Sabtu, 10 September 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Syarikat konsesi didenda RM30,000

Posted:

Syarikat konsesi didenda RM30,000

Syarikat konsesi didenda RM30,000

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 9 Sept. - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) negeri telah mengeluarkan penalti berjumlah RM30,000 terhadap syarikat konsensi pembersihan dan kontraktor terhadap 100 kesalahan yang dilakukan.

Ketua Penolong Pengarah PPSPPA negeri, Ir Zainuddin Abdul Samad berkata, jumlah penalti itu dikenakan sejak penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) dilaksanakan bermula 1 September lalu sehingga hari ini.

Menurutnya, antara kesalahan lazim tahap kedua yang dikesan dilakukan oleh pekerja kontraktor pembersihan adalah tidak memakai sarung tangan semasa mengendalikan sampah, tidak memasukkan rumput yang dipotong ke dalam plastik dan tidak memakai penutup mulut dan hidung.

"PPSPPA akan membuat pemotongan bayaran daripada syarikat konsesi terbabit secara bulanan bagi memastikan penalti ini dibayar mengikut kesalahan dilakukan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Operasi Pembersihan Sisa Pepejal di Pasar Borong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) di sini, hari ini.

Hadir sama Pengurus SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM0) negeri, Mahadi Abd. Talib dan Pengarah Jabatan Kebersihan dan Kesihatan MPHTJ, Nurul Akshikin Zulkharnain.

Zainuddin berkata, operasi yang dilakukan terhadap pasar borong itu juga berdasarkan aduan orang awam yang tidak berpuas hati dengan kebersihan yang tidak diselenggara sejak lima bulan lalu.

"Melalui operasi yang dilakukan buat pertama kali dengan pihak MPHTJ dan SWM ini juga pihak PPSPPA akan lakukan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar masalah yang timbul.

"Didapati masalah kebersihan yang dihadapi di sini memang serius dan dipercayai berpunca daripada loji rawatan sisa pepejal dan air yang tidak berfungsi selain kemudahan infrastruktur yang perlu diperbaiki segera," katanya.

KPJ tawar khidmat Pakar Bedah Plastik

Posted:

KPJ tawar khidmat Pakar Bedah Plastik

KPJ tawar khidmat Pakar Bedah Plastik


Dr. Mohamed Faizal Ali (kiri) merasmikan Klinik Pakar Bedah Plastik Hospital Pakar Seremban sambil diperhati oleh Abd Aziz Abd. Rahman (kanan) di Seremban, semalam.


SEREMBAN 9 Sept. - Hospital Pakar Seremban (KPJ) memperlebarkan cabang perkhidmatannya dengan menawarkan khidmat Pakar Bedah Plastik menerusi pembukaan sebuah klinik khas bermula hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Seremban, Abd. Aziz Abd. Rahman berkata, KPJ Seremban merupakan hospital pertama di negeri ini yang menawarkan perkhidmatan tersebut.

''Sebagai permulaan, klinik ini akan beroperasi secara berkala iaitu setiap Jumaat dan Sabtu pada minggu kedua dan keempat setiap bulan sebelum beroperasi sepenuhnya bermula tahun depan.

''Orang ramai yang ingin mendapatkan khidmat pakar boleh mengunjungi klinik ini bermula pukul 9 pagi hingga 12 tegnah hari pada hari berkenaan," katanya selepas perasmian Klinik Pakar Bedah Plastik KPJ Seremban di sini, hari ini.

Jelasnya, perkhidmatan klinik tersebut akan dikendalikan oleh seorang pakar bedah palstik berpengalaman, Dr. Mohamed Faizal Ali yang pernah berkhidmat di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kini bertugas di Hospital Universiti Kebangsaan dan KPJ.

Sementara itu, Mohamed Faizal berkata, antara perkhidmatan yang ditawarkan di kilinik berkenaan melibatkan tiga komponen pembedahan plastik.

''Pertama, pembedahan Rekonstruksi Plastik iaitu meliputi pembedahan rekonstruksi payu dara selepas mastectomy, pembedahan sumbing bibir dan lelangit, pembedahan mengurangkan parut dan pembedahan untuk pesakit kanser kulit.

''Kedua, pembedahan akibat kebakaran yang meliputi segala pemulihan semula kulit yang terbakar dan terakhir, pembedahan plastik estetis iaitu prosedur melangsingkan pinggang, pembesaran payu dara, pengecilan payu dara peria, pembentukan lengan, paha, hidung dan kelopak mata," ujarnya.

Wanita UMNO Alor Gajah sasar kutip RM50,000 bantu rakyat Somalia

Posted:

Wanita UMNO Alor Gajah sasar kutip RM50,000 bantu rakyat Somalia

Wanita UMNO Alor Gajah sasar kutip RM50,000 bantu rakyat Somalia

MELAKA 9 Sept. - Sejumlah RM50,000 dijangka dapat dikumpul sepanjang bulan ini menerusi Tabung Kemanusiaan Somalia Syawal yang dilancar Wanita UMNO Alor Gajah pada awal Ramadan lalu.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Norpipah Abdol berkata, penubuhan tabung itu bertujuan membantu rakyat Somalia yang dikhuatiri menghadapi bencana kebuluran pada musim kemarau akan datang.

Menurutnya, ia sebahagian usaha pihaknya untuk sama-sama memastikan masyarakat Islam di Somalia turut ceria menyambut Syawal biarpun dalam suasana serba kekurangan.

''Saya amat berharap penduduk negeri ini dapat tampil menghulurkan bantuan ke dalam Tabung Kemanusiaan Somalia Syawal sekali gus membantu mencapai sasaran kutipan tabung sepanjang bulan ini," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Rembia berkata, bagi memastikan kutipan sumbangan mencapai sasaran, pihaknya meminta 65 cawangan Wanita bahagian itu turut bekerjasama menjayakan usaha tersebut.

''Bagi menggerakkan tabung itu dan mencapai sasaran yang ditetapkan sepanjang Syawal ini, pihak kami akan memastikan kesemua 65 cawangan di bahagian ini berusaha mewujudkan tabung itu di setiap kawasan mereka bagi membantu mengutip dana," katanya.

Norpipah berkata, melalui kewujudan tabung itu, peranan Wanita UMNO Alor Gajah dapat diperluaskan untuk membantu bukan sahaja masyarakat tempatan yang memerlukan bantuan malah turut melibatkan bantuan di peringkat global.

''Tabung ini akan digerakkan sepanjang Syawal ini dan berharap jumlah yang yang bakal diperoleh itu akan menepati sasaran yang ditetapkan sekali gus diserahkan kepada kerajaan negeri untuk disalurkan kepada pihak berkenaan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved