Utusan Online - Pendidikan |
120 murid dibawa membeli-belah Posted: 120 murid dibawa membeli-belahJOHOR BAHRU 23 Ogos - Seramai 120 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Mohd. Khir Johari diberi peluang memilih sendiri baju raya dan keperluan Aidilfitri apabila dibawa oleh pihak sekolah ke gedung pakaian First Lady dan UO Superstore di Plaza Kotaraya di sini, semalam. Guru Besarnya, Zamani Ahmad berkata, aktiviti di bawah Program Pautan Kasih sekolah itu bertujuan menceriakan murid daripada keluarga miskin dan yatim piatu menyambut Syawal. "Inisiatif ini diambil kerana kita memikirkan tugas guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, malah memikul tanggungjawab membantu golongan memerlukan," katanya di sini. "Wang untuk program ini kita perolehi daripada tabung kebajikan sekolah di samping sumbangan guru-guru berjumlah kira-kira RM7,000," katanya di sini. |
SK Felda Kota Gelanggi anjur tadarus al-Quran Posted: SK Felda Kota Gelanggi anjur tadarus al-QuranSEBAHAGIAN murid-murid dan guru pada majlis tadarus al-Quran di Sekolah Kebangsaan Felda Kota Gelanggi 1, Jerantut, kelmarin. JERANTUT 23 Ogos - Setiap kali tiba bulan Ramadan, umat Islam akan menjadikan tadarus al-Quran sebagai salah satu program pengisian rohani. Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Kota Gelanggi 1 di sini tidak ketinggalan menganjurkan program itu yang melibatkan guru, kakitangan dan murid-muridnya. Guru Besar, Mohd. Sabri Yakub berkata, program tersebut dijalankan pada waktu rehat bagi mengisi masa lapang murid dan guru sekali gus memupuk rasa cinta kepada al-Quran di kalangan warga sekolah itu. "Kami asingkan murid mengikut kumpulan bersama guru pembimbing dan setiap kumpulan perlu membaca ayat al-Quran mengikut juzuk ditetapkan serta menyelesaikannya sebelum majlis khatam al-Quran yang dijadualkan pada Jumaat ini. "Selain tadarus, kami turut mengadakan tazkirah mengenai amalan wajib dan sunat yang perlu dilakukan pada bulan Ramadan," katanya kepada Utusan Malaysia di sekolah berkenaan semalam. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pendidikan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan