Isnin, 15 Ogos 2011

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Program langsing bersama

Posted:

Program langsing bersama <i>iSIHAT</i>

Program langsing bersama iSIHAT

BERDASARKAN Kajian Kesihatan dan Kematian Kebangsaan (NHMS) dalam tempoh 1996 hingga 2006 kadar obesiti telah meningkat daripada 20.6 peratus kepada 43.1 peratus di kalangan orang dewasa.

Jadi ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila Pakar Pemakanan dan Kecergasan, Kevin Zahri Abdul Ghaffar menyatakan, menerusi pengalamannya mengendalikan pelbagai seminar dan perundingan kesihatan, 80 peratus masyarakat ingin menguruskan badan berbanding hanya 20 peratus yang ingin menambah berat badan.

Lantaran itu program Cabaran Sihat 6 Minggu Bersama Kevin Zahri & iSIHAT merupakan platform terbaik. Dengan tujuan untuk membantu golongan obesiti mengenai cara-cara mendapatkan berat badan ideal dan memberi pendedahan amalan cara hidup sihat, cabaran itu bakal mengambil masa selama enam minggu (setiap hari Sabtu) bermula 2 Oktober 2011.

Program yang dijalankan pada setiap hari Sabtu itu dimulakan dengan majlis pelancaran serta bengkel yang dikendalikan sendiri oleh Kevin Zahri. Acara pada minggu-minggu seterusnya adalah senamrobik di gimnasium, aktiviti sukan air, Jungle Trekking, Amazing Race dan futsal.

Yang paling menarik ialah, prestasi para peserta akan 'dipantau' sendiri oleh Kevin Zahri yang akan memberikan bimbingan dan nasihat secara individu kepada setiap peserta! Yang pasti, kejayaan penurunan berat badan bukanlah satu-satu 'hadiah' yang akan dibawa pulang.

Tiga peserta yang menunjukkan peratus penurunan berat badan paling tinggi akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 bagi tempat ketiga, RM2,000 (tempat kedua) dan RM3,000 menanti sang juara berserta dengan hadiah-hadiah sampingan!

Untuk makluman, Cabaran Sihat 6 Minggu Bersama Kevin Zahri & iSIHAT ditaja oleh Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Perhutanan Malaysia (FRIM), Celebrity Fitness, Bizzy Body, Adidas dan JariSpa.

Sekiranya anda adalah warganegara Malaysia berumur 18 - 45 tahun sama ada lelaki atau wanita dan bebas daripada sebarang penyakit serta ingin menurunkan berat badan, penyertaan amat dialu-alukan.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 15 September 2011. Hanya 24 peserta yang akan terpilih. Kepada yang berminat, yuran penyertaan yang dikenakan RM370 seorang.

Jangan tunggu lagi, mulakan langkah pertama anda! Untuk makluman selain majalah iSIHAT, borang penyertaan boleh didapati dengan melayari laman sesawang kevinzahri.com/iSIHAT.

Borang yang telah lengkap diisi boleh dihantar ke Cabaran Sihat 6 Minggu Bersama Kevin Zahri & iSIHAT, Kompleks Sri Utusan, Lot 6 Jalan P/10 Kawasan Perusahaan Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Syarliz atau Rosnah pada talian 03-89262999.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Selera berbuka ala kampung

Posted:

Selera berbuka ala kampung

Selera berbuka ala kampung

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar MOHD. AZIM ABD. RAHMAN


Chef Zaliha Asmael (kanan) bertanggungjawab menyediakan sajian masakan Melayu.


KEDATANGAN bulan Ramadan seolah-olah menandakan tibanya 'pesta' makanan bagi penduduk di seluruh negara.

Di sana-sini pelbagai tawaran untuk berbuka puasa boleh didapati. Bagaimanapun, bagi mereka yang ingin menikmati hidangan berbuka puasa bersama keluarga ataupun sahabat handai, apa kata mencuba masakan yang disediakan di Hotel One World, Bandar Utama, Kuala Lumpur.

Bertemakan Selera Kampung Ku, tahun ini menyaksikan pelbagai juadah kampung menjadi pilihan Hotel One World.

Bertempat di Cinnamon Coffee House, pelanggan dapat merasai juadah mewah berharga dari RM108 untuk dewasa dan dari RM54 bagi kanak-kanak, sehingga 30 Ogos ini.

Menurut chef pakar masakan Melayu Hotel One World, Zaliha Asmael, seperti tahun-tahun sebelum ini, dia merupakan orang yang bertanggungjawab menyediakan sajian masakan Melayu.

Tetapi untuk tahun ini, dia telah dipertanggungjawabkan menyediakan masakan bercirikan kampung seperti nasi minyak sari Syawal, kari daging tetel berkentang, ayam masak rendang raya, ikan tenggiri goreng berlada, udang sambal petai hirisan, ketam goreng berempah dan nangka muda lemak cili padi dengan tulang ikan masin.

"Seperti semua orang ketahui, masakan kampung merupakan sejenis masakan yang tidak jemu dinikmati terutama sekali bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar.

"Sudah pasti bahan-bahan yang digunakan merupakan rempah ratus asli tempatan dan segar," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Tambah Zaliha, menu-menu yang disajikan akan dihidangkan secara bergilir-gilir dan terdapat lebih kurang 200 hidangan setiap hari.

Ini termasuk hidangan 'wajib', kambing golek yang tidak pernah ketinggalan disediakn buat peminat-peminat daging kambing.

"Untuk tahun ini, kami memberi sedikit kelainan dengan menyediakan pelbagai gerai hidangan seperti laksa, popia basah, yong tau foo, char kue tiau, rojak, kerabu dan sebagainya.

"Dalam masa yang sama, kami turut menyediakan pelbagai aneka panggang yang akan dibakar mengikut permintaan pengunjung agar disajikan panas-panas," katanya.

Jelasnya, setiap hari sepanjang bulan Ramadan , dia akan menyediakan masakan untuk 800 hingga 1,000 orang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved