Sabtu, 10 September 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Blogger pro pembangkang minta Nik Aziz jangan bertanding

Posted:

Blogger pro pembangkang minta Nik Aziz jangan bertanding

Blogger pro pembangkang minta Nik Aziz jangan bertanding

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) terus diminta supaya berundur dan tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Sebaliknya, Menteri Besar Kelantan itu disaran supaya menumpukan sepenuh perhatiannya kepada siri ceramah dan kempen pakatan pembangkang.

Menariknya saranan itu disuarakan penulis blog propembangkang, Wan Ji Wan Hussin kerana katanya, sudah tiba masanya tugas Menteri Besar Kelantan diserahkan kepada ulama muda.

"Nik Abdul Aziz terlalu tua. Jika kita berbual dengan tuan guru, kita akan dapat lihat bahawa tangan tuan guru pun sudah gementar. Inikan pula ingin fokus pada kerusi yang dia bertanding.

"Pada aku, dalam keadaan ini, kita perlu mengambil manfaat yang lebih besar berbanding manfaat yang kurang besar. Nik Abdul Aziz mempunyai aura yang melebih (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.

"Beliau hadir dalam satu program, orang sudah berpuas hati dengan sekadar melihat wajahnya walaupun beliau tidak menyampaikan sebarang ucapan," kata Wan Ji sebagaimana dipetik dari blognya, http://g-82.blogspot.com.

Beliau berkata demikian sebagai mempertahan kenyataannya yang dibuat semasa menyertai program bual bicara bersama penulis blog di Kompleks Islam Lundang, Kelantan, bahawa Nik Abdul Aziz tidak perlu bertanding.

Pada 3 September lalu, Wan Ji dilaporkan berkata: "Tuan Guru tidak perlu bertanding pilihan raya, tidak perlu jadi Menteri Besar lagi, tumpu sahaja kepada ceramah. Tugas itu boleh diserah kepada ramai lagi ulama muda lain.

"Buat macam Anwar dahulu masa zaman (Tun) Abdullah Badawi, beliau tidak dapat bertanding pilihan raya jadi dapat jelajah kempen seluruh negara sehingga memberi kemenangan besar pada 2008."

'Resipi mudah' BN tawan semula Kedah

Posted:

'Resipi mudah' BN tawan semula Kedah

'Resipi mudah' BN tawan semula Kedah


AHMAD Maslan (tiga dari kanan) menyampaikan cendera hati kepada Mohd. Shafie Apdal sambil diperhatikan Ahmad Bashah Md. Hanipah (kiri) dan Mukhriz Mahathir (dua dari kanan) pada Majlis Penerangan Perdana di Dewan Wawasan Jitra, Kubang Pasu, semalam. - MINGGUAN/KAMAL BASIR


KUBANG PASU 10 Sept. - Resipi Barisan Nasional (BN) untuk menawan semula Kedah daripada pembangkang adalah mudah iaitu semua ahli dan pemimpin perlu sepakat menyokong siapa sahaja calon yang ditentukan oleh pucuk pimpinan parti pada pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, setiap ahli khususnya pemimpin sama ada di peringkat bahagian atau parti komponen perlu turun padang membantu jentera pilihan raya walaupun calon pilihan mereka atau diri sendiri tidak dicalonkan.

"Bagi saya itu sahaja yang perlu dilakukan untuk BN menang. Mudah, kerjasama dan keyakinan. Kalau mereka (yang tidak dicalonkan) sanggup turun dan tidak melakukan perbuatan yang memudaratkan calon BN, maka kita akan mendapat semula kuasa," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penerangan Perdana Peringkat Kedah anjuran Biro Publisiti dan Penerangan BN dan Badan Perhubungan UMNO Kedah di Dewan Wawasan Jitra di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir dan Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Kira-kira 4,000 peserta yang terdiri daripada ahli parti-parti komponen BN dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghadiri majlis tersebut yang bertujuan memberi penjelasan dan maklumat mengenai isu semasa sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mohd. Shafie berkata, ahli BN khususnya UMNO perlu memahami calon yang ditentukan oleh pucuk pimpinan adalah calon boleh menang dan perlu disokong oleh semua.

Menurutnya, resipi itu bukan khusus untuk Kedah, tetapi juga di kawasan lain.

"Bila tapisan dibuat untuk menentukan calon boleh menang, maka saya berharap semua pihak harus reda (menerima) sesiapa sahaja calon yang dipilih dan kemenangan BN menjadi keutamaan kepada semua," katanya.

Beliau berkata, kerjasama ahli dan pemimpin dalam komponen BN di Kedah didapati semakin kuat dan ia perlu diterjemahkan dalam pilihan raya nanti.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved