Ahad, 10 Julai 2011

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Semangat seni Nuruin

Posted:

Semangat seni Nuruin

Semangat seni Nuruin

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Foto ABDUL RAZAK LATIFF
Solekan AnnaSha http://annashahana.blogspot.com
Lokasi il Lido Italian Dining & Lounge Bar, 183 Jalan Mayang (Off Jalan Yap Kwan Seng), 50450 Kuala Lumpur. (03-21612291)



SELAMAT pagi," sapanya lembut seraya berjalan ke arah penulis yang menunggu di ruang depan restoran il Lido Italian Dining & Lounge Bar, Kuala Lumpur.

Selaku seorang yang terlibat dalam bahagian pemasaran pelbagai peringkat (MLM), berurusan dengan orang ramai adalah rutin biasa bagi Nuruin Hassan.

Ramah, ceria dan mudah tersenyum, gadis kelahiran Kuala Lumpur ini sentiasa sedia melaksanakan tugasnya dengan penuh profesionalisme dan dedikasi.

Namun, kunjungan penulis pada pagi itu punya objektif yang sedikit berbeza - bukan mahu bertanyakan tentang perniagaan MLM yang diceburinya sebaliknya ingin mengenali siapa Nuruin sebenarnya.

Lebih tepat lagi, Nuruin sebagai seorang yang meminati bidang seni dan model.

Minat gadis berusia 22 tahun ini terhadap seni lukisan bercambah sejak kecil, malah kian menumbuh tinggi dari hari ke hari.

"Saya jadikan melukis sebagai satu hobi. Kalau hendak diikutkan, masa liburan cukup terhad tetapi jika berkesempatan dan punya ilham, saya akan duduk di hadapan kertas lalu mencorakkan apa yang saya rasa," terangnya yang boleh menghasilkan sebuah potret.

Dia amat menghargai dan menyanjungi seni, biar apa pun bentuknya.

"Seni adalah satu gaya hidup dan dapat merehatkan minda saya. Walau sibuk dengan kerjaya, kita perlu bijak membuang segala tekanan.

''Pendek kata, semuanya bergantung pada cara kita mengatur masa. Saya berpegang kepada prinsip, apa yang saya mahukan, akan saya capai. Penat memang penat, tetapi keinginan yang kuat mengatasi segalanya," bicaranya menutup kata.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jenama buruan wanita

Posted:

Jenama buruan wanita

Jenama buruan wanita

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my


PELBAGAI rekaan tali beg menjadi tarikan.


CANTIK, mempersona dan bergaya. Tiga perkataan ini cukup untuk menggambarkan keunggulan jenama Coach dalam menghasilkan fesyen kasut, beg tangan dan aksesori.

Tanya sahaja pada mana-mana wanita, semuanya pasti teruja memiliki sesuatu yang berjenama termasuk pakaian atau aksesori lain seperti beg tangan atau kasut daripada jenama terkenal di Amerika, Coach.

Tentu seronok membeli-belah dengan koleksi aksesori terbaru dari Coach yang menawarkan beg untuk musim bunga tampil dengan pelbagai pilihan warna dan bentuk.

Pada musim ini, Coach mengetengahkan warna terang seperti merah samar dan oren.

Beg tangan kali ini menggunakan kulit lembut dengan perincian menarik.

Versatil

Antara koleksi yang menjadi kegemaran ialah Madosin Sophia yang mempunyai rekaan gaya mewah dengan bentuk versatil. Koleksi Poppy Galm Tote turut mendapat tempat di hati penggemar beg tangan wanita yang lebih santai sesuai digayakan pada hujung minggu.

Bagi mendapatkan beg tangan terbaik, setibanya di butik Coach, anda boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada kakitangan Coach.

Golongan yang inginkan beg untuk ke pejabat atau koleksi tertentu akan diberi pilihan untuk memilih material fabrik, warna atau jenis kulit yang bersesuaian dengan penampilan anda.

Beg tangan yang anda bawa juga akan memberitahu jenis personaliti anda sama ada anda seorang yang sukakan warna klasik atau meriah.

Berbeza dengan jenama lain, Coach akan sentiasa tampil dengan koleksi baru setiap bulan selain memenuhi keperluan wanita dan lelaki untuk pelbagai jenis beg termasuk melancong, dompet, harian dan sebagainya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved