Ahad, 10 Julai 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Tujuh ibu pejabat bomba negeri 2011

Posted:

Tujuh ibu pejabat bomba negeri 2011

Tujuh ibu pejabat bomba negeri 2011


Sultan Azlan Shah (tengah) berkenan merasmikan Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Hulu sambil diperhatikan oleh Zambry Abd. Kadir (kanan), Chor Chee Heung (dua dari kanan) dan Wan Mohd. Nor Ibrahim (kiri) di Pengkalan Hulu, semalam. - BERNAMA


PENGKALAN HULU 9 Julai — Sebanyak tujuh projek membina ibu pejabat negeri dan kuarters Jabatan Bomba dan Penyelamat serta sembilan projek pembinaan balai baru atau menaik taraf balai sedia ada akan dilakukan sepanjang tahun ini.

Menteri Perumahan dan Kerajan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung berkata, ia melibatkan kos RM145.2 juta yang mana peruntukan itu adalah sebahagian daripada bajet pembangunan 2011 berjumlah RM162.5 juta.

Bercakap kepada wartawan selepas majlis perasmian Balai Bomba Dan Penyelamat Pengkalan Hulu yang disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di sini, hari ini, beliau berkata, RM15 juta akan digunakan untuk pembelian jentera dan alat kelengkapan manakala bakinya digunakan untuk perolehan tapak baru.

Hadir sama pada majlis itu adalah Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim.

Chee Heung berkata, sehingga kini terdapat 103 balai bomba kategori A dan B yang beroperasi di bandar-bandar besar serta 55 balai kategori C di bandar- bandar kecil seluruh negara.

Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Hulu yang dalam kategori C merupakan projek dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang siap pada Mei 2009 dengan kos RM6.5 juta.

Ia menempatkan 19 pegawai dan dua unit jentera yang dapat memberikan perkhidmatan kepada 30,000 penduduk Pengkalan Hulu.

Chor berharap, masyarakat dapat membantu anggota bomba dan penyelamat dengan menghadiri setiap program yang diadakan oleh bomba dalam memberikan kefahaman kepada masyarakat dalam mengawal punca kebakaran sebelum merebak.

— BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kolej Komuniti Kulim taja 1,000 Utusan Malaysia

Posted:

Kolej Komuniti Kulim taja 1,000 Utusan Malaysia

Kolej Komuniti Kulim taja 1,000 Utusan Malaysia

KULIM 9 Julai - Kolej Komuniti Kulim menaja 1,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia sempena pelancaran Program Latihan 1Malaysia bertema '1Hati 1Jiwa 1Malaysia' di Hutan Lipur Sungai Sedim di sini, semalam.

Penyelaras Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir menyerah beberapa naskah akhbar itu kepada Pengarah Kolej Komuniti Kulim, Zambri Mat Nos sebelum diserahkan kepada peserta program dan orang ramai.

Majlis penyerahan akhbar itu disaksikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Prof. Madya Kamaruddin Kasim selepas beliau melancarkan program tersebut.

Seramai 120 pelajar daripada 13 kolej itu sekitar wilayah utara menyertai program tersebut yang diadakan dengan kerjasama penduduk mukim Sedim.

Urus setia program, Ahmad Munzir Zakaria berkata, pelbagai aktiviti menarik diadakan dan ia dapat menambah ilmu di kalangan pesertanya.

"Inilah kali pertama kita menaja Utusan Malaysia untuk diedarkan kepada orang ramai, saya puas hati dengan kerjasama yang diberikan itu," katanya.

Menurutnya, pengunjung berpeluang melihat pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh 13 kolej komuniti itu.

"Secara tidak langsung, ia dapat menarik anak muda untuk memasuki kolej itu selepas ini," katanya lagi.

Terdahulu, Kamaruddin pula berkata, jika lepasan sekolah menengah gagal menyambung pelajaran ke peringkat lebih baik mereka boleh menyertai kolej komuniti di tempat masing-masing.

Beliau berkata, Kolej Komuniti kini memperkenalkan kursus bahasa Jepun, Arab, Cina, Inggeris kepada setiap peserta.

Pada majlis itu, peserta kursus bahasa Jepun, Mohd. Rozmadi Hamid mendeklamasi sebuah sajak bertajuk Jinsei manakala peserta kursus bahasa Arab, Ainun Munirah Abdul Rahman, 16, dan Nor Farah Dila Ahmad Shihabuddin, 16, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jelutong, Kulim menyampaikan sajak bahasa Arab bertajuk Al-Hayat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved