Isnin, 11 Julai 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Riadah di Gimnasium IKIP

Posted:

Riadah di Gimnasium IKIP

Riadah di Gimnasium IKIP

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
utusanpahang@utusan.com.my


SEBAHAGIAN kemudahan beriadah di gimnasium Kolej Antarabangsa IKIP dekat Kubang Buaya, Kuantan. – UTUSAN/Khairatul Ainal Abdul Karim


KUANTAN 11 Julai – Pusat kecergasan fizikal atau gimnasium di bandar ini tumbuh bagai cendawan berikutan peningkatan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menjaga kesihatan.

Walaupun terdapat beberapa pusat rekreasi yang menyediakan trek larian atau peralatan senaman, tetapi gimnasium tetapi menjadi pilihan utama.

Menyedari tentang sambutan tersebut, Kolej Antarabangsa IKIP tidak ketinggalan menaik taraf gimnasiumnya dengan menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Gimnasium tersebut yang terletak di kampus Utama IKIP di Kubang Buaya di sini mampu memberi pengalaman hebat dalam aktiviti kecergasan fizikal.

Kemudahan lain yang boleh didapati di situ adalah bilik sauna, bilik mandi, almari simpanan barang serta ruang santai.

Ketua Unit Pembangunan dan Sukan Gimnasium IKIP, Mohd. Norsham Nisam Abdul Malik berkata, banyak keistimewaan boleh didapati di gimnasium itu yang telah dinaik taraf dengan pelaburan sebanyak RM170,000.

"Di sini, kami menyediakan lebih daripada 30 peralatan senaman selain kawasan luas dengan reka bentuk menarik turut menyumbang kepada faktor keistimewaan gimnasium itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Mohd. Norsham berkata, pihaknya turut menerima pengunjung lebih daripada 100 orang sehari dan setakat ini pusat tersebut sudah mempunyai 200 ahli tetap.

Dalam pada itu, seorang jurulatih di gimnasium tersebut, Muhammad Ridzaudin Sulaiman berkata, pihaknya menawarkan peralatan kecergasan terkini untuk digunakan setiap pelanggan.

Katanya, antara alat yang terdapat di sini adalah mesin kardio, rotary torgo, power plate, treadmill dan banyak lagi.

Bagi pelanggan yang gemar mendapatkan perkhidmatan jurulatih peribadi jelasnya, mereka boleh mendapatkannya dengan bayaran hanya RM40 untuk tempoh sejam hingga dua jam atau RM500 sebulan.

"Seawal pukul 7.30 pagi, kami sudah menerima kehadiran pelanggan atau mereka yang telah mendaftar sebagai ahli. Mereka biasanya terdiri daripada individu yang bekerja dan pelajar," katanya.

Beliau memberitahu, bagi individu yang berminat boleh terus mendaftar sebagai ahli dengan yuran bulanan sebanyak RM80 manakala pelajar pula RM40.

Dalam pada itu, Pengurus IKIP, Ahmad Shukri Abdul Aziz turut berkata, pihak pengurusan menyediakan pelbagai aktiviti untuk masyarakat seperti seminar kesihatan dan senamrobik secara percuma.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kemudahan penuhi kehendak pelanggan

Posted:

Kemudahan penuhi kehendak pelanggan

Kemudahan penuhi kehendak pelanggan


NOR Hatrah Abdullah mencuba salah satu peralatan senaman.


KUANTAN 11 Julai - Pelanggan Gimnasium Kolej Antarabangsa IKIP menyifatkan kemudahan dan aktiviti yang ditawarkan di situ adalah berbaloi.

Mereka mengakui gimnasium tersebut adalah satu-satunya pusat yang menawarkan yuran bulanan terendah berbanding tempat lain.

Seorang pelanggan gimnasium tersebut, Annie Yong Seu Jin, 48, berkata, tempat itu merupakan sebuah stesen lengkap kerana terdapat pelbagai alat senaman serta jurulatih yang akan membantu pelanggan melakukan cara yang betul.

"Jika bersenam di situ, keselamatannya lebih terjamin berbanding di taman-taman rekreasi berikutan kes jenayah seperti ragut dan rogol yang berlaku," katanya ketika di temui di sini baru-baru ini.

Seorang kerani swasta, Yap Choi Fong, 48, berpendapat dengan bersenam di situ selepas waktu pejabat, ia dapat menghilangkan segala penat dan tekanan yang dihadapi.

Selain itu katanya, dia tidak perlu risau dengan keadaan cuaca sama ada panas atau hujan berbanding jika bersenam di luar.

Bagi pelajar kolej tersebut, Nor Hatrah Abdullah, 18, bayaran yuran keahlian gimnasium sangat berpatutan dengan peralatan dan kemudahan yang disediakan.

"Saya jatuh cinta dengan aktiviti di gimnasium yang dapat membantu menghilangkan segala tekanan yang dihadapi semasa belajar," katanya.

Seorang lagi pelajar kolej itu, Mohd. Sufazli Wahid, 22, menyifatkan pusat berkenaan kini semakin menjadi perhatian orang ramai kerana kebanyakan mereka mementingkan kesihatan.

"Jika saya tidak bersenam, saya mudah rasa penat dan kurang stamina untuk melakukan kerja-kerja serta mengulangkaji pelajaran," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM40.8j jayakan projek PIA, Pias

Posted:

RM40.8j jayakan projek PIA, Pias

RM40.8j jayakan projek PIA, Pias

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanterengganu@utusan.com.my


AHMAD Zaki Ansore mempengerusikan sesi taklimat Pelaksanaan Projek PIA dan PIAS Negeri Pahang Tahun 2011, di Maran, semalam.


MARAN 11 Julai - Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan RM40.8 juta kepada kerajaan negeri bagi melaksanakan projek penyelenggaraan infrastruktur awam (PIA) dan projek infrastruktur asas (Pias) membabitkan 656 projek sehingga 7 Julai lalu.

Timbalan Ketua Pengarah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Ahmad Zaki Ansore Mohd. Yusoff berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM12.8 juta diperuntukkan untuk 247 projek PIA manakala RM28 juta pula bagi 409 projek Pias.

''Pada masa sama segala projek dan program yang dilaksanakan itu perlu dipromosikan supaya masyarakat mengetahui keberkesanan perkhidmatan yang diberikan kepada mereka,'' katanya kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan lawatan kerja berkaitan kedua-dua projek itu di sini hari ini.

Katanya, kedua-dua projek itu adalah salah satu strategi digunakan kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat selain membantu pihak kontraktor dalam memajukan diri mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved