Ahad, 10 Julai 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Semangat 1Malaysia Palapes kian nyata

Posted:

Semangat 1Malaysia Palapes kian nyata

Semangat 1Malaysia Palapes kian nyata

Oleh HAMDAN TAWADI
utusanjohor@utusan.com.my


PERBARISAN anggota-anggota Palapes Kadet pada Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Palapes IPTA Ke-30 di padang kawat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di Batu Pahat, Johor, semalam.


BATU PAHAT 9 Julai - "Palapes yang disertai oleh pelbagai kaum dan agama pasti akan lebih mendorong kepada hubungan dan kerjasama yang lebih erat di kalangan masyarakat di negara ini."

Demikian titah dan harapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selepas menyempurnakan Majlis Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Ke-30 di sini, hari ini.

Walaupun bilangan bukan bumiputera yang menyertai Palapes masih rendah, tetapi sudah ada 'sinar' yang menunjukkan harapan Sultan Ibrahim itu dapat menjadi kenyataan dengan adanya wajah-wajah 1Malaysia mewarnai pemilihan 25 pegawai kadet terbaik Palapes kali ini.

Antaranya adalah pegawai kadet terbaik Palapes (Darat) Universiti Malaya, M. Maharathan, 23; pegawai kadet terbaik Palapes (Laut) Universiti Utara Malaysia, Wanida Seng Guan, 27; dan pegawai kadet terbaik Palapes (Darat) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Norazlan Abdullah, 25.

Menurut Maharathan, dia menyertai Palapes kerana berminat dengan disiplin ketenteraan yang diterapkan dan tidak mempunyai masalah menyesuaikan diri dengan anggota Palapes lain yang kebanyakannya terdiri daripada penuntut Melayu dan bumiputera.

"Sebaliknya, saya semakin rapat dengan mereka dan kini boleh 'kecek kelate' (bertutur dalam loghat Kelantan), malah ada yang memanggil saya dengan nama Melayu iaitu Maharudin," kata pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan itu kepada pemberita di sini hari ini.

Bapa Maharathan, A. Maniam, 55, yang merupakan pesara pemandu bas dan ibunya, K. Neelaveni, 50, seorang penoreh getah, bersyukur dan bangga dengan pencapaian pegawai kadet terbaik dari Tampin, Negeri Sembilan itu.

Sementara itu, Wanida yang berketurunan Siam dari Sik, Kedah pula, menyatakan hasrat untuk meneruskan khidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia menerusi Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia.

Penuntut Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Rangkaian) itu merupakan anak bongsu daripada tiga beradik hasil perkongsian hidup ayahnya, Seng Guan Din Wan dan ibunya, E Sian Endin Chen.

Wanida juga berharap lebih ramai wanita menyertai Palapes kerana tanggungjawab mempertahankan negara bukan hanya terletak pada golongan lelaki malah wanita juga mempunyai keupayaan setanding untuk menggalas amanah itu.

Dalam pada itu, Norazlan yang berasal dari Kuala Lumpur dan merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan berkata, 'darah askar' mengalir kuat dalam dirinya memandangkan ayahnya juga adalah bekas askar.

Norazlan yang berpegang pada prinsip 'tiada yang mustahil' bercita-cita meneruskan khidmat dalam ATM sebagai pegawai tetap.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

30 lagi cawangan ikan bakar

Posted:

30 lagi cawangan ikan bakar

30 lagi cawangan ikan bakar

JOHOR BAHRU 9 Julai - Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) merancang melebarkan sayapnya dengan membuka 30 cawangan baharu di seluruh negara sebelum akhir tahun ini.

Pengasas dan Pengarah Urusan RSIB, Datuk Jamal Md. Yunos berkata, antara lokasi bagi cawangan baharu itu ialah Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.

"Jika 30 cawangan baharu itu berjaya dibuka mengikut jadual, RSIB bakal memiliki 47 buah cawangan kesemuanya. Pendapatan RM22 juta setahun disasarkan melalui semua cawangan ini.

"Kita juga akan membuka beberapa cawangan baharu di luar negara iaitu di Jakarta, Bali dan Batam di Indonesia serta satu lagi di Singapura," katanya ketika berucap pada majlis pembukaan RSIB cawangan Danga Bay di sini, malam tadi.

Perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Abd. Aziz Kaprawi.

Cawangan itu adalah yang ke-17 dan merupakan cawangan pertama di luar Selangor.

Antara menu istimewa RSIB ialah menyediakan pelbagai makanan laut segar yang dibakar termasuk dua menu istimewanya iaitu sayur bakar dan nasi goreng udang bakar.

Jamal berkata, pembukaan cawangan baharu itu akan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan jumlah pekerja RSIB kini 800 orang.

Sementara itu, Abd. Aziz berkata, pembukaan RSIB di Danga Bay akan menjadi satu lagi tarikan di kawasan tersebut untuk merangsang kegiatan pelancongan.

Beliau berkata, usahawan bumiputera perlu mencontohi RSIB kerana restoran itu yang pertama kali dibuka tahun lalu, kini sudah mempunyai banyak cawangan dalam masa yang singkat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved