Isnin, 15 Ogos 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


300 ronda cegah jenayah

Posted:

300 ronda cegah jenayah

300 ronda cegah jenayah

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
utusanjohor@utusan.com.my


SEBAHAGIAN peserta Ronda Riadah Cegah Jenayah berkumpul di pekarangan IPD Johor Bahru Selatan, malam kelmarin.


JOHOR BAHRU 14 Ogos - Kira-kira 300 anggota polis, ahli kelab basikal dan penduduk ibu negeri ini melakar sejarah tersendiri apabila bersama-sama menyertai program Ronda Riadah Cegah Jenayah anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, di sini semalam.

Pengerusi Kelab Ronda Riadah Cegah Jenayah IPD Johor Bahru Selatan, Inspektor Hasbullah Noh (gambar) berkata, rondaan yang dimulakan pukul 11 malam hingga 3 pagi itu membabitkan beberapa lokasi sekitar bandar raya ini.

Katanya, dalam program itu, peserta akan bertemu dengan penduduk untuk mengedar risalah kepentingan menjaga keamanan.

"Program ini juga merupakan salah satu usaha merapatkan hubungan kerjasama antara polis dan orang awam dalam membanteras kegiatan jenayah di kawasan kediaman masing-masing.

"Ini adalah inisiatif IPD Johor Bahru Selatan membanteras jenayah dengan melibatkan orang awam dan menarik minat masyarakat sertai polis bagi bagi tujuan itu.

"Uniknya, kita mengambil pendekatan bersukan seperti berbasikal. Sambutan diterima amat memberangsangkan," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan IPD Johor Bahru Selatan, malam tadi.

Kata Hasbullah, rondaan memberi tumpuan kepada kawasan dengan kadar jenayah pecah rumah dan samun pada waktu malam yang tinggi.

Menurutnya, beliau yakin rondaan sebegitu akan mampu menurunkan kadar jenayah jalanan dan kes pecah rumah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

103 anak yatim Peyara pilih sendiri baju raya

Posted:

103 anak yatim Peyara pilih sendiri baju raya

103 anak yatim Peyara pilih sendiri baju raya


Halimah Mohamed Sadique membantu salah seorang anak yatim mencuba songkok ketika membeli-belah baju raya di Bazar Kota Tinggi, baru-baru ini.


KOTA TINGGI 14 Ogos - Seramai 103 anak yatim berusia antara tiga hingga 17 tahun daripada Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Bandar Tenggara (Peyara) dibawa membeli-belah baju raya oleh Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique di Bazar Kota Tinggi di sini, baru-baru ini.

Masing-masing memilih pakaian untuk menyambut Lebaran ini seperti baju kurung, tudung, kasut, telekung, butang, baju Melayu, songkok, kain samping dan kasut.

Turut menemani mereka membeli belah ialah tujuh Ahli Jawatankuasa Peyara yang membantu mereka memilih pakaian masing-masing.

Halimah berkata, program diadakan lebih awal supaya golongan berkenaan lebih bersedia dan bergembira menjalani ibadah puasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.

"Kita mahu melihat mereka yang kurang bernasib baik tidak ketinggalan menyambut hari mulia ini. Saya berharap sumbangan itu dapat menceriakan mereka dengan memilih sendiri pakaian kegemaran masing-masing," katanya yang turut meluangkan masa membantu anak-anak yatim itu memilih baju raya mereka.

Di samping itu, pihaknya juga berhasrat mengadakan program ziarah dan penyampaian sumbangan dalam bentuk barangan makanan dan wang tunai sumbangan syarikat korporat seperti Bank Simpanan Nasional (BSN), Century Logistic, Amanah Raya dan Sani Express kepada 800 penerima yang telah dikenal pasti dan layak termasuk empat Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan tiga perkampungan Orang Ssli dalam kawasan Parlimen Tenggara.

Sementara itu, Nurul Nabila Tumirin, 15, melahirkan rasa gembira kerana dapat memiliki baju raya yang digemarinya.

"Inilah pertama kali kami beramai-ramai dibawa ke kedai memilih warna dan jenis pakaian yang digemari. Syukur Alhamdulillah dan terima kasih kepada Datuk Halimah yang memberi peluang dan kesempatan ini," kata anak ketiga daripada enam beradik ini.

Mohd. Shahrizan Nor Azman, 14, turut mengucapkan terima kasih kepada Halimah yang memberi peluang kepada mereka memilih sendiri baju raya yang digemari.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved