Isnin, 15 Ogos 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Kental harungi tohmahan, fitnah

Posted:

Kental harungi tohmahan, fitnah

Kental harungi tohmahan, fitnah

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
pengarang@utusan.com.my

TAMPIN 14 Ogos – Biarpun seringkali dijadikan sasaran tohmahan dan fitnah segelintir pihak, warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta agar tidak mengambil peduli sebaliknya berjiwa kental mengharunginya demi menjaga keamanan negeri dan negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini kerana majoriti rakyat memerlukan pasukan tersebut sebagai nadi keselamatan negara.

"Baru-baru ini pasukan polis tercalar namanya kerana disebabkan oleh beberapa fitnah dilemparkan oleh mereka yang mahu melihat nama baik pasukan PDRM tercalar di seluruh dunia.

"Saya berharap supaya saudara saudari sekalian bersabar dan pastikan supaya kita menjalankan tugas dengan baik. Jangan kita tergugat dengan masalah ataupun kaedah yang sengaja nak dibuat oleh pihak-pihak yang mempunyai agenda tertentu untuk musnahkan nama baik PDRM," katanya.

Mohamad berkata demikian ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Anggota PDRM negeri di kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin di sini, malam tadi.

Hadir sama, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan dan pegawai kanan PDRM.

Dalam pada itu, Mohamad menyeru kepada warga polis supaya terus melaksanakan tugas dengan berhemah selain memikul amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh dedikasi bagi memastikan negara terus aman dan damai.

"Kita bekerja kerana kita ditugaskan untuk menjalankan tanggungjawab dan jalankanlah ia dengan sebaik yang mungkin.

"Kalau semua penjawat awam menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, saya yakin orang ramai akan menikmati kepuasan daripada khidmat bakti yang kita berikan," katanya.

Pada majlis berkenaan, Mohamad turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM153,600 kepada Kelab Polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri selain mewakafkan enam unit pendingin hawa kepada surau IPD Tampin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

17 kampung masak 35 periuk bubur lambuk

Posted:

17 kampung masak 35 periuk bubur lambuk

17 kampung masak 35 periuk bubur lambuk


MOHD. Ali Rustam (tengah) dan Ab. Rahman Ab. Karim bersama sebahagian 1,000 peserta pada Majlis Masak Bubur Lambuk Perdana dan Kempen Kibar Jalur Gemilang di Melaka, semalam.


MELAKA 14 Ogos - Hampir 1,000 peserta daripada 34 agensi termasuk 17 kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor di sini membanjiri Pentas Budaya Pantai Puteri hari ini.

Semua mereka yang berkumpul di situ sejak pukul 9 pagi adalah bagi menyertai Majlis Masak Bubur Lambuk Perdana dan kempen Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54.

Sambutan dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan turut dihadiri ADUN Pantai Kundor, Datuk Ab. Rahman Ab. Karim.

Menurut Mohd. Ali, beliau kagum melihat semangat kemerdekaan yang ditonjolkan penduduk kampung dan agensi terlibat dalam program itu walaupun diraikan dalam suasana umat Islam berpuasa.

"Saya difahamkan hari ini penduduk dari 17 kampung dan kakitangan daripada 17 agensi kerajaan dan swasta bergotong-royong dari pagi untuk menghasilkan 35 periuk bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai.

"Turut diraikan program konvoi mengibarkan Jalur Gemilang dan semangat inilah yang perlu ada di dalam diri setiap masyarakat," katanya.

Menurut Ab. Rahman, program tersebut diadakan bertujuan meraikan dua sambutan bersejarah serentak.

Antara agensi yang terlibat katanya, ialah Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Petronas Penapisan (Melaka) Sdn. Bhd., Jabatan Penjara, Majlis Sukan Negeri Melaka dan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Lima sekolah terima netbook 1Malaysia

Posted:

Lima sekolah terima netbook 1Malaysia

Lima sekolah terima netbook 1Malaysia


Mohd. Isa Abdul Samad (tengah) bersama sebahagian pelajar yang menerima netbook 1Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa di Port Dickson, baru-baru ini.


TELOK KEMANG 14 Ogos - Pelajar dari lima sekolah dalam kawasan Parlimen Telok Kemang menerima netbook 1Malaysia pada satu majlis di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Baru Si Rusa di Port Dickson dekat sini baru-baru ini.

Sekolah yang terlibat ialah SMK Kampung Baru Si Rusa, SMK Bukit Saujana, Sekolah Menengah Agama Telok Kemang, SMK Tanah Merah dan Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah.

Komputer riba itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Mohd. Isa ketika berucap pada majlis itu berkata, isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dirujuk sebagai penanda aras golongan kurang berkemampuan yang diberi komputer riba itu.

"Mereka dikenal pasti dengan kerjasama Jabatan Pelajaran negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah," katanya.

Tambahnya, hanya satu unit komputer riba akan diberi untuk satu isi rumah.

"Kepada yang tidak dapat, jangan risau kerana akan ada fasa yang berikutnya dan jika mereka berkelayakan, mereka tetap terima komputer ini.

"Sebanyak 11,464 unit netbook 1Malaysia diperuntukkan bagi Negeri Sembilan untuk fasa kedua yang diberikan oleh kerajaan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved