Ahad, 10 Julai 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Floria 2011 pukau pengunjung

Posted:

Floria 2011 pukau pengunjung

Floria 2011 pukau pengunjung

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my


Pengunjung tertarik melihat bunga-bungaan yang berwarna-warni di Floria 2011 di Putrajaya, semalam.


Putrajaya 10 Julai – Sekali lagi pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan, Putrajaya menjadi tumpuan pengunjung untuk menyaksikan acara tahunan yang dinanti-nantikan iaitu Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria 2011) terutamanya bagi penggemar landskap taman dan bunga-bungaan.

Para pengunjung yang hadir ke tapak Floria 2011 di Pesisiran Tasik Putrajaya, Presint 2 di sini pasti akan terpukau dengan pameran hiasan seni reka taman yang mengandungi 400,000 tumbuhan berbunga dan bewarna-warni.

Penganjuran Floria pada kali keempat bermula 9 hingga 17 Julai itu menampilkan spesis bunga mawar sebagai tema dengan slogan Mawar Untuk Selamanya, maka dengan itu tidak hairanlah pengunjung boleh melihat bunga jenis itu menghiasi segenap sudut landskap pameran.

Terdapat hampir 12,000 pokok bunga mawar daripada 60 spesies dan hidbrid yang terdapat di kawasan tropika, sub tropika dan temperat sedia menanti para pengunjung di tapak pameran Floria 2011.

Peluang untuk melihat bunga yang sering kali dikaitkan dengan elemen cinta dan kasih sayang sepatutnya tidak boleh dilepaskan begitu sahaja oleh orang ramai.

Pada hari Isnin hingga Khamis festival tersebut dibuka 9 pagi hingga 10 malam, manakala pada hari Jumaat hingga Ahad dibuka dari 9 pagi hingga 12 malam.

Selain bunga mawar, festival itu turut mempamerkan beberapa spesis unik yang lain seperti bonsai, heliconia dan orkid untuk tatapan pengunjung.


Perarakan bot berhias dijangka dapat menarik kedatangan 70,000 pengunjung dan ini merupakan penglibatan kali pertama Kementerian Pelancongan dalam Floria 2011.


Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman berkata, seni rekaan taman yang terdapat di Floria secara tidak langsung boleh memberi ilham kepada para pengunjung untuk mencari konsep hiasan taman kediaman masing-masing.

"Ilham dan keindahan hasil sentuhan pereka tersohor dari seluruh dunia pada Floria 2011 sudah tentu akan memberi kepuasan kepada mereka yang mencintai keindahan seni taman dan gubahan bunga.

"Tambahan lagi, ia melibatkan pelbagai rekaan taman dan gubahan bunga indah lagi mempersona dari negara-negara Eropah dan Asia," katanya.

Selain itu, beliau berkata, para pengunjung berpeluang melihat produk hortikultur dan landskap, pertunjukkan taman, demonstrasi oleh pereka dan pertunjukkan hiasan bunga-bungaan.

Pameran bunga mawar terbesar di negara itu menjadi lebih menarik kerana turut melibatkan penyertaan antarabangsa dari New Zealand, United Kingdom, Amerika Syarikat, Hong Kong, Kanada, Korea Selatan, Taiwan, Jepun, Pakistan, Kenya, Indonesia, Macau dan Thailand.

Beliau berkata, penyertaan dari negara luar berkenaan sudah semestinya menampilkan rekaan seni landskap yang berbeza dan dapat mencetuskan kepelbagaian dalam menghasilkan sesuatu konsep taman.

Beliau menambah, pihaknya menyasarkan kehadiran lebih 800,000 pengunjung akan datang ke Floria untuk mencuba lebih 200 aktiviti harian telah dirancang selain persembahan hiburan dan kesenian untuk orang ramai.

Para pengunjung juga akan mendapati, wajah Putrajaya pada setiap malam sepanjang sembilan hari Floria 2011 itu berlansung akan berubah kerana diserikan dengan pertunjukkan bot berhias dengan lampu bewarna warni bertemakan flora dan fauna di Pesisiran Tasik Putrajaya.

Simbahan warna-warni daripada lampu bot berhias itu datang daripada Perarakan Malam Flora Pelancongan Antarabangsa 1Malaysia anjuran Kementerian Pelancongan yang memeriahkan lagi sambutan Floria 2011.

Pengunjung juga akan dapat menyaksikan pertunjukan bunga api pada setiap malam semasa perarakan bot berhias itu diadakan.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, perarakan bot berhias itu yang dilengkapi dengan lampu neon berwarna-warni serta alunan muzik mampu menarik lebih ramai pengunjung ke Floria 2011.

"Ini merupakan penglibatan kali pertama Kementerian Pelancongan dalam menganjurkan perarakan bot berhias ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Premis peniaga dikunci

Posted:

Premis peniaga dikunci

Premis peniaga dikunci

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
kota@utusan.com.my


Kompleks Gurney di Jalan Gurney, Kuala Lumpur lengang setelah lot kedai di dalamnya dikunci oleh pihak pengurusan. - utusan/HAFIZH KHOSMAT


KUALA LUMPUR 10 Julai - Hanya sehari selepas peniaga di Kompleks Gurney di sini mengadakan bantahan terhadap pihak pengurusan kompleks itu, mereka mendapat 'perintah' mengosongkan lot niaga masing-masing pada 7 Julai lalu.

Menerusi perintah itu, kesemua premis peniaga telah dikunci oleh pengurusan kompleks itu, kecuali kedai kasut, gerai makan dan pejabat yang dikendalikan oleh pihak pengurusan itu sahaja yang dibenarkan beroperasi.

Pengerusi Jawatankuasa Peniaga dan Penyewa Kompleks Gurney, Muhammad Muszaki Mohd. Ozir berkata, mereka telah menerima notis berpindah dengan serta-merta daripada kontraktor yang dilantik oleh penyewa utama kompleks berkenaan, Koperasi Niaga Glokal Bhd. (KNGB).

"Mesej dihantar kepada saya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk meminta kami mengosongkan kedai pada 7 Julai, dan serentak itu semua premis yang terlibat terus dikunci dengan mangga oleh pihak pengurusan.

"Peniaga yang mahu mengambil barang perlu memaklumkan kepada pihak kontraktor kompleks itu bagi membolehkan kunci dibuka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Muhammad Muszaki berkata, walaupun mereka telah diberikan notis berpindah bertarikh 22 Jun lalu tetapi tindakan mengunci premis adalah sesuatu yang tidak dijangka oleh pihaknya dan tidak sewajarnya dilakukan.

Katanya, peniaga tidak dapat menerima alasan bahawa arahan mengosongkan premis itu adalah bagi membolehkan kemasukan peniaga baru ke situ.

"Pihak KNGB masih terus berdiam diri dan tidak mahu mengadakan sebarang rundingan dengan peniaga dan secara tiba-tiba mereka bertindak," katanya.

Sebelum ini, Utusan Malaysia menyiarkan rayuan peniaga terbabit supaya Majlis Amanah Rakyat (Mara), selaku pemilik kompleks berkenaan, mengambil alih semula pengurusan Kompleks Gurney bagi membolehkan mereka terus berniaga di situ.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved