Isnin, 15 Ogos 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Nasrudin terus desak pimpinan Pas

Posted:

Nasrudin terus desak pimpinan Pas

Nasrudin terus desak pimpinan Pas

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Sambil menegaskan bahawa masalah murtad adalah isu akidah yang melepasi sempadan politik, Dewan Pemuda Pas Pusat sekali lagi mendesak pucuk pimpinan parti itu supaya membuat pendirian rasmi berhubung isu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Ketuanya, Nasrudin Hassan (gambar) berkata, akidah adalah soal masa depan ummah yang akan dihisab di akhirat kelak dan perlu ditangani oleh seluruh umat Islam di negara ini, khususnya yang diamanahkan menjadi pemimpin.

Katanya, murtad kini menjadi ancaman serius kepada kemuliaan agama Islam di Malaysia dengan data Mahkamah Syariah menunjukkan seramai 863 individu Islam telah memohon untuk menukar status agama mereka sejak 2000 hingga tahun lalu.

Beliau mengulangi pendirian Dewan Pemuda Pas Pusat menyokong penuh tindakan JAIS memeriksa Gereja Methodist Damansara Utama selepas mendapat maklumat terdapat cubaan memurtadkan 12 individu Islam walaupun dikecam pihak tertentu dalam parti berkenaan.

Nasrudin juga tidak berganjak daripada pendirian terdahulu yang tegas tidak mahu menggadaikan maruah Islam hanya kerana kepentingan politik, apabila terus berikrar untuk menjadi benteng mempertahankan akidah umat Islam.

"Kami bersedia memberi kerjasama kepada semua pihak untuk menjadi benteng mempertahankan akidah umat Islam dan kita konsisten dalam perkara ini. Komitmen ini selaras dengan dasar perjuangan Pas," kata Nasrudin dalam blognya, http://www.eperjuangan.com, hari ini.

Sejak beberapa hari lalu, Nasrudin menjadi mangsa terbaru selepas Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali yang dikecam pemimpin Pas pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana beliau mengeluarkan kenyataan keras mahu mempertahankan akidah umat Islam sekalipun dengan darah dan nyawa.

Dalam pada itu, bagi memastikan masalah murtad tidak menjadi barah kepada umat Islam pada masa hadapan, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat itu mendesak agar kerajaan meluluskan Akta Murtad dengan segera dan menjadikan mata pelajaran Pengajian Islam sebagai subjek wajib lulus.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pengedar dadah ditembak mati

Posted:

Pengedar dadah ditembak mati

Pengedar dadah ditembak mati

Oleh ABDUL HAKIM AB. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my


AB. RASyID Ab. Wahab (dua dari kanan) menunjukkan senjata tajam, dadah, pistol dan barang-barang lain yang dirampas dalam serbuan di sebuah unit kediaman di Pangsapuri Flora, Balakong, Selangor pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Selangor, semalam.


KUALA LUMPUR 14 Ogos – Polis menembak mati seorang pengedar dadah dan memberkas enam yang lain termasuk dua wanita selepas berbalas tembakan dalam serbuan di sebuah unit kediaman di Pangsapuri Flora, Balakong, dekat sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, polis turut merampas 200 gram dadah jenis heroin, ganja dan syabu bernilai RM500,000, dua pucuk pistol jenis Glock dan Revolver dan sepucuk pistol tiruan.

Selain itu, dua buah kereta BMW dan Mitsubishi dan empat buah komputer riba turut dirampas.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rasyid Ab. Wahab, suspek dan seorang wanita bertindak melarikan diri ke dalam sebuah bilik sejurus sepasukan anggota polis menyerbu masuk rumah tersebut.

Katanya, ketika itu, terdapat tujuh orang di ruang tamu rumah termasuk dua wanita.

"Suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah rogol, dipujuk agar menyerah diri namun enggan dan bertindak menembak ke arah anggota polis.

"Polis yang bertindak balas, telah melepaskan tembakan dan mengenai perut serta tangan suspek mengakibatkan lelaki itu terbunuh," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dekat sini hari ini.

Beliau berkata, wanita yang berada bersama suspek, bagaimanapun berjaya dipujuk keluar untuk menyerah diri.

Katanya, ujian air kencing terhadap enam suspek yang ditahan berusia 22 hingga 47 tahun itu didapati positif dadah.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung," ujarnya.

Menurutnya, mayat suspek dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Nik Aziz tidak setuju baca al-Quran pakai pembesar suara

Posted:

Nik Aziz tidak setuju baca al-Quran pakai pembesar suara

Nik Aziz tidak setuju baca al-Quran pakai pembesar suara

KOTA BHARU 14 Ogos – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan amalan membaca al-Quran dan melaungkan iqamat menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu serta membawa masalah kepada orang lain.

Menurut beliau, perkara itu tidak boleh dilakukan sekiranya mendapat sungutan daripada orang yang sedang sakit, budak kecil atau orang bukan Islam yang tidak boleh tidur.

''Kita (umat Islam) hanya dibenarkan melaungkan suara ketika azan untuk mengerjakan solat. Oleh itu, saya tidak bersetuju jika masjid menggunakan pembesar suara sehingga menjejaskan orang lain yang sedang tidur atau sakit.

"Kita bang (laungkan azan) atau baca al-Quran kalau menyusahkan orang sakit atau budak kecil menangis terkejut memang tidak boleh. Memang Islam cukup baik dan cukup sederhana," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menteri Besar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan masjid dan surau menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di negeri itu.

Nik Abdul Aziz berkata, masalah itu tidak timbul di Kelantan kerana orang bukan Islam sudah dibiasakan dan seronok setiap kali mendengar bacaan al-Quran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved