Sabtu, 10 September 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Nelayan sangka petanda tsunami

Posted:

Nelayan sangka petanda tsunami

Nelayan sangka petanda tsunami

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
utusanjohor@utusan.com.my


ABDUL Hamid Ahmad (kiri) dan Ismail Johar menunjukkan ikan-ikan yang terdampar di kawasan Jeti Nelayan Sungai Chengkih, Serkat, Pontian, semalam.


PONTIAN 9 Sept. - Ribuan ikan ditemui mati di Sungai Chengkih, Serkat dekat sini dan kejadian itu mengejutkan golongan nelayan yang ingin turun ke laut, awal pagi semalam.

Pada mulanya mereka menyangka ia tanda akan berlakunya tsunami tetapi lama-kelamaan semakin banyak bangkai ikan pelbagai jenis ditemui mati.

Lebih menghairankan mereka, bukan sahaja ikan yang mati, tetapi hidupan marin lain seperti siput sedut, lokan, udang dan ketam turut mati.

Seorang nelayan, Abdul Hamid Ahmad berkata, kejadian itu merupakan yang pertama berlaku di Sungai Chengkih yang bertemu dengan Sungai Pulai sejak menjadi nelayan pantai selama 30 tahun.

Menurutnya, sehari sebelum kejadian, penduduk mendakwa melihat banyak udang mati di tepi sungai tersebut dan keadaan itu menjejaskan pendapatan kira-kira 50 nelayan pantai di kawasan tersebut.

Abdul Hamid mendakwa, kejadian itu berpunca daripada pencemaran sungai akibat bahan kimia yang dibuang hasil daripada projek-projek pembangunan di kawasan pesisir pantai berhampiran.

"Kami dapati air sungai berbau busuk selain berwarna hitam yang dipercayai menjadi punca kematian ikan-ikan di sini," katanya.

Ismail Johar, 45, pula bimbang mata pencarian penduduk terjejas kerana banyak anak ikan yang mati.

"Antara yang jadi mangsa adalah ikan belanak, tilapia, sembilang, sidang dan kitang yang merupakan hasil tangkapan terbanyak nelayan di Sungai Chengkih," katanya dengan nada kecewa akibat kejadian itu.

Sehubungan itu, dia meminta pihak yang berkaitan bertindak segera mencari punca sebenar kejadian dan mengambil langkah untuk menanganinya supaya kejadian sama tidak berulang.

24 penghuni 8 rumah selamat dalam kebakaran

Posted:

24 penghuni 8 rumah selamat dalam kebakaran

24 penghuni 8 rumah selamat dalam kebakaran


ANGGOTA bomba mencari sesuatu di salah sebuah rumah yang terlibat dalam kebakaran di Kampung Batu 8 1/2, Skudai, Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 9 Sept. - Seramai 24 penghuni di lapan buah rumah di Kampung Batu 8 1/2, Skudai di sini, terselamat dalam satu kebakaran awal pagi kelmarin.

Kebakaran pukul 2.30 pagi itu bermula dari salah sebuah rumah sebelum ia merebak dengan cepat ke rumah berhampiran yang diperbuat daripada kayu.

Menurut seorang mangsa, Goh Ah Moi, 63, ketika kejadian dia sedang tidur sebelum dikejutkan oleh anak dan cucunya.

"Saya tak sempat nak menyelamatkan apa-apa selain melarikan diri ke tempat yang lebih selamat. Meskipun hilang harta benda namun saya bersyukur kerana semua ahli keluarga saya selamat," katanya semasa ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Seorang lagi mangsa, Loi Tek Foo, 56, pula memberitahu, semasa kejadian isterinya, Sia Kui Fong, 56, terhidu bau asap sebelum melihat api sudah membakar sebahagian dinding rumah mereka.

Sementara itu, Penguasa Bomba Zon Johor Bahru, R. Saiful Iswandy R. Hassan ketika dihubungi hari ini memberitahu, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pukul 3 pagi dan empat jentera iaitu dua dari Balai Johor Bahru dan masing-masing satu dari Balai Taman Universiti dan Balai Kulai dikejarkan ke tempat kejadian.

"Ketika tiba, enam rumah sudah musnah terbakar dan api dapat dikawal selama setengah jam sebelum operasi tamat sepenuhnya pukul 9.45 pagi. Punca sebenar kebakaran masih disiasat," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved