Isnin, 11 Julai 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


690 atlet terima biasiswa

Posted:

690 atlet terima biasiswa

690 atlet terima biasiswa

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 10 Julai — Seramai 690 pelajar yang menjadi atlet Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu akan menerima insentif bulanan termasuk dalam bentuk biasiswa mulai bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat memberitahu, kerajaan negeri akan membelanjakan RM565,700 setahun bagi tujuan itu termasuk pembiayaan yuran asrama dan kelas tuisyen.

Katanya, ia selari hasrat kerajaan negeri untuk terus mengekalkan kecemerlangan dalam bidang sukan dan dalam masa yang sama, akademik mereka tidak terabai.

Ia juga merupakan salah satu bentuk pengiktirafan dan penghargaan kepada anak-anak negeri yang naikkan nama Terengganu sebagai kuasa baru sukan negara.

"Biasiswa ini khusus kepada atlet Sukma yang masih bersekolah dan tidak mendapat sebarang biasiswa sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui Majlis Sukan Negeri hari ini.

Biasiswa sebanyak RM60 sebulan akan diberikan kepada atlet Sukma yang belajar di Sekolah Sukan Bukit Nenas Terengganu dan RM50 sebulan kepada atlet sekolah harian biasa dan sekolah projek.

Yuran asrama pula sebanyak RM35 sebulan manakala pembiayaan kelas tuisyen sekolah rendah sebanyak RM35 untuk tiga mata pelajaran dan RM60 untuk pelajar menengah melibatkan empat mata pelajaran.

Menurut Rozi, kerajaan negeri berhasrat untuk melahirkan atlet yang berpendidikan tinggi dan bukan atlet yang tercicir persekolahannya tanpa jaminan terhadap masa depan setelah tidak lagi bergiat dalam bidang sukan.

"Dengan adanya bantuan ini, ia dapat meningkatkan lagi keyakinan lebih ramai ibu bapa dengan membenarkan anak-anak mereka menceburkan diri dalam sukan berprestasi tinggi dan mewakili negeri serta negara.

"Pada masa yang sama, mereka tidak perlu bimbang tentang pengabaian aspek akademik kerana ia akan diberi perhatian seimbang dengan diuruskan oleh pihak bertanggungjawab," ujarnya.

Kata beliau, pakej bantuan ini juga memperlihatkan bahawa akademik merupakan perkara penting bukan sahaja untuk membina kerjaya yang lebih baik pada masa depan tetapi juga atlet yang pintar dalam mengejar dan mempertahankan kecemerlangan.

Menurut Rozi, pendekatan ini meletakkan Terengganu lebih terkehadapan berbanding negeri-negeri lain dalam pembentukan modal insannya.

"Membudayakan sukan turut dijadikan landasan untuk membina nilai masyarakat yang lebih cergas dan berdaya saing," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar cemerlang luar bandar terus dibantu

Posted:

Pelajar cemerlang luar bandar terus dibantu

Pelajar cemerlang luar bandar terus dibantu


Ikmal Hisham Abdul Aziz bersama sebahagian 25 murid cemerlang UPSR pada Majlis Mesyuarat Agung PIBG di Sekolah Kebangsaan Belimbing, Tanah Merah, kelmarin.


TANAH MERAH 10 Julai - Pelajar cemerlang di daerah ini terutama dari luar bandar akan terus dibantu supaya dapat melanjutkan pelajaran sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, ketika ini lebih 700 pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 telah berjaya mendapat tempat sama ada di SBP atau IPT.

Beliau berkata, kira-kira 200 lagi lepasan SPM yang mencatat keputusan cemerlang di daerah ini dalam proses rayuan untuk kemasukan ke IPT pada November ini.

"Fokus kita adalah untuk memastikan mereka yang berkelayakan mendapat tempat. Ini kerana hanya kejayaan dalam pelajaran akan memastikan anak-anak tersebut mampu mengubah keadaan diri dan kehidupan keluarga mereka pada masa hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Ke-14 Sekolah Kebangsaan (SK) Belimbing di sini semalam.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan hadiah kepada 25 pelajar cemerlang UPSR 2010 sekolah berkenaan. Hadir sama Guru Besar SK Belimbing, Noriah Hussin.

Ikmal Hisham berkata, UMNO Bahagian Tanah Merah juga akan memberi pendedahan kepada pelajar luar bandar khususnya mengenai peluang-peluang untuk melanjutkan pelajaran di SBP, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan IPT.

Menurutnya, anak-anak cemerlang dari luar bandar seharusnya diberi tempat memasuki sekolah-sekolah elit berkenaan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serba moden supaya mereka dapat meningkatkan lagi kecemerlangan diri.

"Harapan UMNO Tanah Merah adalah untuk memastikan anak-anak tersebut mampu belajar dalam keadaan selesa dan apabila berjaya, suatu hari nanti mereka akan kembali mencurah khidmat bakti kepada penduduk Tanah Merah," katanya.

Beliau turut mengingatkan pelajar-pelajar yang telah berjaya supaya tidak melupakan asal-usul mereka dan jasa kerajaan dalam menampung segala kos pendidikan mereka dari peringkat rendah hingga ke pengajian tinggi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tukar nama Jalan Pengkalan Chepa kepada Jalan Tok Guru dipersoal

Posted:

Tukar nama Jalan Pengkalan Chepa kepada Jalan Tok Guru dipersoal

Tukar nama Jalan Pengkalan Chepa kepada Jalan Tok Guru dipersoal


Inilah Jalan Pengkalan Chepa yang ditukarkan nama kepada Jalan Tok Guru.


KOTA BHARU 10 Julai - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu mempersoalkan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menukar nama Jalan Pengkalan Chepa kepada Jalan Tok Guru.

Ketuanya, Rosmadi Ismail berkata, tiada sebab nama jalan tersebut ditukar kerana ia telah dikenali sejak turun temurun dan tidak menimbulkan sebarang masalah kepada orang ramai.

Beliau berkata, penukaran nama tersebut dilihat bermotif politik bagi mempromosikan parti dan individu tertentu.

"Kita mahu tahu kenapa nama jalan ini ditukar dan tok guru mana yang dimaksudkan oleh MPKB-BRI. Kalau hendak ditujukan kepada tok guru pondok, di sepanjang jalan ini tidak ada pondok.

"Sekiranya ia ditujukan kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, namakan terus Jalan Tok Guru Nik Aziz. Tetapi lazimnya untuk mengenangkan nama tokoh ia hanya diberi selepas tokoh itu bersara atau pun meninggal dunia," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan majlis perbandaran tersebut menukar nama Jalan Pengkalan Chepa kepada Jalan Tok Guru. Penukaran nama jalan tersebut hanya disedari orang ramai apabila papan tanda nama jalan tersebut telah ditukar.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Husin berkata, pihak berkenaan sepatutnya terlebih dahulu menyatakan rasional dan sebab-musabab nama Jalan Pengkalan Chepa hendak ditukar kepada Jalan Tok Guru.

"Kalau seandainya nama jalan itu bukan dirujuk kepada Nik Abdul Aziz, kewajaran juga perlu difikirkan kepada tok guru berkenaan. Biasanya, nama diberikan secara khusus, tetapi pertukaran itu tidak dinyatakan sebab musabab dan tidak diperincikan," soalnya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Perhubungan Awam MPKB-BRI, Azman Mohd. Daham ketika dihubungi berkata, pertukaran nama jalan tersebut belum diwartakan lagi.

"Saya tidak boleh komen lanjut, mungkin dalam masa seminggu dua lagi selepas mesyuarat ahli majlis, ia akan diwartakan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved