Isnin, 15 Ogos 2011

Utusan Online - Rencana


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Antara masuk gereja, masuk masjid

Posted:

Antara masuk gereja, masuk masjid

Antara masuk gereja, masuk masjid

Oleh MOHD. RIDUAN KHAIRI
PENULIS ialah Ahli Jawatankuasa Biro Multimedia dan Penerbitan Sekretariat Ulama Muda UMNO (iLMU)


Majlis penyampaian sumbangan Ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching yang didakwa dilakukan di ruang solat utama Surau Al-Huda, Kajang pada tahun lalu.


MANUSIA tidak bijak dalam semua hal. Boleh jadi kita bijak dalam beberapa hal dan bodoh dalam beberapa hal lain. Sebab itu dalam Islam, kita disuruh bertanya kepada orang yang tahu, "Tanyalah kepada pakar, jika kamu tidak tahu."

Orang yang bijak, tahu apa yang mereka tahu dan tahu juga apa yang mereka tidak tahu. Salah satu tanda orang yang bijak ialah mengatakan tidak tahu untuk perkara-perkara yang mereka tidak kuasai. Atau dijawab dengan "Wallahua'lam".

Kita selalu dengar kisah seorang lelaki datang dari jauh membawakan 40 soalan untuk ditanyakan kepada Imam Malik bin Anas.

Imam Malik diberi jolokan Imam Darul Hijrah membawa makna beliau antara orang alim dan bijak dari kalangan pendudukan Madinah yang dihuni orang ramai ilmuwan dan sarjana lain. Namun Imam Malik menjawab hanya beberapa soalan sahaja, dan menjawab "saya tidak tahu" dalam banyak soalan lain. Ini satu tanda orang yang bijak dan pintar, "tahu apa yang mereka tidak tahu."

Setelah usia dunia bertambah dan zaman batu berganti logam, manusia mula memberi ukuran kepada bijak dan pintar. Adanya sekolah dan universiti. Orang bijak menurut sistem sekolah dan universiti dipakaikan 'jubah' dan ada gelaran. Ada doktor dan profesor. Lebih tinggi lagi, ada profesor emeritus dan beberapa lagi.

Setinggi mana pun gelaran yang mereka peroleh, itu bukanlah lesen mutlak buat orang pintar untuk mengulas apa sahaja isu, apa sahaja kes. Setiap bidang punya pakar dan ahlinya masing-masing.

Justeru menjadi kekeliruan bagi orang awam apabila menelan bulat-bulat pendapat atau fatwa dari orang yang bergelar doktor atau profesor. Disangka semuanya benar-benar belaka. Walhal mungkin profesor itu dari jurusan perubatan, mengulas struktur jalan raya dan persimpangan bertingkat.

Baru-baru ini seorang ahli agama yang baru mendapat gelar profesor madya membuat satu kesimpulan mudah terhadap isu serbuan Jabatan Agama Islam (JAIS) terhadap sebuah gereja.

Katanya, "Pihak berkuasa agama bimbang apabila ada orang Islam pergi ke gereja. Risau nanti mereka terpengaruh dengan Kristian.

"Peliknya kenapa dulu mereka menghalang orang bukan Islam masuk ke masjid? Apakah mereka juga bimbang bukan Islam terpengaruh dengan Islam?"

Penat-penat menyelidik, menulis tesis dan mengembara seluruh benua mengaji, namun masih juga Allah mahu menunjukkan bahawa ilmu yang Allah titiskan di dunia ini sangatlah luas.

Kalau boleh kita letak tepi dahulu soal hukum. Kerana yang pasti perbahasannya panjang. Ia tidak semudah satu campur satu. Hatta daging babi pun yang jelas haram dalam al-Quran, tetap diberi kelonggaran dalam kes-kes tertentu untuk di makan. Inikan pula perbahasan Islam-masuk-gereja dan kafir-masuk-masjid.

(Baca soal jawab Jais: http://soaljawab.jais.gov.my/index.php?option>com_content&task>view&id>291&Itemid>91)

Yang ingin dilontarkan ialah salah satu logik yang berlaku dalam hujah sang doktor ini. Ia jelas ketara bukan pertama kali. Bahkan sudah beberapa kali dalam beberapa kes yang lain. Seperti ada sesuatu yang menghalang beliau untuk berfikir dengan jernih dan jelas.

Berdasarkan dalil-dalil yang sahih dari kedua kem penentang dan penyokong memasuki rumah ibadah, menunjukkan bahawa Islam tidak melarang secara mutlak orang kafir untuk masuk ke dalam masjid, begitu juga orang Islam memasuki gereja.

Namun yang diberi perhatian ialah situasi dan keadaan. Dalam keadaan tertentu ia boleh jadi terlarang dan dalam keadaan lain ia boleh jadi dibenarkan.

Salah Faham dalam Logik

Dalam kes orang kafir masuk masjid, yang menjadi masalahnya ialah mereka dimuliakan. Bukan sahaja dimuliakan kerana berminat mendekati masjid atau menjadi tetamu. Bahkan mereka diberi kesempatan untuk berucap di dalam rumah ibadah dan menyampaikan sumbangan.

Sedangkan dalam hadis Thumamah yang dijadikan dalil bolehnya orang kafir masuk masjid, orang kafir itu diikat di tiang masjid dalam keadaan yang hina. Maka, wajiblah perhatikan situasi bukan sekadar boleh atau tidaknya.

Bimbang-bimbang kalau kaedah berfikir ini silap, esok-esok kalau ada orang tersesat dalam hutan tiada makanan, mereka akan sembelih babi untuk makan dan membawa balik lebihan daging itu untuk kaum-kerabatnya merasa. Alasannya, kerana darurat membenarkan.

Manakala dalam kes orang Islam masuk gereja ini, kita percaya sebelum ini sudah banyak kali orang Islam yang sudah masuk gereja namun JAIS tidak tangkap pun. Mungkin tukang kebun, atau boleh jadi tukang cuci, tukang sapu memasuki gereja untuk kerja-kerja mereka. Atau mana-mana ahli yang berhormat melawat kawasan dan singgah ke gereja untuk melawat orang Kristian di dalamnya.

Namun berbeza dengan kes ini, (walaupun masih dalam siasatan) tentu sahaja JAIS punya maklumat dan motif lain untuk membuat serbuan. Bukan sekadar kerana orang Islam memasuki gereja. Di sana ada dakwaan bahawa ada usaha-usaha untuk menyebarkan agama Kristian kepada umat Islam.

Usaha Menyebarkan Agama Lain kepada Umat Islam

Dan hal ini sama sekali tidak boleh disangkal. Agama Kristian dari satu hal berkongsi ciri yang sama dengan agama Islam. Iaitu sifatnya menyebar. Penganut kedua-dua agama ini menyakini akan tanggungjawab untuk menyebarkan agama mereka.

Seorang pendakyah Kristian Amerika menulis sebuah buku menjelaskan misi dakyahnya, dalam buku, "Mission work has been carried on among the people of the Dutch possessions in Malaysia since 1603. The results have not been very gratifying, owing partly to the methods adopted and partly to the opposition of the government to the use of aggressive measures in evangelization. Dr. Callenbach, a Dutch authority, says that in 1900 there were " some 41 European clergymen and evangelists, aided by 355 ordained natives, native preachers and teachers, working among 234,073 natives of the undenominational Protestant Church of the East Indies."

(The Malaysia Mission of the Methodist Episcopal Church: The rev. John Russell Denyes, Missionary, Singapore Malaysia, 1869)

Sedangkan anak gadis di tepi jalan pun ada yang didakwahi, ibarat 'ikan dihidang kepada kucing' apabila ada orang Islam yang sanggup hadir ke gereja pada acara rasminya. Ini yang kabur pada mata tuan doktor. Semoga Allah melapangkan dadanya dan mencerahkan matanya untuk melihat.

Sekali lagi isunya bukan semudah masuk masjid atau masuk gereja. Ia lebih 'mendalam' daripada itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Memerangi kemalangan jalan raya

Posted:

Memerangi kemalangan jalan raya

Memerangi kemalangan jalan raya

DATUK ABDUL RAHIM BAKRI
Timbalan Menteri Pengangkutan

SEMPENA menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri, sekali lagi akan ada usaha yang dilakukan untuk meningkatkan kesedaran peri pentingnya keselamatan di jalan raya bagi mengelak kemalangan.

Tragedi kemalangan melibatkan pengangkutan awam sering mendapat liputan media dan menimbulkan reaksi orang ramai yang paling banyak. Ini mungkin kerana ia kematian berkelompok.

Namun pada hakikatnya jika dilihat dari segi statistik, kematian melibatkan pengangkutan awam adalah jumlah terendah sekali - berbanding kenderaan pelbagai jenis lain khususnya motosikal.

Pada 2010, misalnya kematian di jalan raya berjumlah 6,872 orang dan daripada jumlah itu, kematian pengangkutan awam melibatkan bas hanya 77 orang iaitu lebih kurang 1.1 peratus (%) berbanding kereta 20.7% (1,421 orang) dan yang paling tertinggi sekali adalah penunggang dan pembonceng motosikal iaitu 4,036 kematian atau lebih kurang 58.7%. Oleh itu penggunaan kenderaan awam boleh menjamin keselamatan yang lebih secara perbandingan.

Setiap hari secara purata 18 orang mati di jalan raya, dan setiap 1 jam 20 minit juga ada seorang mati akibat kemalangan maut. Manakala setiap hari secara purata sekurang-kurangnya 11 orang mati melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Kos sosial bagi kemalangan yang berlaku (melibatkan kos perubatan, kos sebagai orang kurang upaya dan lain-lain) dianggarkan RM9 bilion setiap tahun. Persatuan Anak Yatim Malaysia (Peyatim) menganggarkan hampir 300,000 orang menjadi anak yatim di negara ini berkait dengan kemalangan jalan raya.

Secara perbandingan Malaysia berada di tempat ke-47 daripada 174 negara menurut sumber Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). China diberitakan mencatat kematian seramai 120,000 orang setahun dan India 98,000 orang.

Apa yang membimbangkan kemalangan di jalan raya berkembang pesat mengikut pertambahan kenderaan. Di negara kita, ketika ini terdapat 20 juta kenderaan berdaftar dan pemandu berlesen ada 12.1 juta. Setiap bulan kereta bertambah 70,000 sehingga 80,000 dan setiap tahun dianggarkan 1 juta kenderaan berdaftar bertambah di jalan raya.

Jalan-jalan yang dibina juga bertambah setiap tahun. Setakat ini terdapat 27 jalan konsesi dan difahamkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 ini akan ada 7 batang lebuh raya lagi akan dibina. Ini tidak termasuk jalan negeri dan persekutuan yang dibina di seluruh negara.

Peningkatan angka-angka ini akan menjadikan jalan-jalan dan lebuh raya kita sebagai landasan maut jika tidak ada pelbagai pencegahan dibuat untuk mengatasi masalah ini.

Atas sebab itu kerajaan melaksanakan pelbagai pendekatan holistik danpencegahan bagi menangani permasalahan ini.

Pendekatan ini tidak akan berjaya selagi tidak ada sokongan dari setiap golongan masyarakat sama ada pemimpin keluarga, pemimpin masyarakat, parti politik, NGO, badan korporat dan kerajaan. Ini adalah sesuai dengan slogan "Keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab bersama" dan "Kemalangan tidak mengenal sesiapa".

Kerajaan dan agensi-agensi di bawahnya hanyalah bertindak sebagai pemudah cara. Mereka boleh mewujudkan pelbagai pendekatan dan strategi tetapi tanpa kesedaran di kalangan rakyat dan sokongan semua golongan tidak mungkin pendekatan itu mencapai kejayaan.

Berdasarkan kajian Malaysian Institute of Road Safety (MIROS) beberapa strategi telah dikenal pasti yang perlu dilaksanakan. Di antaranya ialah strategi 4E's iaitu melibatkan Education (pendidikan) yang menjurus ke arah penambahbaikan sikap pemandu yang menjadi punca utama kemalangan iaitu menurut kajian MIROS berjumlah 67%.

Oleh itu penambahbaikan sikap menjadi lebih berhemah, berdisiplin dan bertanggungjawab akan diberikan penekanan dalam intervensi tersebut.

Strategi pendidikan jangka pendek dan berterusan ialah melalui kempen dan advokasi. Ia perlu dilaksana melalui saluran pelbagai media dan community based programme.

Ia adalah program berterusan dengan bantuan media massa, NGO seperti Road Safety Marshall, Majlis Keselamatan Jalan Raya, Persatuan Permotoran Malaysia (AAM), Malaysian United For Road Safety.

Badan organisasi korporat yang prihatin turut terlibat misalnya melalui badan korporat Shell, Petronas yang melibatkan kempen traffic game bagi pelajar sekolah. Kumpulan Genting turut menyumbangkan berjuta-juta ringgit bagi menaja kegiatan kempen keselamatan jalan raya seperti helmet programme selain syarikat-syarikat yang memberikan grant secara 'adhoc' seperti PLUS dan beberapa pemegang konsesi lebuh raya.

Melalui kerjasama dan bantuan Kementerian Pelajaran, sekolah digalakkan menubuhkan Kelab Keselamatan Jalan Raya yang bertindak sebagai pemangkin kesedaran khususnya generasi baru. Sebagai langkah jangka panjang, Jabatan Keselamatan Jalan Raya menjalin kerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan Kurikulum Keselamatan Jalan Raya di setiap sekolah di negara ini. Ia diterapkan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (subjek wajib) bagi satu jam setiap minggu.

Aspek kedua yang tidak kurang pentingnya juga ialah kejuruteraan iaitu melibatkan kejuruteraan jalan dan kejuruteraan kenderaan.

Setiap kenderaan yang masuk dan didaftar di negara ini diperlukan untuk mendapatkan Vehicle Type Approval (VTA) iaitu keperluan ujian wajib setiap model kenderaan bari bagi memenuhi Malaysian Standard (MS) dan piawaian keselamatan kenderaan.

Bagi kenderaan pengangkutan awam beberapa protokol dan piawaian antarabangsa tertentu perlu digunapakai seperti piawaian UNECE (United Nations Economic Commission of Europe) khususnya piawaian superstructure bas dan piawaian berkaitan tayar.

Kenderaan pengangkutan awam dan perdagangan diwajibkan melalui pemeriksaan teknikal Puspakom sebelum didaftar dan pemeriksaan berkala diwajibkan untuk menentukan roadworthiness sesebuah kenderaan. Ini termasuklah kenderaan offroad supaya setiap pemilik kenderaan mempunyai tanggungjawab duty of care. Kegagalan melakukannya boleh menjadikan satu kesalahan besar di bawah Akta Pengangkutan Jalan.

Kejuruteraan dan reka bentuk jalan juga suatu isu yang perlu ditangani. Kementerian Kerja Raya perlu mengadakan audit secara berterusan dan merawat jalan-jalan yang dianggap black spot dan memastikan reka bentuk jalan memenuhi piawaian jalan antarabangsa dan bersifat selamat.

Di seluruh negara setakat ini terdapat 566 kawasan black spot (accident prone area) yang telah dikenal pasti. Kawasan ini akan menjadi tempat di mana Automated Enforcement System (AES) dipasang sebagai langkah membendung pengguna jalan raya memandu laju di lokasi berbahaya ini.

Satu aspek yang penting ialah berkaitan penguatkuasaan. Penyelarasan di antara agensi penguatkuasa seperti PDRM, JPJ, SPAD perlu dipertingkatkan supaya ia menjadi lebih berkesan dan digeruni. Di musim perayaan ini agensi penguat kuasa sekali lagi akan menggembleng tenaga bagi melaksanakan Ops Sikap.

Saman yang dikenakan haruslah mampu dikutip dengan cekap supaya pemandu dapat merasa keperitan dan meningkatkan persepsi ditangkap. Mereka akan mendapat pengajaran sewajarnya daripada kesalahan mereka.

Diharap dengan pelaksanaan AES, kaedah saman akan menjadi lebih cekap, tepat, konsisten dan dengan sendirinya membentuk sikap pemandu lebih berhemah dan bertanggungjawab di jalan raya.

Dalam melaksanakan bermacam kaedah dan pendekatan ini, perkara paling pokok adalah bagaimana mengubah sikap pemandu. Sikaplah yang boleh mengubah pola pemanduan.

Kita berharap di musim perayaan ini, kita dapat merayakannya dengan kegembiraan, bukan kesedihan apabila angka yang mati di jalan raya meningkat seolah-olah tiada hujungnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved