Ahad, 10 Julai 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Henti hasut rakyat - KPN

Posted:

Henti hasut rakyat - KPN

Henti hasut rakyat - KPN

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
pengarang@utusan.com.my


ISMAIL Omar menyampaikan plak kepada Pelatih Terbaik Keseluruhan UiTM, Mohd. Zaidi Razali di UTM, Skudai, Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR RAJA ALI


JOHOR BAHRU 10 Julai - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengingatkan pihak tertentu agar tidak menghasut rakyat mencetuskan huru-hara melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), laman sosial Twitter dan Facebook ekoran kejayaan polis menggagalkan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), semalam.

Sambil menegaskan perbuatan itu berbahaya kerana boleh mencetuskan kekacauan, beliau meminta supaya ia dihentikan segera.

"Kita minta rakyat fikir dengan baik dan bersama-sama memelihara keamanan negara. Tugas dan tanggungjawab itu bukan di bahu pihak polis sahaja.

"Kita harap semua pihak ambil pengajaran melalui perhimpunan semalam dan jangan menuding jari menyatakan siapa salah... Ini tanggungjawab bersama," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Kor Suksis Institusi Pengajian Tinggi Awam Semalaysia kali ke-7 2011 di Universiti Teknologi Mara Skudai di sini, hari ini.

Semalam, seramai 1,697 individu ditahan termasuk Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin.

Bagaimanapun mereka semua dibebaskan semalam dengan ikat jamin selepas pihak polis mengambil keterangan dan selesai menjalankan siasatan.

Selepas perhimpunan itu, terdapat pihak menyebarkan hasutan dan provokasi melalui tiga medium tersebut termasuk kenyataan berunsur perkauman dan menanam kebencian terhadap kerajaan.

Mengenai tuduhan menyatakan pihak polis menggunakan kekerasan termasuk melepaskan gas pemedih mata ketika perhimpunan itu, Ismail berkata, pihaknya harus bertindak mengikut situasi.

Beliau menjelaskan, tindakan itu dilakukan selepas penyokong Bersih cuba merempuh sekatan polis.

"Kita bertanggungjawab dan bukan bertindak sebarangan. Ia (melepaskan gas pemedih mata) dilakukan mengikut keadaan dan selepas amaran tidak didengari," katanya sambil meminta rakyat menilai sendiri tindakan polis terbabit.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dakwaan tahanan dikasari tidak benar - Polis

Posted:

Dakwaan tahanan dikasari tidak benar - Polis

Dakwaan tahanan dikasari tidak benar - Polis

KUALA LUMPUR 10 Julai - Polis hari ini menolak dakwaan sesetengah pihak mengatakan penyokong perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang ditahan semalam, mendapat layanan buruk, dikasari dan dizalimi pihak polis sehingga cedera teruk.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, golongan itu bukan sahaja mendapat keperluan asas mencukupi malahan layanan istimewa melebihi daripada pasukan keselamatan.

Katanya, ini termasuk dihidangkan dengan makanan bufet dengan kos RM25 seorang, kemudahan solat dan tandas di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak dan Balai Polis Jinjang.

"Makanan untuk tahanan lebih istimewa berbanding anggota pasukan keselamatan yang hanya dibekalkan dengan nasi bungkus," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Menurut Amar lagi, pemeriksaan kesihatan turut dijalankan ke atas semua tahanan tersebut bagi memastikan mereka berada dalam keadaan baik.

Katanya, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut berada di lokasi berkenaan bagi meninjau keadaan tahanan.

"Sekiranya tahanan mendapat layanan buruk, sudah tentu pihak Suhakam dan JKM membuat laporan memandangkan mereka berada di lokasi itu," katanya lagi.

Katanya, isu tidak mendapat layanan daripada pihak polis sepatutnya tidak timbul kerana segala persiapan awal dilakukan untuk menyambut di Pulapol.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved