Ahad, 10 Julai 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Keluar daripada zon selesa

Posted:

Keluar daripada zon selesa

Keluar daripada zon selesa

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my


Ribuan warga koperasi hadir mendengar ucapan Najib Tun Razak pada sambutan Hari Koperasi Negara 2011 di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 9 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencabar seluruh koperasi di negara ini mengubah status quo mereka dengan bertekad menjadi ejen pemangkin transformasi kepada gerakan koperasi yang lebih berdaya saing.

Berucap merasmikan Hari Koperasi Negara 2011 di sini, Perdana Menteri menegaskan, koperasi kini tidak boleh lagi berada dalam zon selesa dan berurusan seperti biasa sebaliknya harus mencabar diri untuk mencari sesuatu yang jauh lebih baik.

"Cuba kita renungkan sejenak, apa yang dimaksudkan dengan transformasi. Pada pengamatan saya, ia bermula dengan satu penetapan sama ada kita sebagai pemimpin kerajaan, pemimpin dalam perniagaan dan gerakan koperasi untuk tidak lagi mahu menerima status quo.

"Mereka yang sukakan status quo akan berurusan seperti biasa dan tidak akan lakukan penambahbaikan...tidak mencabar diri dan anak buah mereka.

"Namun untuk mengubah status quo ini, ia mestilah berdasarkan kajian mendalam, bukan tergesa-gesa...terjah sahaja tanpa perancangan sistematik atau pelaksanaan rapi dan berkesan," katanya.

Setakat 27 Jun lalu, jumlah koperasi di negara ini mencecah 8,600 buah. Statistik sehingga 31 Disember 2010 menunjukkan gerakan koperasi mempunyai keanggotaan seramai 6.6 juta, jumlah modal/syer/yuran sebanyak RM9.55 bilion, aset (RM71.78 bilion) dan perolehan sebanyak RM9.53 bilion.

Pada majlis yang dihadiri lebih 15,000 ahli dan pemimpin koperasi daripada seluruh negara itu, Perdana Menteri turut menggariskan formula berkenaan dalam membolehkan perubahan status quo koperasi mencapai matlamatnya iaitu:

* Melakukan perubahan bersifat struktur.

* Dalam aspek ini, koperasi mesti melihat sama ada mereka mempunyai kemampuan untuk berdaya maju. Antaranya, menerusi penggabungan koperasi-koperasi kecil kepada berskala besar. Contoh sebelum ini, penggabungan bank-bank komersial yang sekarang hanya ada lapan bank.

* Menggerakkan tadbir urus yang baik.

* Urus tadbir yang baik mesti didukung dalam gerakan koperasi. Antaranya, jika koperasi itu diketuai ketua tadbir operasi tidak berwibawa atau bekerja separuh masa, maka dia mesti digantikan dengan seorang profesional yang mempunyai kemampuan tinggi dan berintegriti.

* Meletakkan sasaran dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI)

* Sesuatu pengurusan perlu berpandukan objektif yang boleh dinilai. Dalam hal ini, koperasi perlu memberi penekanan kepada sesuatu keberhasilan (outcome) dan bukannya laporan tebal yang berjela-jela sarat dengan aktiviti dan jawatan seseorang atau bermesyuarat setiap minggu tanpa keberhasilannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perdana Menteri luangkan masa lawat Floria 2011

Posted:

Perdana Menteri luangkan masa lawat Floria 2011

Perdana Menteri luangkan masa lawat Floria 2011


Najib Tun Razak diiringi Raja Nong Chik melihat bunga-bungaan sempena festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria 2011) di Putrajaya, semalam. - MINGGUAN MALAYSIA/ZAKI AMIRUDDIN


PUTRAJAYA 9 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa hampir setengah jam meninjau pameran taman-taman bunga sempena Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria 2011) di sekitar Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya.

Perdana Menteri yang sebelum itu menyempurnakan gimik pelancaran festival tersebut turut dibawa melihat keindahan taman-taman bunga mawar yang menjadi tema Floria 2011 pada kali ini.

Beliau diiringi Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen.

Hadir sama Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan; Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman.

Floria 2011 yang akan berlangsung sehingga 17 Julai itu menyasarkan kehadiran sebanyak 800,000 pengunjung untuk menyaksikan keindahan panorama lebih 400,000 tumbuhan berbunga dan berwarna-warni.

Selain itu lebih 200 aktiviti harian dirancang selain persembahan hiburan dan kesenian untuk orang ramai.

Matlamat festival yang diadakan buat kali keempat dengan tema Mawar Untuk Selamanya itu ialah untuk menonjolkan Putrajaya sebagai bandar dalam taman dan menjadikan Floria ikon yang sinonim dengan pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan.

Dalam perkembangan lain, Nong Chik berkata, penganjuran Floria 2011 itu dapat memberi ciri baru kepada Putrajaya sebagai ikon pelancongan yang berpotensi menarik kedatangan lebih sejuta pelawat dari dalam dan luar negara.

Beliau menambah, penganjuran festival seperti itu juga menjadi ruang kepada pereka taman, pengusaha industri landskap dan bunga-bungaan untuk mempamerkan kreativiti dan memasarkan produk masing-masing.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sumbangan koperasi diturunkan satu peratus sehingga 2012

Posted:

Sumbangan koperasi diturunkan satu peratus sehingga 2012

Sumbangan koperasi diturunkan satu peratus sehingga 2012

PUTRAJAYA 9 Julai - Kerajaan hari ini memutuskan bahawa sumbangan koperasi sebanyak dua peratus kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi dikurangkan kepada satu peratus untuk tempoh dua tahun sehingga 2012.

Pada masa sama, sumbangan koperasi kepada Kumpulan Wang Rizab Statutori turut dikurangkan sebanyak 10 peratus daripada 25 peratus kepada 15 peratus sehingga akhir Mei 2013.

Mengumumkan khabar gembira itu pada perasmian Hari Koperasi Negara 2011 yang dihadiri 15,000 para pemimpin dan ahli koperasi seluruh negara di sini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dengan penurunan sumbangan kepada kedua-dua Kumpulan Wang itu, koperasi dijangka boleh mengekalkan keuntungan kira-kira RM300 juta.

"Dan modal ini boleh digunakan oleh koperasi bagi membesarkan perniagaan mereka dan pada akhirnya dapat meningkatkan pendapatan koperasi dan seterusnya memberi faedah kepada semua anggota," kata beliau pada majlis yang berlangsung di medan letak kereta Istana Kehakiman di sini.

Hadir sama ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Md. Yusof Samsudin.

Mengenai cadangan yang dibangkitkan oleh Ismail Sabri pada majlis berkenaan supaya koperasi diiktiraf sebagai layak untuk terus mendapat pinjaman daripada bank Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) dan bank-bank komersial, Perdana Menteri berkata: "Saya akan teliti cadangan itu dan berilah tempoh sedikit untuk melihat perkara ini."

Berhubung saranan menteri itu supaya kad potongan gaji dikekalkan kepada koperasi dan tidak dibuka kepada bank-bank komersial, Najib sekali lagi berjanji akan meneliti perkara itu sambil memberi jaminan tidak akan membuat sesuatu yang merugikan koperasi.

"Tentang satu lagi cadangan beliau tentang bayaran cukai (saranan Ismail Sabri supaya cukai yang dibayar oleh koperasi sebanyak 26 peratus disamakan dengan kadar yang dibayar oleh syarikat korporat sekarang iaitu sebanyak 25 peratus), kita akan timbangkan semasa pembentangan Belanjawan Negara nanti.

"Tidak lama lagi...Oktober ini. Biasanya penurunan cukai kita tidak umumkan semasa sesuatu majlis...kita akan timbangkan...kot-kot ada berita baik," kata beliau.

Menurut Perdana Menteri, bagi membantu koperasi dalam penyediaan modal untuk melaksanakan aktiviti ekonomi, kerajaan melalui SKM telah menyediakan dana di bawah Tabung Modal Pusingan (TMP).

Sejak tabung itu diwujudkan, kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM522 juta.

"Daripada sumber ini saya difahamkan SKM telah berjaya memberi pinjaman sebanyak RM464 juta kepada koperasi-koperasi.

"Sebagai sokongan seterusnya kepada gerakan koperasi, kerajaan pada 2011 telah memperuntukkan dana tambahan sebanyak RM120 juta kepada TMP supaya koperasi mendapat modal tambahan bagi memulakan dan membesarkan aktivitinya. Tambahan peruntukan akan dipertimbangkan oleh kerajaan untuk tahun-tahun berikutnya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved