Isnin, 15 Ogos 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Nafas baru Kuantan River Cruise

Posted:

Nafas baru Kuantan River Cruise

Nafas baru Kuantan River Cruise

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
utusanpahang@utusan.com.my


Pemandangan indah bandar Kuantan semasa menyusuri sepanjang Sungai Kuantan dengan menaiki Kuantan River Cruise. – utusan/Khairatul Ainal Abdul Karim


KUANTAN 15 Ogos - Banyak tempat menarik yang boleh dijadikan lokasi beriadah dan berekreasi di sekitar daerah ini.

Antara tempat menarik di bandar ini ialah Taman Esplanade yang terletak di hadapan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan bangunan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

Kerajaan negeri menerusi MPK sentiasa melaksanakan penambahbaikan di taman itu supaya ia terus menjadi tumpuan warga bandar ini untuk beriadah.

Ia termasuklah dengan mewujudkan uptown bagi membolehkan pengunjung membeli-belah di sepanjang Sungai Kuantan selain memberi peluang kepada peniaga kecil menambah pendapatan.

Apa yang lebih menarik, MPK kini berusaha menaik taraf perkhidmatan Kuantan River Cruise bagi membolehkan pengunjung menyusuri dan menikmati keindahan Sungai Kuantan.

Bagi menjayakan hasrat itu, MPK menyerahkan kepada syarikat Sentoria Themeparks and Resort Sdn. Bhd. (Sentoria Themeparks and Resort) untuk melaksanakan pelbagai aktiviti bagi memastikan operasinya 'tidak lesu' dan terus mendapat sambutan pelancong dari dalam dan luar negeri.

Menurut Pegawai Operasi Sentoria Themeparks and Resorts, Suriyati Hashim (gambar), pihaknya kini giat menjalankan promosi selepas pengambilalihan perkhidmatan itu daripada MPK pada 15 Julai lalu bagi menaik taraf operasinya.

Beliau berkata, Kuantan River Cruise beroperasi setiap hari dan pengunjung yang mengunjungi Taman Esplanade di sini boleh menaiki bot untuk menikmati keindahan pesisiran Sungai Kuantan.

"Pengunjung dapat menikmati panorama bandar Kuantan, melihat perkampungan tradisional nelayan dan mengetahui sedikit-sebanyak sejarah Sungai Kuantan melalui pemandu pelancong kami," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Suriyati memberitahu, bagi perjalanan tersebut, penumpang akan mula menaiki bot dari Jeti Shahbandar yang terletak bersebelahan Ibu Pejabat MPK dan terus dibawa ke muara Sungai Kuantan sebelum berpatah balik.

Katanya, di kiri dan kanan sungai, penumpang disajikan dengan pemandangan menarik perkampungan nelayan selain bot-bot perikanan yang berlabuh di sepanjang sungai berkenaan.

Selain itu, jelasnya, penumpang akan dibawa mengelilingi Taman Bakau bagi melihat keunikan hutan paya bakau yang masih terpelihara tanpa perlu memijak permukaan berlumpur kerana terdapat laluan jalan kaki kayu disediakan di kawasan itu.

"Di situ, pengunjung akan singgah sebentar selama 10 minit untuk menikmati keindahan flora dan faunanya selain merakamkan kenangan manis," katanya.

Menurut beliau, pihaknya merancang menambah beberapa lagi aktiviti untuk dipenuhi di sepanjang perjalanan menaiki 'Kuantan River Cruise' tersebut seperti melihat kunang-kunang di Sungai Belat dan Sungai Soi.

"Mungkin selepas ini pengunjung dapat turun seketika semasa singgah di Hutan Simpan Paya Bakau bagi menikmati keindahan hutannya yang semula jadi," ujarnya.

Suriyati memberitahu, kadar tambang yang dikenakan juga sangat berpatutan iaitu hanya RM18 bagi dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak bagi satu pusingan yang mengambil masa kira-kira 40 hingga 45 minit.

Tidak cukup dengan itu, tambahnya, pihaknya turut menawarkan potongan harga sebanyak 10 peratus untuk enam tiket masuk ke Taman Tema Air Bukit Gambang bagi setiap tiket Kuantan River Cruise.

Kuantan River Cruise beroperasi pada setiap Isnin, Selasa dan Khamis bermula pukul 2.30 petang, 4 petang, 6.30 petang dan berakhir pukul 8 malam.

Pada hari Jumaat pula, perkhidmatannya bermula pukul 11.30 pagi, 2.30 petang, 4 petang dan 6.30 petang manakala untuk sesi malam pula bermula pada pukul 8 dan 9 malam.

Perkhidmatan Kuantan River Cruise ditutup pada setiap hari Rabu kecuali cuti sekolah dan cuti umum.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Penambahbaikan mampu tarik pelancong

Posted:

Penambahbaikan mampu tarik pelancong

Penambahbaikan mampu tarik pelancong


Pemandangan hutan simpan paya bakau di sepanjang Sungai Kuantan boleh disaksikan menerusi Kuantan River Cruise.


KUANTAN 15 Ogos - Perkhidmatan Kuantan River Cruise di Jeti Shahbandar di sini yang diberi nafas baru, dijangka mampu menarik lebih ramai pelancong ke bandar ini.

Perkhidmatan 'Kuantan River Cruise' memulakan operasinya sejak 15 Julai lalu selepas Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) melantik syarikat Sentoria Themeparks and Resort Sdn. Bhd. untuk mengambil alih pengurusan dan operasinya.

Yang Dipertuanya, Datuk Zulkifli Yaacob berkata, pengambilalihan itu berikutan kegagalan syarikat sebelum ini menguruskan perkhidmatan tersebut.

Menurut beliau, inisiatif itu diambil bagi memastikan perkhidmatan Kuantan River Cruise dapat kembali beroperasi secara aktif sekali gus menarik minat pelancong.

"Kuantan River Cruise sebahagian daripada tanggungjawab MPK. Maka, dengan penswastaan ini, segala perkhidmatan yang akan ditawarkan lebih sempurna.

"Di samping itu, orang ramai terutama pelancong yang berkunjung ke sini dapat melihat keindahan sepanjang sungai yang diliputi pokok bakau. Pengunjung juga berpeluang melihat burung Helang Siput di Sungai Kuantan yang menjadi salah satu tarikan di sini," katanya ketika dihubungi di sini, baru-baru ini.

Zulkifli menjelaskan, penswastaan perkhidmatan tersebut bertujuan memperkemaskan lagi aktiviti yang bakal dilaksanakan dalam usaha menarik lebih ramai pengunjung ke bandar itu.

Sebelum ini, kata beliau, perkhidmatan Kuantan River Cruise hanya dibuka jika ada permintaan daripada pelancong atau mana-mana agensi yang membuat lawatan ke bandar ini.

"Saya harap syarikat ini akan meningkatkan mutu perkhidmatan di samping mengadakan lebih banyak aktiviti. Kita juga akan mengadakan promosi besar-besaran bagi menarik lebih ramai pengunjung ke Kuantan River Cruise di Jeti Shahbandar ini," katanya.

Beliau yakin pertukaran syarikat pengurusan itu akan menjadikan perkhidmatan Kuantan River Cruise lebih baik dan teratur.

"Berdasarkan latar belakang syarikat tersebut, kita yakin mereka mampu mengubah suasana di Jeti Shahbandar menjadi lebih menarik," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

RM2j duit raya untuk peneroka

Posted:

RM2j duit raya untuk peneroka

RM2j duit raya untuk peneroka

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


AHMAD SHUKRI ISMAIL (tengah) dan Saari Din (kiri) menyampaikan replika cek 'duit raya' kepada seorang penerima di Felda Tekam Utara, Jerantut, baru-baru ini.


JERANTUT 15 Ogos – Felda mengagihkan duit raya sebanyak RM2 juta kepada peneroka di 14 tanah rancangan Felda dalam Parlimen Jerantut sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Duit raya itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail kepada seramai 14 pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) pada program Rahmat Ramadan Parlimen Jerantut di Masjid Felda Tekam Utara, dekat sini kelmarin.

Hadir sama Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Saari Din; Pengurus Felda Tekam Utara, Nizam Tik dan Pengerusi JKKK Felda Tekam Utara, Rashid Abbas.

Dalam ucapannya Ahmad Shukri berkata, insentif itu merupakan usaha kerajaan untuk memberi keselesaan kepada peneroka dalam membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Katanya, setiap peneroka yang menghantar hasil kepada Felda menerima RM400 manakala mereka yang melaksanakan tanam semula persendirian diberi sebanyak RM200 setiap seorang.

Menurut beliau, duit raya diagihkan menerusi pejabat pengurusan Felda masing-masing.

"Wang ini merupakan penghargaan Felda dan kerajaan negeri kepada peneroka yang banyak membantu pertumbuhan ekonomi negara dalam sektor pasaran komoditi kelapa sawit sekali gus melonjak pendapatan kasar negara.

"Saya berharap peneroka dapat merancang perbelanjaan dengan lebih berjimat dan menabung untuk keperluan perubatan, kecemasan dan pendidikan anak-anak," katanya.

Ahmad Shukri berkata, kerajaan negeri sentiasa prihatin terhadap kebajikan peneroka dan akan terus membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved