Utusan Online - Jenayah |
Guru agama ditahan liwat pelajar Posted: Guru agama ditahan liwat pelajarKUALA TERENGGANU 11 Ogos – Polis menahan seorang guru agama di sebuah sekolah menengah di Batu Rakit di sini, awal pagi ini bagi membantu siasatan kes meliwat seorang pelajar lelaki. Guru berusia 42 tahun itu didakwa meliwat mangsa yang baru berumur 13 tahun antara bulan Mac hingga Jun tahun lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, pelajar tersebut bagaimanapun hanya membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Batu Rakit semalam. Menurutnya, dalam laporan itu, mangsa mendakwa telah diliwat sebanyak tiga kali oleh suspek di sebuah kuarters guru. "Selepas laporan itu diterima, polis menahan guru agama itu kira-kira pukul 4 pagi ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini. Manoharan berkata, guru agama itu sudah berkahwin namun isterinya yang juga seorang guru kini tinggal dan mengajar di Kelantan. |
Tawaran individu mahu jadi saksi wajar diterima Posted: Tawaran individu mahu jadi saksi wajar diterimaKOTA KINABALU 11 Ogos - Tawaran beberapa individu untuk menjadi saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantu pihak mahkamah mencari kebenaran, wajar diterima kerana mereka pernah rapat dan mengenali 'luar dan dalam' pemimpin pembangkang itu. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi beranggapan golongan itu lebih relevan untuk menjadi saksi berdasarkan hubungan yang erat dengan Anwar sebelum ini. "Seperti yang dikatakan oleh Muhamad Rahimi Osman (bekas Setiausaha Sulit Anwar) bahawa dialah yang mengatur segala jadual dan pergerakan bekas ketuanya. "Dia juga mengaku telah memperkenalkan Saiful (Mohd. Saiful Bukhari Azlan) kepada Anwar sehingga diambil bekerja dan mendapat kepercayaan luar biasa walaupun baru dilantik. "Bagi saya Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan isteri (Datin Seri Rosmah Mansor) tidak relevan (sebagai saksi), apa kena-mengena mereka dengan kes ini?" soalnya. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan cek bantuan kepada sekolah-sekolah mubaligh Kristian bagi daerah ini di Sekolah Menengah La Salle, di sini, hari ini. Mohd. Puad berpendapat tindakan Anwar itu dibuat kerana sudah ketandusan isu untuk memburukkan Najib dan memainkan emosi rakyat supaya terus membenci Perdana Menteri. "Anwar ingin gunakan perbicaraan ini untuk memusnahkan kredibiliti Perdana Menteri, dia lihat Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) sudah semakin dilupakan rakyat. Dia juga bimbang dengan perubahan dan transformasi yang dilakukan oleh Najib telah mendapat sokongan rakyat," dakwa beliau. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan