Sabtu, 10 September 2011

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Tidak mengalah biar pun cacat

Posted:

Tidak mengalah biar pun cacat

Tidak mengalah biar pun cacat

Teks dan foto mohd. NAIM aziz .


RENJATAN elektrik bervoltan tinggi mengubah hidp Hairuman.


TATKALA pelupuk matanya terbuka, jauh di sudut hati anak muda ini menggambarkan bagaimana dia bakal menempuh 'alam baru' selepas tragedi menimpa hidupnya.

Kesempurnaan yang dimiliki selama ini berubah tiba-tiba setelah menjadi mangsa renjatan elektrik bervoltan tinggi dalam kejadian 26 November tahun lalu.

Ketika itu dia mengait buah kelapa sawit di sebuah kebun di Sungai Tengi Kanan Darat, Kuala Selangor. Siapa sangka rutin hariannya bertukar menjadi mala petaka.

Walaupun kejadian itu banyak meninggalkan kesan kekal tetapi Muhammad Hairuman Misnun, 22, yang lebih selesa disapa paman (pakcik dalam bahasa Jawa) menetapkan dalam kamus hidupnya bahawa itu adalah takdir yang diterimanya tanpa menoleh ke belakang.

"Mula-mula saya malu dan asyik memikirkan persepsi orang ramai dengan keadaan saya ini. Sampai bila saya harus pandang ke belakang.

" Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Lagipun di sini ramai juga kawan yang boleh menerima saya seadanya" jelas Hairuman dalam nada gembira ketika penulis sengaja memutarkan semula 'peristiwa' yang mengubah kehidupannya.

Kesempatan penulis bersama beliau di ambang Syawal di kediaman kakaknya di Kg. Kelan Slim River, Perak baru-baru ini bertujuan melihat dengan lebih dekat rutin sebagai insan 'istimewa' menjalani kehidupan baru.

Bertemankan kerusi roda, pergerakan Hairuman agak sedikit terbatas berbanding nikmat asal yang dikurniakan Allah.

Perit hanya Tuhan sahaja yang tahu. Disapa wajah yang penuh lirikan senyuman tatkala penulis muncul di pintu rumah kediaman beliau sambil 'lengan'nya memberi isyarat menjemput penulis masuk.

Saat memulakan penggambaran, kebetulan Hairuman ingin menunaikan solat Jumaat. Tentunya ia menjadi momen istimewa kamera penulis merakamkan kegiatan harian penuh beliau. Dibantu oleh abang ipar yang juga merupakan OKU penglihatan sedikit pun tidak menjejaskan penglihatannya untuk memandu ke masjid berhampiran.

"Saya sering membawa Hairuman setiap kali menunaikan solat Jumaat dan solat tarawih di Masjid Ehsaniah Kg. Kelan. Di sana ramai kenalan di antara jemaah yang hadir,'' bicara Muhammad Muzammier Taib sambil mengangkat kerusi roda pertama untuk dimasukan ke dalam bonet kereta.

Kecacatan

Beliau mengalami kecacatan penglihatan sebelah mata kanan akibat kemalangan motosikal enam tahun dahulu. Beliau jugalah antara teman setia Hairuman. Kebanyakan kerja membantu memudahkan pergerakan Hairuman, beliau jugalah yang meringankannya.

Difahamkan kerusi roda Hairuman untuk kegunaan solat siap dilabel agar ketidakcampuran kotoran terpalit di dewan sembahyang.

Mengungkap kisah sebelumnya, kakak Hairuman, Maryuni Misnun yang banyak memberi motivasi perjalanan seterusnya termasuklah sokongan suami.

"Saya selalu menekankan kepada beliau bahawa usianya masih muda dan perjalanan di hadapan masih lagi jauh.

"Sampai bila harus malu." jelasnya. Turut menemani anak lelaki Maryuni yang berusia sembilan tahun. Pada mulanya dia agak terkejut ketika diberitakan kejadian yang menimpa pakciknya itu.

"Saya menangis semasa melihat gambar dan laporan yang disiarkan. Ketika itu saya di asrama. Tidak sangka sebegini sekali," bicara Muhammad Hasif Hafizuddin, 9.

Pelajar tahfiz ini tidak sekali jemu sewaktu menemani saudara darah dagingnya ketika cuti persekolahan. Malah seiring saf menunaikan solat tarawih selepas majlis berbuka puasa anjuran pihak masjid sempena malam sepuluh terakhir Ramadan baru-baru ini.

Aktiviti harian Hairuman tidak terbatas dengan adanya sokongan dari pihak keluarganya sendiri. Walaupun sudah 'berpindah' dari penempatan sebenar tetapi semangat anak muda ini tentang erti ketabahan tidak sekali luntur.

Keyakinan diri lebih penting

Posted:

Keyakinan diri lebih penting

Keyakinan diri lebih penting

Saya berumur 25 tahun, belum berkahwin. Saya menghadapi masalah payu dara terlalu kecil. Saiz saya lebih kecil dari 32A. Disebabkan masalah ini saya kurang keyakinan diri, malu dan tertekan. Saya juga berasa tidak sempurna sebagai seorang wanita. Saya pernah cuba menggunakan salah satu produk tapi dada saya berasa pedih dan berhenti menggunakannya. Adakah jalan penyelesaian bagi masalah ini? Adakah selamat bagi saya untuk menggunakan sebarang produk lain bagi membantu pembesaran payu dara saya? Dan adakah saya boleh berkahwin dengan keadaan seperti ini? Tolonglah saya, saya betul-betul buntu memikirkan masalah ini.

n Nana...Perak

Jawapan: Nana, janganlah menganggap masalah tersebut sesuatu yang amat besar dan tiada penyelesaiannya. Insya Allah, setiap masalah ada jalan keluarnya. Yang penting sekali Nana hendaklah bersyukur dengan apa yang dimiliki dan menerima saiz payu dara seadanya. Permasalahan ini adalah biasa di kalangan remaja perempuan dan juga wanita dewasa. Adalah penting untuk saya ketahui sama ada Nana telah mengalami haid pertama yang dikenali sebagai menarki ('menarche') semasa peringkat baligh pada usia 10-14 tahun dan ada mengalami pertumbuhan bulu pada ketiak dan ari-ari secara normal atau tidak? Aras hormon utama wanita iaitu estrogen dan progesteron sepatutnya berada pada tahap normal jika anda telah mengalami haid yang berkitar setiap bulan. Ini kerana ada permasalahan lain yang boleh menimbulkan masalah pembesaran payu dara di kalangan remaja perempuan. Masalah tersebut juga mengakibatkan seseorang wanita tidak pernah mengalami 'menarki' dan juga tiada perkembangan ciri-ciri seksual sekunder wanita yang lain seperti pembesaran pada payu dara dan pertumbuhan bulu. Masalah sebegini juga boleh dialami oleh atlet wanita atau seseorang wanita yang menjalani sukan lasak. Keadaan ini memang berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon badan. Masalah keabnormalan genetik yang amat jarang berlaku juga boleh menyumbang kepada permasalahan sebegini. Elok berjumpa doktor bagi mendapat pengesahan dan semoga rawatan yang selanjutnya dapat diberikan. Saya mengharap masalah saiz payu dara Nana bukanlah disebabkan oleh permasalahan di atas.

Keyakinan diri

Payu dara kecil boleh menjejaskan keyakinan diri seseorang wanita. Keadaan begini, menyebabkan wanita tidak ada keyakinan diri bila berhadapan dengan orang ramai malah kadangkala berasa malu. Setiap individu wanita mempunyai payu dara dengan kadar saiz berbeza. Ada wanita bertubuh kecil tetapi mempunyai payu dara bersaiz besar, sebaliknya ada wanita mempunyai rangka tubuh besar tetapi payu daranya seolah-olah tidak kelihatan. Malah payu dara seseorang juga lazimnya tidak sama saiz di antara keduanya, ini perkara lazim. Saiz payu dara lebih berkait kepada keturunan (ibu atau nenek kita). Ia juga bergantung kepada saiz atau banyaknya tisu kelenjar payu dara dan lemak yang dimiliki seseorang wanita. Penambahan berat badan juga menambah saiz payu dara kerana sebahagian payu dara dibentuk oleh lelemak yang menjadikan payu dara berasa lembut apabila dipegang. Selain lelemak, payu dara banyak dibentuk oleh kelenjar dan tisu berserat serta tisu perantara yang menjadikan payu dara pejal. Saiz payu dara juga boleh dirangsang oleh hormon estrogen dan progesteron (itulah sebabnya wanita hamil mengalami pembesaran payu dara).

Pembentukan payu dara

Pembentukan payu dara bermula sewaktu kita masih di dalam rahim ibu. Menghampiri baligh (kedatangan haid pertama atau menarki), payu dara memulakan perkembangannya dan ia berterusan sehingga baligh. Pada usia baligh ini, tubuh atau payu dara sudah bersedia untuk berkembang bagi menghadapi kemungkinan kehamilan dan kelahiran bayi. Sewaktu kehamilan pula, tisu payu dara mengalami pembesaran lanjut. Mengambil hormon untuk merangsang pembesaran bukanlah langkah yang baik kerana ia boleh memberi kesan sampingan yang mungkin membahayakan kelak.

Saiz payu dara tidak mempengaruhi keupayaannya untuk menghasilkan susu badan, ia juga tiada kaitan dengan peningkatan atau penurunan risiko seseorang mungkin mengalami barah payu dara. Asalkan anda masih perlu memakai coli (menandakan payu dara kita sebenarnya kelihatan), boleh menyusukan badan kelak, tidak mengalami barah sewaktu hayat anda.

Saya juga tidak pasti keberkesanan pelbagai produk seperti jamu mengencang payu dara, krim dan serum di pasaran bagi membesarkan payu dara. Setakat ini tiada kajian secara saintifik dan terperinci yang dijalankan untuk melihat keberkesanan ubatan tersebut. Ubatan tersebut juga belum diuji secara menyeluruh keselamatannya sama ada ia tidak memudaratkan pengamalnya.

Saya nasihatkan Cik Nana untuk tidak mengambil apa-apa hormon tambahan atau ubatan yang pernah diamalkan kerana berkemungkinan besar boleh mendatangkan kemudaratan. Sebagai seorang wanita, semangat yakin diri adalah amat penting kerana tidak semestinya dengan mempunyai saiz payu dara yang besar anda yakin yang anda akan tampak sentiasa menarik dan disayangi suami. Anda boleh berkahwin dan menjadi seorang isteri. Yang paling dihargai adalah jika anda dapat menggunakan payu dara tersebut bagi menyusu bayi anda sepenuhnya tanpa mengira saiznya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved