Ahad, 10 Julai 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Red Warriors ikon JKM

Posted:

Red Warriors ikon JKM

Red Warriors ikon JKM

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 9 Julai - Jelajah Karnival Nada Nadi Komuniti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang bermula di negeri ini mencipta sejarah apabila pasukan bola sepak The Red Warriors (Red Warriors) didaftarkan secara rasmi sebagai ahli Sukarelawan Kebajikan dan ikon kepada JKM negeri ini.

Pendaftaran tersebut membolehkan Red Warriors untuk bersama-sama JKM menjayakan usaha menjaga dan memberi bantuan kebajikan kepada masyarakat yang memerlukan dan golongan kurang upaya.

Majlis pendaftaran itu dijalankan bersempena Majlis Karnival Nada Nadi Komuniti Bersama The Red Warriors di Dataran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Kok Lanas di sini, hari ini.

Majlis yang dirasmikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa itu turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah JKM, Norani Hashim; Pengarah Bahagian Pembangunan Komuniti JKM, Wan Noraidah Wan Mohd. Zain; Pengarah JKM negeri, Md. Noor Chik dan Ahli Dewan Undangan Negeri Ketereh, Datuk Md. Alwi Che Ahmad.

Kehadiran beberapa pemain Kelantan, termasuk kapten pasukan, Mohd. Badri Radzi ternyata menarik kehadiran pengunjung ke karnival tersebut yang dianggarkan kira-kira 5,000 orang.

Pada majlis itu juga, JKM turut menyerahkan sumbangan basikal, kerusi roda dan bantuan bencana kepada keluarga yang memerlukan, manakala Red Warriors turut mengedarkan 1,000 kampit beras kepada keluarga miskin.

Norani ketika berucap pada majlis itu berkata, Sukarelawan Kebajikan merupakan nama baru kepada Briged Kebajikan Perdana di bawah JKM yang dijenamakan semula bertujuan menarik minat penyertaan rakyat ke dalam program-program kebajikan.

"Sehingga Disember 2010, terdapat 3,994 masyarakat telah berdaftar dengan Sukarelawan Kebajikan dan di Kelantan pula seramai 222 orang telah menjadi ahli," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ABDN cungkil bakat baharu bola sepak

Posted:

ABDN cungkil bakat baharu bola sepak

ABDN cungkil bakat baharu bola sepak

KOTA BHARU 9 Julai - Kesungguhan yang ditunjukkan oleh Akademi Bola Sepak Darul Naim (ABDN) dalam mencungkil dan melahirkan bakat-bakat baharu dalam arena bola sepak tempatan mendapat pujian Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh.

Beliau berkata, usaha itu wajar dipuji kerana ia mampu memajukan lagi sukan bola sepak tempatan dengan melahirkan bakat-bakat muda yang boleh mewakili negeri dan negara.

"Secara peribadi saya kagum dengan kemampuan akademi ini kerana mendapat penajaan yang hebat untuk menganjurkan pelbagai aktiviti.

"Sudah tentu hasil usaha akademi ini dapat melahirkan lebih ramai pemain muda berbakat yang mampu diketengahkan ke peringkat lebih tinggi sama ada negeri atau antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak Tertutup Sembilan Sebelah Piala Amir di Padang Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dekat sini hari ini

Katanya, usaha itu bersifat satu pelaburan jangka panjang yang cukup baik bagi pembangunan sukan bola sepak di peringkat akar umbi.

"Usaha yang dilakukan oleh akademi ini dalam mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan bola sepak seharusnya dipuji.

"Malah, minat mendalam yang ditunjukkan oleh kebanyakan bekas pemain negeri yang menerajui akademi ini untuk berkongsi ilmu dengan pemain muda sentiasa saya alu-alukan," katanya.

Melalui program sebegini, beliau percaya ia akan memberi impak positif kepada golongan remaja dan kita sentiasa alu-alukan perkara ini demi kepentingan generasi muda," ujar Mohd. Fatmi lagi.

Sementara itu Pengerusi ABDN, Azman Ismail berkata, 99 pasukan yang terdiri daripada pelatih akademi akan berentap sesama sendiri bagi merebut kejuaraan tersebut mengikut kategori iaitu bawah 10, 12 dan 15 Tahun.

"Semua peserta dari 16 buah akademi di seluruh negeri ini, kecuali Gua Musang dan Jeli berkampung sehari di sini. Ini merupakan kejohanan terbesar yang pertama kali kita anjurkan.

"Juara setiap kategori akan membawa pulang piala pusingan, medal, hamper dan wang tunai RM300," ujarnya.

Naib juara pula akan menerima medal, hamper dan wang tunai RM200 sementara tempat ketiga dan keempat masing-masing akan menerima RM100 selain medal dan hamper.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

40 gerai sertai program Menu Rakyat 1Malaysia

Posted:

40 gerai sertai program Menu Rakyat 1Malaysia

40 gerai sertai program Menu Rakyat 1Malaysia

KOTA BHARU 9 Julai - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan akan melancarkan 40 gerai yang terlibat dalam pakej Makanan Murah 1Malaysia di seluruh negeri ini.

Pengarahnya, Fauzi Haron berkata, gerai itu akan menyediakan Menu Rakyat 1Malaysia yang menawarkan harga RM2 bagi pakej sarapan dan RM4 bagi makan tengah hari dalam usaha membantu mengurangkan beban perbelanjaan rakyat.

"Pelancaran gerai tersebut akan dilakukan pada minggu depan dan ia merupakan antara usaha kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat yang berpendapatan rendah.

"Selain itu, ia juga merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membendung kenaikan harga barangan di mana pengguna mempunyai lebih banyak pilihan," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Ceramah Kepenggunaan di Bazar Tuan Padang dekat sini, hari ini.

Program Menu Rakyat 1Malaysia itu telah dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini dan sehingga kini 728 kedai telah memberi komitmen untuk menjayakan program tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Fauzi berkata, secara keseluruhannya harga barangan dan makanan di negeri ini masih lagi rendah, walaupun terdapat rungutan berlaku kenaikan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved