Isnin, 15 Ogos 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Gereja-JAIS: 12 beri keterangan

Posted:

Gereja-JAIS: 12 beri keterangan

Gereja-JAIS: 12 beri keterangan

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 15 Ogos – Seramai 12 umat Islam yang berada dalam Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya ketika pemeriksaan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu, hadir memberi keterangan di pejabat agensi kerajaan itu hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Menurut sumber JAIS, kesemua mereka hadir secara berperingkat seawal pukul 9.15 pagi dan proses itu difahamkan berakhir sehingga lewat petang ini.

Katanya, selain keterangan mereka diambil, kesemua individu berkenaan juga turut diberi kaunseling oleh beberapa pegawai daripada JAIS dan Jabatan Mufti Selangor.

Mengulas lanjut sumber itu berkata, JAIS menghantar surat kepada 12 individu terbabit untuk hadir memberi keterangan hari ini selepas mereka gagal melakukannya pada 9 Ogos lalu.

"Sebahagian daripada mereka yang hadir ditemani peguam masing-masing," kata sumber itu ketika ditemui di pekarangan pejabat JAIS di sini.

Turut dilihat berada di bilik mesyuarat tempat keterangan itu diambil ialah Pengarah JAIS, Marzuki Hussin dan Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar.

Sementara itu, usaha pemberita untuk mendapatkan respons daripada Marzuki gagal apabila beliau enggan bertemu dengan pihak media dan tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.

Malah, pihak media yang menunggu di pejabatnya turut diarah oleh pengawal keselamatan untuk beredar kerana memberi alasan menerima arahan daripada 'pihak atasan'.

Pada 3 Ogos lalu, JAIS melakukan pemeriksaan ke atas gereja berkenaan selepas menerima maklumat kehadiran orang Islam dalam sebuah majlis yang dianjurkan di situ.

Penganjur dikatakan turut mengedarkan kuiz mengenai agama Islam kepada hadirin dengan 12 soalan yang dikemukakan antaranya 'apakah maksud perkataan Islam', 'apakah maksud perkataan muslim', 'apakah maksud perkataan Quran', 'apakah 5 rukun Islam' dan 'apakah 6 perkara iman muslim'.

Paling meragukan apabila JAIS difahamkan menemui kertas soalan kuiz tersebut yang dikoyakkan dan dibuang di dalam tong sampah ketika pemeriksaan dilakukan.

Exco Hal-Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 4 Ogos lalu mengesahkan tindakan JAIS itu dan menyatakan pihak berkuasa agama itu mempunyai bukti wujudnya penyebaran agama bukan Islam ke atas penganut Islam.

Menurut Hasan, ketika pemeriksaan itu, seramai 12 orang Islam yang hadir pada majlis itu turut diperiksa dan kesemua mereka telah diarahkan menerusi satu notis supaya menghadirkan diri di Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk siasatan lanjut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

KDN isytiharkan perang

Posted:

KDN isytiharkan perang

KDN isytiharkan perang

Oleh HAKIMI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


Hishammuddin Tun Hussein bersama Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad (duduk, tengah) pada sidang media selepas Mesyuarat Bersama Pengarah-Pengarah Imigresen Negeri di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 15 Ogos – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengisytiharkan perang terhadap sindiket pemerdagangan manusia dan berikrar akan menggempur sindiket terbabit habis-habisan.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, aktiviti pemerdagangan manusia adalah fenomena antarabangsa dan kerajaan berusaha keras bagi membanteras jenayah tersebut termasuk menerusi perjanjian dengan kerajaan Australia baru-baru ini.

Menurutnya, masyarakat juga diingatkan supaya terus peka dan bekerjasama membantu kerajaan dan agensi penguatkuasa dalam menangani isu pemerdagangan manusia yang dilihat semakin serius akhir-akhir ini.

"Keprihatinan masyarakat terhadap isu ini perlu dipertingkatkan lagi agar usaha kerajaan memerangi jenayah tersebut dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

"Kementerian juga yakin jenayah pemerdagangan manusia didalangi oleh sindiket profesional dan ia harus dibanteras segera kerana melibatkan soal imej, prestasi dan nama baik negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Perjumpaan Bersama Pengarah-Pengarah Imigresen Negeri di sini hari ini.

Menurut Hishammuddin, kerajaan telah mengenal pasti kaedah yang lebih berkesan untuk menangani jenayah terbabit termasuk memperkemaskan jentera penguatkuasaan di 64 pintu masuk negara.

Dalam pada itu, Hishammuddin memberitahu, kerajaan juga telah menjalankan kerjasama dengan kerajaan Bangladesh dan India serta agensi-agensi risikan untuk menyelesaikan masalah pemerdagangan manusia di negara ini.

"Bukan sahaja pihak luar malah kita juga akan mengenakan tindakan tegas ke atas pegawai sendiri jika terbukti mereka terlibat dengan aktiviti ini dan semuanya telah terbukti dengan tindakan kita terhadap lapan pegawai imigresen baru-baru ini.

"Kempen dan program kesedaran juga perlu dipergiatkan bagi memberikan penerangan, kesedaran dan mendidik rakyat supaya mengetahui peranan mereka dalam menangani jenayah berkenaan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved