Ahad, 10 Julai 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


UMNO tidak rela kerajaan ditubuh atas dasar tipu rakyat

Posted:

UMNO tidak rela kerajaan ditubuh atas dasar tipu rakyat

UMNO tidak rela kerajaan ditubuh atas dasar tipu rakyat

KUALA LUMPUR 10 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa UMNO tidak akan merelakan penubuhan sebuah kerajaan dengan cara menipu rakyat.

Sebaliknya beliau berkata, sebagai sebuah parti yang memperjuangkan serta mempertahankan demokrasi sejak penubuhannya, UMNO akan memastikan pembentukan kerajaan adalah berdasarkan sokongan rakyat sepenuhnya.

Justeru atas nama demokrasi, beliau berkata, UMNO tidak gentar berhadapan dengan cabaran pembangkang dalam pilihan raya umum apabila tiba masanya kerana setiap pilihan raya yang diadakan di negara ini dijamin bersih dan adil.

''Saya tidak rela kita tubuhkan kerajaan kerana tipu rakyat. Saya mahu rakyat dokong kita dengan sepenuhnya. Oleh itu apa yang lebih penting sekarang UMNO perlu bangkit dengan cara memperkuatkan perpaduan antara kita.

''Apabila kita bersatu padu, bila dapat isyarat kita telah pun bersatu, saya akan memohon Yang di-Pertuan Agong bubarkan Parlimen dan kita akan buktikan negara ini milik siapa,'' katanya

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata demikian ketika berucap di hadapan 6,000 peserta Majlis Penerangan Perdana Bersama Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Najib di dalam ucapannya turut menekankan mengenai pentingnya UMNO menawan dan memikat hati serta minda rakyat.

''Sebab itulah saya ajak kita semua, pergi jumpa dan temui rakyat. Beritahu mereka bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetap pertahankan prinsip-prinsip demokrasi di dalam negara kita.

''UMNO lahir daripada perjuangan rakyat dan prinsip demokrasi. Sehubungan itu ia akan dipertahankan walau apa pun yang terjadi,'' ujarnya.

Perdana Menteri berkata, satu contoh bagaimana UMNO sejak dahulu lagi sentiasa memegang prinsip demokrasi iaitu ketika berlaku kejadian 13 Mei 1969.

Ujarnya, Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein ketika itu telah dilantik sebagai Pengarah Majlis Gerakan Negara (Mageran) dan mempunyai kuasa yang mutlak.

''Tidak ada siapa yang boleh persoalkan segala tindakannya. Jika sebelah malam ayahanda rasa hendak membuat undang-undang, esok jadi. Jika malam rasa tidak sedap kerana mahu tangkap seseorang, orang itu boleh ditangkap.

''Inilah UMNO. Akhirnya ayahanda menyerahkan kembali kuasanya kepada Parlimen atas asas demokrasi supaya rakyat buat pilihan. Sekiranya UMNO tidak ada tradisi pertahankan demokrasi, kita tidak serah balik kuasa pada Parlimen secepat mungkin. Lebih baik kita simpan kuasa," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BN tidak akan heret rakyat ke jalan

Posted:

BN tidak akan heret rakyat ke jalan

BN tidak akan heret rakyat ke jalan


TUANKU Fauziah Tengku Abdul Rashid (kiri) membelek isi kandungan salah sebuah buku karya Shuryani Shuib (tengah) sambil disaksikan Mohd. Shafie Apdal di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 10 Julai - Barisan Nasional (BN) tetap tidak akan menggunakan taktik kotor dengan mengheret rakyat ke jalan seperti yang dilakukan pembangkang sebaliknya terus berjuang berpaksikan undang-undang dan Perlembagaan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pada masa sama, kedudukan BN pada pilihan raya umum akan datang tidak sama sekali tergugat dengan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) semalam.

"Kita sentiasa di landasan yang benar bagi membuktikan kemampuan parti, bukan melalui rusuhan atau demonstrasi. Ini bertentangan dengan cara pembangkang yang mengambil jalan mudah bagi mencapai tujuan peribadi mereka.

"Walaupun masa untuk menghadapi pilihan raya semakin suntuk, tetapi kita telah merancang strategi bagi meneruskan pentadbiran negara dengan baik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku, Flowers of My Heart dan The Other Side Of The World hasil tulisan isterinya, Datin Seri Shuryani Shuib di sini hari ini.

Buku tersebut dilancarkan oleh Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Sementara itu, ditanya mengenai penglibatan mahasiswa dalam demonstrasi Bersih di luar negara semalam, Mohd. Shafie berkata, kerajaan akan meneliti terlebih dahulu laporan tersebut.

"Saya masih tidak mendapat laporan sebenar mengenai perkara itu, namun kerajaan akan menyiasat perkara tersebut sebelum mengambil sebarang tindakan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved