Isnin, 15 Ogos 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


70 pengawal tuntut naik gaji

Posted:

70 pengawal tuntut naik gaji

70 pengawal tuntut naik gaji

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my


SEBAHAGIAN daripada 70 pengawal keselamatan sekolah Zon C Kubang Pasu melihat slip gaji mereka yang tiada kenaikan gaji pokok di Alor Setar, baru-baru ini. - UTUSAN/KAMAL BASIR


ALOR SETAR 14 Ogos - Kira-kira 70 pengawal keselamatan sekolah Zon C Kubang Pasu di sini meminta majikan mereka menaikkan gaji pokok dari RM300 kepada RM500 seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Seorang pengawal keselamatan yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad berkata, majikan mereka berjanji untuk menaikkan gaji pada bulan lalu, namun gaji mereka tetap sama seperti sebelum ini.

"Apa yang berlaku ialah pihak majikan memotong elaun kami dan memasukkan potongan elaun tersebut ke gaji pokok.

"Jadi memang gaji pokok naik tetapi elaun kami dipotong, sepatutnya mulai bulan lepas keseluruhan gaji yang patut kami dapat ialah RM1,200 namun, gaji kami tetap RM800 termasuk elaun," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, mereka telah membuat aduan mengenai perkara tersebut kepada Jabatan Tenaga Kerja di sini.

"Kami bukan nak memburuk-burukkan majikan, namun apa yang mereka buat tidak betul dan kami mahu hak kami.

"Kami harap mereka menunaikan janji yang telah dibuat dan jangan sesuka hati memotong elaun semata-mata untuk menaikkan gaji pokok kami," ujarnya.

Seorang lagi pengawal keselamatan di syarikat tersebut yang ingin dikenali sebagai Muhammad berkata, mereka mengharapkan pihak majikan akan menaikkan gaji pokok seperti yang dijanjikan kerana pendapatan mereka tidak mencukupi untuk menampung keluarga.

"Rata-rata yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berusia antara 30 hingga 50 tahun dan kami ada keluarga untuk disara.

"Tambahan pula Hari Raya Aidilfitri bakal tiba dan banyak wang diperlukan jadi kami harap gaji kami akan dinaikkan," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Dapur musnah dihempap tiga batang pokok

Posted:

Dapur musnah dihempap tiga batang pokok

Dapur musnah dihempap tiga batang pokok

ALOR SETAR 14 Ogos - Seorang ibu tidak sempat memasak kuih sagu sebagai hidangan berbuka puasa apabila bahagian dapur serta bilik air rumah mereka di Kampung Alor Gunung di sini, dihempap tiga batang pokok dalam kejadian ribut, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, Suhaila Ishak, 36, yang berada di dapur ketika kejadian sempat melarikan diri ke bahagian ruang tamu rumah bersama tiga anak serta suaminya dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Suhaila berkata, ketika hujan lebat beserta angin kencang melanda, dia sedang sibuk memasak kuih sagu di dapur untuk hidangan berbuka puasa mereka sekeluarga.

"Kuih ini anak sulung saya minta buat kerana dia hendak pulang ke asrama petang ini dan memang kuih ini jadi kegemaran kami sekeluarga.

"Ketika saya memasak di dapur terdengar bunyi seperti dahan pokok patah dan bila saya tinjau di luar dapur saya nampak pokok mempelam, pokok pinang dan pokok keriang condong ke arah dapur rumah saya," katanya ketika ditemui di Kampung Alor Gunung di sini, semalam.

Menurutnya, selepas menyedari keadaan itu dia terus melarikan diri ke ruang tamu rumahnya.

"Sebaik sahaja sampai di ruang tamu rumah, ketiga-tiga batang pokok itu tumbang menghempap dapur dan bilik air. Saya sedih kerana tidak sempat memasak hidangan berbuka puasa untuk kami sekeluarga dan terpaksa menumpang di rumah ibu buat sementara waktu," ujarnya.

Jelasnya, dia dan suami hanya bekerja kontrak sebagai pembantu kantin sekolah serta pendapatan mereka hanya cukup untuk belanja harian.

"Kami risau bagaimana hendak mendapatkan wang untuk membaiki bahagian dapur tambahan pula Hari Raya Aidilfitri semakin hampir. Kami harap ada pihak yang sudi membantu untuk membaiki bahagian dapur dan bilik air rumah kami," tambahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Geng motor edar bubur lambuk

Posted:

Geng motor edar bubur lambuk

Geng motor edar bubur lambuk

NIBONG TEBAL 14 Ogos - Sudah menjadi kelaziman, tradisi gotong-royong memasak bubur lambuk di bulan Ramadan dianjurkan jawatankuasa masjid, surau atau penduduk di kawasan kampung.

Bagaimanapun, penduduk Taman Tasek Maju di sini membuktikan semangat kekitaan dan bantu-membantu membolehkan program seumpama itu dijayakan penduduk di kawasan taman-taman perumahan.

Hasilnya, lebih 1,000 bekas bubur lambuk berjaya disediakan sempena program Gotong-Royong Bubur Lambuk Perdana anjuran Puteri UMNO Bahagian Nibong Tebal dan UMNO Cawangan Tasek bersama penduduk taman perumahan itu.

Lebih menarik, program julung-julung kali itu turut mendapat bantuan lebih 50 'mat motor' yang mengelilingi taman perumahan serta penduduk perkampungan berhampiran untuk mengedarkan bubur lambuk berkenaan.

Majlis gotong-royong memasak dan menyerahkan bubur lambuk tersebut turut disertai Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal, Datuk Zainal Abidin Osman dan Ketua Wanita UMNO bahagian, Jamilah Awang di pekarangan Surau Taman Tasek Maju.

Menurut Jamilah, program tersebut menampakkan sedikit kelainan berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana julung-julung kali diadakan di taman perumahan tersebut.

"Saya fikir ini perkembangan yang sangat positif kerana ia memberi gambaran bahawa program gotong-royong bukan sahaja boleh dijayakan di kawasan kampung tetapi boleh hidup dan subur di taman-taman perumahan," katanya.

Tambah beliau, pihaknya juga mendekati golongan remaja bermotosikal untuk turut serta dalam program tersebut sebagai antara inisiatif membantu golongan muda menyertai aktiviti-aktiviti berfaedah.

Katanya, sebahagian daripada remaja terbabit pernah terlibat dalam kegiatan mat rempit tetapi mula menampakkan perubahan positif selepas menyertai pelbagai program kemasyarakatan yang dianjurkan sebelum ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved