Sabtu, 10 September 2011

Utusan Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Tindakan tegas bertaruh bola sepak

Posted:

Tindakan tegas bertaruh bola sepak

Tindakan tegas bertaruh bola sepak

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
sukan@utusan.com.my

SEREMBAN - Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang dikenal pasti menjadi 'bookie' dalam saingan Piala Malaysia 2011 yang kini sedang berlangsung.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar (gambar) menegaskan, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat pihak yang cuba mengatur perlawanan.

Katanya, pihak polis kini sedang memantau perkembangan itu selepas kejayaan menahan seorang lelaki yang disyaki menjadi bookie dalam satu perlawanan Piala Malaysia di Johor, baru-baru ini.

''Kita memberi amaran keras kepada mereka ini (bookie) supaya tidak meneruskan kegiatan harap tersebut kerana kita sentiasa memantau.

''Sekiranya terdapat kegiatan seperti itu kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka," katanya pada Majlis Sambutan Hari Raya di kediamannya dekat Kampung Gebok, Mantin, semalam.

Tambahnya, ketika ini kegiatan tersebut masih terkawal tetapi pihaknya sentiasa memantau setiap perlawanan bagi menjamin piala paling berprestij itu bebas dari segala gejala tidak sihat berkenaan.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, Johor kerana disyaki mengambil pertaruhan dalam perlawanan yang membabitkan pasukan Johor menentang Kedah.

Piala Malaysia: Selangor kembali ke landasan

Posted:

Piala Malaysia: Selangor kembali ke landasan

Piala Malaysia: Selangor kembali ke landasan

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my


TAMPARAN JUARA BERTAHAN... pemain Kelantan, Nurul Azwan Roya (kanan) cuba melepas benteng pertahanan Johor FC dalam perlawanan bola sepak Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu, malam tadi. Perlawanan berakhir dengan Kelantan menang 2-1. – MINGGUAN/Rosni Masri


SHAH ALAM - Selangor kembali kepada landasan sebenar untuk memburu Piala Malaysia ke-33 selepas berjaya menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2-0 dalam perlawanan peringkat Kumpulan D di Stadium Shah Alam, semalam.

Penyerangnya, Fadzli Saari muncul wira selepas menjaringkan kedua-dua gol buat Gergasi Merah pada minit ke-46 dan 59 untuk membolehkan Selangor meraih tiga mata di gelanggang sendiri.

Bagaimanapun, skuad bimbingan K. Devan itu mempamerkan aksi hambar pada separuh masa pertama dengan hanya melakukan beberapa percubaan kurang mengancam ke kubu PDRM.

Selangor tidak menunggu lama untuk memberi ancaman kepada PDRM apabila mereka melakukan percubaan pertama seawal minit kelima melalui Rudie Ramli namun ia tersasar keluar.

Peluang kedua tuan rumah hadir 10 minit kemudian melalui pemain kebangsaan, Amirulhadi Zainal yang melakukan rembatan leret dari dalam petak penalti bagaimanapun ia hanya melintasi pintu gol lawan.

PDRM yang banyak bertahan pada aksi separuh masa pertama sekali lagi diuji pasukan tuan rumah kali ini melalui pemain sayap kiri, Mohd. Fitri Shazwan Raduwan selepas menerima hantaran lintang Rudie namun rembatannya ditepis penjaga gol, Muhammad Hamdan Sairi.

Penantian Selangor akhirnya berakhir pada separuh masa kedua apabila berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-46 hasil jaringan Fadzli Saari selepas menerima hantaran Amirulhadi.

Devan yang ditemui selepas perlawanan berkata, dia amat berpuas hati dengan persembahan anak- anak buahnya terutamanya di bahagian pertahanan dengan gandingan Asraruddin Putra Omar dan Nasriq Baharom yang tampak kental sepanjang perlawanan.

Bagaimanapun, pengendali Gergasi Merah Kuning itu mengakui rangkaian serangannya masih lagi tumpul.

"Pada separuh masa pertama ada enam pelaung tetapi tiada pun yang berjaya disudahkan. Namun pada babak kedua kita ada sepuluh peluang danberjaya hasilkan dua gol.

"Saya berpuas hati dengan kemenangan ini tapi masih ada banyak perkara perlu dibaiki," ujar Devan.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved