Isnin, 15 Ogos 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Transformasi dahului zaman

Posted:

Transformasi dahului zaman

Transformasi dahului zaman

Oleh LUQMAN HAZIQ dan NURUL HUDA HASSAN
pengarang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak ditemani Ahmad Maslan (kiri) tidak melepaskan peluang mengacau bubur lambuk ketika menghadiri Program Bubur Lambuk di Felda Tunggal, Kota Tinggi Johor, semalam.


KOTA TINGGI 14 Ogos - Kemajuan dan kejayaan yang dicapai Felda dalam membangunkan keluarga miskin membuktikan ia satu program transformasi yang mendahului zaman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah pemimpin terdahulu menubuhkan Felda jelas berjaya mengubah kehidupan masyarakat yang sebelum ini dikategorikan sebagai kumpulan berpendapatan rendah menjadi golongan pertengahan.

Katanya, transformasi yang dilakukan sejak dahulu lagi telah melahirkan ramai warga yang berjaya seperti Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Obet Tawil selain membolehkan ramai warga Felda belajar hingga ke peringkat lebih tinggi.

"Mungkin tiada rancangan lain yang dapat memanifestasikan perubahan ini seperti Felda Tunggal yang memenangi Anugerah Khas Kecemerlangan Felda 2011 dengan meraih hadiah RM1 juta. Sehingga hari ini 114,000 warga Felda sudah mendapat manfaat daripada transformasi ini.

"Pendapatan peneroka Felda kini mampu mencecah lingkungan RM4,000 sebulan iaitu sama nilainya jumlah RM8,000 yang dinikmati masyarakat bandar," katanya semasa berucap pada Program Rahmat Ramadan Peringkat Kebangsaan di Masjid Al-Ikhwan Gugusan Felda Adela dekat sini hari ini.

Selain solat Asar berjemaah, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dan menyertai penduduk memasak bubur lambuk.

Najib menyifatkan kejayaan Felda di negeri ini adalah 'luar biasa' dan percaya ia hasil budaya saling membantu yang diterapkan oleh warga Felda dan kepimpinannya.

Beliau berjanji untuk memperbaharui Felda secara berterusan dan berharap dapat menjadikan warga tanah rancangan itu lebih kuat.

Menurutnya, untuk mencapai kejayaan itu, ia hanya boleh dicapai dengan wujudnya kestabilan politik dan perpaduan yang kukuh antara semua kaum.

"Kubu kuat kerajaan adalah Felda, jadi kita sama-sama pertahankan Felda dan pada masa yang sama kita membantu kerajaan mempertahankan Putrajaya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

3 jenis bawang bawah skim kawalan harga

Posted:

3 jenis bawang bawah skim kawalan harga

3 jenis bawang bawah skim kawalan harga

BERA, 14 Ogos — Tiga lagi barangan keperluan iaitu bawang merah, bawang putih dan bawang besar disenaraikan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Aidilfitri 2011, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Barang yang disenaraikan sebelum ini ialah daging lembu tempatan, daging lembu import, telur gred A, B dan C, ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging kerbau tempatan, daging kerbau import, kobis bulat import, cili merah, tomato, kelapa parut, kacang tanah import, ikan kembung dan kentang.

Ismail Sabri berkata barangan tersebut disenaraikan kerana ia dilihat akan menjadi keutamaan kepada orang ramai semasa musim perayaan nanti.

"Kawalan harga barang itu akan dikuatkuasakan selama dua minggu iaitu bermula dari 22 Ogos hingga 5 September 2011," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan kepada warga emas dan di rancangan Felda Rentam, Bera, di sini.

Ismail Sabri berkata kerajaan juga memberi jaminan bahawa barangan keperluan bersempena sambutan Aidilfitri nanti mencukupi dan semua pemborong telah diminta memastikan barangan seperti bekalan ayam, daging, kelapa serta minyak masak mencukupi di pasaran.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) juga telah menambah bekalan minyak masak sebanyak 7,000 tan metrik lagi sebagai tambahan kepada 70,000 tan metrik yang dibekalkan setiap bulan kepada pembekal dan pemborong untuk diedarkan kepada peniaga bagi keperluan hari raya ini, katanya.

Beliau berkata pihak penguatkuasa kementeriannya juga akan membuat pemantauan harga dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap peniaga yang menaikkan harga barangan secara melampau. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Keterangan bela diri Anwar ditangguh lagi?

Posted:

Keterangan bela diri Anwar ditangguh lagi?

Keterangan bela diri Anwar ditangguh lagi?

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Selepas berjaya menangguhkan buat ke sekian kalinya perbicaraan kes liwat di Mahkamah Tinggi di sini pada minggu lalu, kemungkinan untuk melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah memberi keterangan bela diri esok masih belum dapat dicapai.

Ia berikutan masih terdapat enam lagi saksi yang belum ditemu bual oleh pasukan pembelaan termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan dua bekas pembantu rumah pemilik unit kondominium yang didakwa berlakunya kejadian liwat tersebut, Hasanuddin Abdul Hamid.

Apatah lagi difahamkan bekas pembantu-pembantu rumah Hasanuddin yang hanya dikenali sebagai Suliati dan Fitria Dipan telah pulang ke Indonesia.

Peguam utama mewakili Anwar, Karpal Singh pada Khamis lalu dilaporkan telah pun membayangkan bahawa perbicaraan tersebut perlu ditangguh sekiranya pasukan pembelaan gagal menemu bual kesemua saksi yang disenaraikan dalam dua permohonan mereka.

Anwar sepatutnya mula memberi keterangan bela diri pada 8 Ogos lalu tetapi ditunda selepas beliau mengemukakan permohonan untuk menemu bual saksi-saksi sebelum Ketua Pembangkang itu tampil memberi keterangan.

Setakat Jumaat lalu, seramai 19 saksi telah hadir ke Kompleks Mahkamah di sini sejak 18 Mei lalu untuk ditemu bual termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof.

Tiga hari sebelum itu, Musa dan Mohd. Rodwan telah hadir untuk sesi temu bual tetapi membatalkan niat mereka selepas mengetahui Anwar akan berada di dalam bilik temu bual.

Bagaimanapun keesokan harinya, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan bahawa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu boleh berada pada sesi temu bual tetapi tidak boleh terlibat secara aktif terutamanya bertanyakan soalan.

Anwar diperintahkan membela diri setelah Hakim Mohamad Zabidin pada 16 Mei lepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden berjaya membuktikan kes prima facie atas pertuduhan tersebut.

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved