Isnin, 15 Ogos 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


86 pengayuh beca dilindungi

Posted:

86 pengayuh beca dilindungi

86 pengayuh beca dilindungi

KOTA BHARU 14 Ogos - Buat pertama kalinya, seramai 86 pengayuh beca pelancongan di Kelantan merasai jaminan keselamatan diri dan keluarga apabila menerima khairat kematian.

Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan Isteri Jaksa Pendamai Kelantan, Datin Rapiah Mat Zin berkata, sumbangan khairat kematian itu adalah hasil kerjasama antara kelab itu bersama Etiqa Insuran dan Takaful serta Celcom Kelantan.

"Menyedari kebanyakan pengayuh beca pelancongan di negeri ini adalah dalam kalangan kurang berkemampuan, pihak kami mencari inisiatif untuk membantu mereka, bukan sekadar memberi sumbangan zakat namun mencari sesuatu lebih bermakna terutama dalam memberi jaminan keselamatan kepada mereka yang bekerja mengerah keringat sehari-hari.

"Justeru, kelab ini sebagai perantara bersama Etiqa Insuran dan Takaful dan Celcom Kelantan telah menjalin kerjasama untuk membantu mereka dengan memberi sumbangan melalui khairat kematian," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat dan Khairat Kematian Kepada Kumpulan Beca Pelancong Kota Baharu di sini, hari ini.

Pada majlis itu, pengayuh beca berkenaan turut menerima zakat berupa barangan keperluan harian termasuk beras.

Rapiah berkata, untuk khairat kematian itu, yuran RM15 setahun dikenakan kepada setiap pengayuh beca dan Celcom membayar yuran tahunan itu bagi pihak mereka.

Sementara itu, Penolong Naib Presiden Etiqa Insuran dan Takaful Cawangan Kota Baharu, Zain Azalee Mohd. Said berkata, melalui khairat kematian itu, pengayuh beca terbabit akan menerima RM1,000 sekiranya suami atau isteri meninggal dunia manakala RM500 bagi anak yang meninggal dunia.

"Khairat kematian itu bukan sekadar jaminan keselamatan untuk melindungi pengayuh beca berkenaan tetapi termasuk juga keluarga mereka," katanya.

Selain itu, seorang pengayuh beca, Che Pa Teh, 77, berkata sumbangan khairat kematian itu amat dihargai kerana ia kali pertama diterimanya sejak menjadi pengayuh beca 60 tahun lepas.

"Ini kali pertama pakcik terima khairat kematian macam ini, terima kasihlah... sekurang-kurangnya rasa selamat juga bila bawa beca hari-hari. Kalau terjadi apa-apa, isteri atau anak pakcik dapatlah terima khairat seadanya," katanya. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Dua ditahan bantu siasatan kes bunuh

Posted:

Dua ditahan bantu siasatan kes bunuh

Dua ditahan bantu siasatan kes bunuh


Mayat Zainab Che Kob ditemui dalam longkang di Kilometer 6, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, kelmarin selepas dipercayai dibunuh.


KOTA BHARU 14 Ogos - Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang suri rumah berusia 41 tahun dengan kesan kecederaan di kepala dalam longkang tepi jalan di Kilometer 6, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, semalam.

Mangsa, Zainab Che Kob ditemui oleh orang ramai dalam keadaan lengkap berpakaian pukul 11.20 pagi.

Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kedua-dua lelaki itu berusia 30 dan 31 tahun serta ada pertalian keluarga dengan mangsa, ditahan kira-kira pukul 9 malam tadi bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi di sini.

Jalaluddin berkata, sepasukan polis telah bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima maklumat orang awam berhubung penemuan mayat tersebut dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan luka sepanjang sembilan sentimeter pada bahagian kiri kepala mangsa.

Katanya, polis turut menemui sehelai seluar dalam dipercayai milik mangsa kira-kira dua meter daripada mayatnya ditemui.

"Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan turut dihantar ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

650 terima duit raya

Posted:

650 terima duit raya

650 terima duit raya

KEMAMAN 14 Ogos - Seramai 650 pelajar dan golongan kurang berkemampuan di daerah ini menerima duit raya yang disumbangkan oleh Lembaga Tabung Haji dan syarikat pegangan pelaburan milik kerajaan negeri, Eastern Pacific Industrial Corp. Bhd. (EPIC)

Duit raya berkenaan disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dalam majlis berbuka puasa di Masjid Air Putih dekat sini kelmarin.

Dalam ucapannya Ahmad berkata, sumbangan yang mencurah-curah daripada sektor korporat kepada golongan tidak bernasib baik menunjukkan keuntungan yang dijana turut dikongsi bersama masyarakat.

"Tanpa suasana persekitaran yang aman dan iklim perniagaan yang baik, tidak mungkin syarikat-syarikat ini mampu mencipta pulangan yang baik daripada pelaburan mereka.

"Inilah yang kita harapkan. Pencapaian yang mereka perolehi dikongsi bersama dengan insan yang memerlukan khususnya menjelang Aidilfitri," katanya.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih, Wan Hakim Wan Mokhtar; Ketua Pegawai Eksekutif EPIC, Ramli Shahul Hameed; Pengarah Tabung Haji negeri, Mohammad Mokhzani Mukhtar dan Pegawai Daerah Kemaman, Mohd. Kamil Othman.

Majlis anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman itu dihadiri kira-kira 2,000 penduduk.

Salah seorang penerima, Naim Mat Saman, 59, berterima kasih dan bersyukur kerana wang yang diterima dapat digunakan untuk perbelanjaan di bulan puasa dan untuk sambutan hari raya.

Ucapan yang sama diluahkan oleh Bedah Ismail, 59, membuatkannya seronok untuk membuat persediaan menyambut hari raya.

Seorang pelajar, Muhd. Asyraf Aziz Mohd Latif, 13, pula berkata, wang diterima itu akan digunakan untuk membeli baju raya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved