN perlu lebih gigih tawan Kedah

Jentera BN perlu lebih gigih tawan Kedah

ALOR SETAR 9 Sept. - Barisan Nasional (BN) percaya dapat menawan semula negeri ini daripada pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang dengan syarat jentera parti di semua peringkat melaksanakan tugas sebaik mungkin.

Pengerusi BN negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, pelbagai isu berbangkit di peringkat nasional dan negeri pada ketika ini telah membuka mata rakyat mengenai kelemahan pakatan pembangkang.

Bagaimanapun, katanya, semua itu tidak membawa erti yang besar kepada BN jika jenteranya sekadar berpeluk tubuh dan tidak cuba memenangi hati rakyat.

"Banyak tindakan dan perancangan sudah diatur yang memerlukan usaha keras jentera parti terutama di peringkat akar umbi untuk merealisasikannya," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian bantuan khas kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di kawasan Bakar Bata dan Kota Darul Aman oleh Ahli Parlimen Alor Setar, Datuk Chor Chee Heung di Pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata di sini hari ini.

Pada majlis itu, JKKKP dari 39 buah kampung di dua kawasan berkenaan masing-masing menerima peruntukan sebanyak RM4,000 untuk menjaga kebajikan rakyat.

Dalam pada itu, Chee Heung berkata, kerajaan Persekutuan memperuntukan bantuan itu bagi membolehkan program sentuhan hati dijalankan demi kebajikan rakyat.

Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengingatkan JKKKP yang menerima peruntukan tersebut supaya menggunakannya dengan sebaik mungkin untuk membantu penduduk khususnya yang memerlukan bantuan kecemasan.

Katanya, bagi memenangi hati rakyat tidak perlu diadakan program yang besar tetapi mencukupi dengan mengambil berat dan menghulurkan sumbangan setakat yang termampu bagi membantu meringankan beban mereka.

"Kerajaan Persekutuan menerusi agensinya turut membuktikan komitmen untuk membantu rakyat dengan menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat untuk melaksanakan projek-projek kecil yang diperlukan penduduk," katanya.

600 pelajar sertai tahlil Pemuda UMNO

Posted:

600 pelajar sertai tahlil Pemuda UMNO

600 pelajar sertai tahlil Pemuda UMNO


REEZAL Merican Naina Merican (duduk tiga kiri), Roshidi Hussin (dua kiri) berbual bersama sebahagian pelajar yang menyertai majlis tahlil dan bacaan Yasin di Masjid At-Taqwa, Kepala Batas, Pulau Pinang, kelamrin.


KEPALA BATAS 9 Sept. - Kira-kira 600 pelajar yang bakal menduduki tiga peperiksaan utama tidak lama lagi menyertai majlis tahlil dan bacaan yasin anjuran Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas di Masjid At-Taqwa, di sini semalam.

Mereka daripada 29 buah sekolah rendah dan menengah sekitar Parlimen Kepala Batas.

Program yang berlangsung kira-kira tiga jam itu turut disertai para ibu bapa, guru-guru serta ahli jawatankuasa kariah masjid tersebut.

Antara pengisian program anjuran bersama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kepala Batas itu termasuklah solat fardu Asar secara berjemaah, bacaan surah Yasin dan tahlil, solat hajat dan doa munajat.

Sempena majlis itu juga, sejumlah RM1,350 sumbangan kilat berjaya dikutip untuk diserahkan kepada keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor, jurugambar BernamaTV yang terbunuh ketika membuat liputan misi bantuan kemanusiaan ke Somalia baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Penerangan Pemuda UMNO yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian itu, Datuk Reezal Merican Naina Merican; Exco Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Darus dan Yang Dipertua Pas Bahagian Kepala Batas, Roshidi Hussin.

Reezal dalam ucapannya pada majlis itu berkata, program itu merupakan aktiviti tradisi pergerakan tersebut setiap tahun dalam usaha menyemai sifat taabudiyah kepada Allah khususnya dalam kalangan pelajar untuk memohon kejayaan setelah berusaha bersungguh-sungguh.

Menurut beliau, program itu juga diharap dapat mengeratkan semangat ukhuwah pihak berkenaan khususnya ibu bapa, guru-guru dan pelajar dalam mencapai kecemerlangan akademik dan akhlak pelajar.

''Di samping usaha murni ini, kita juga berharap supaya para pelajar dapat menguatkan tekad dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan di peringkat lebih tinggi," katanya.

Mengenai sumbangan kilat kepada keluarga Noramfaizul, Reezal berkata, pihaknya terpanggil untuk mengajak setiap lapisan masyarakat bersama-sama berkongsi kesedihan atas nasib yang menimpa Allahyarham dan keluarganya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved