Isnin, 11 Julai 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


5,000 peniaga KL rugi RM100 juta

Posted:

5,000 peniaga KL rugi RM100 juta

5,000 peniaga KL rugi RM100 juta

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my


MOHD. Ridzuan Abdullah (dua dari kiri) bertanya khabar peniaga di sekitar Arked Masjid Jamek, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MOHD. AZIM ABD. RAHMAN


KUALA LUMPUR 10 Julai - Kira-kira 5,000 peniaga kecil dan sederhana sekitar ibu negara dilaporkan terjejas kerana perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) semalam, dengan kerugian dianggarkan RM100 juta.

Berikutan itu, lebih 100 laporan polis dibuat golongan berkenaan sejak semalam sehingga hari ini bagi menuntut hukuman ke atas penganjur Bersih, Datuk S. Ambiga.

Daripada jumlah itu, seramai 146 peniaga kecil di sekitar Masjid Jamek terjejas kerana terpaksa menutup premis masing-masing bagi mengelak kejadian yang tidak diingini ketika peserta penganjur mula berarak di kawasan tersebut.

Menurut Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah, nilai kerugian itu diperoleh daripada anggaran keuntungan RM10,000 setiap hujung minggu bagi seorang peniaga.

Sehubungan itu, sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihaknya menawarkan khidmat guaman percuma untuk membawa semua tuntutan kerugian peniaga ke muka pengadilan.

"Khidmat itu dikendalikan oleh tiga peguam dan peniaga-peniaga yang terjejas boleh membuat laporan polis dan menyerahkan kepada pihak Ikhlas supaya tindakan undang-undang boleh diambil.

"Ikhlas turut menyediakan satu bilik gerakan sementara di Masjid Jamek atau boleh menghubungi pihaknya di talian 019-2066666 yang akan beroperasi dalam tempoh sebulan mulai hari ini," katanya pada sidang akhbar di Masjid Jamek, di sini, hari ini.

Beliau turut memaklumkan akan menyerahkan satu notis pemberitahuan berhubung perkara berkenaan kepada Ambiga pada minggu depan.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di lokasi tumpuan orang awam dan pelancong luar negara mendapati rata-rata peniaga mendakwa kerugian besar kerana terpaksa menutup kedai mereka semalam.

Seorang peniaga aksesori yang sudah enam tahun berniaga di Masjid Jamek, Mohd. Riduan Abdul Rashid, 29, berkata, dia akan membuat laporan polis supaya tindakan akan diambil terhadap Ambiga kerana premisnya terpaksa ditutup ekoran kekecohan perhimpunan haram tersebut.

"Pihak penganjur mementingkan diri dan agenda sendiri tanpa memikirkan periuk nasi orang lain terjejas akibat tindakan itu.

"Bayangkan tiga pekerja saya yang dibayar gaji hari terpaksa pulang kepada keluarga masing-masing tanpa satu sen pun semalam," katanya.

Seorang peniaga topi, Nani Ahmad mendakwa perasaan cemas dan takut timbul apabila peserta perhimpunan haram mula berarak di sepanjang jalan di ibu negara semalam.

"Oleh itu, saya terpaksa menutup premis malah ada pelancong marah kerana urusan mereka ke negara ini turut terjejas.

"Sebagai rakyat, saya rasa amat malu dan kecewa dengan pandangan bangsa asing terhadap negara kita," katanya lagi.

Menurut seorang peniaga, Mohd. Nor Salleh, 80, yang juga seorang bekas tentera, dia akan membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur Bersih.

"Jika tiada tindakan diambil, saya bimbang pihak penganjur tidak serik dan mengulangi perhimpunan haram pada masa akan datang.

"Selain mengalami kerugian yang dianggarkan RM6,000 semalam, keadaan perhimpunan amat menakutkan dan lebih dahsyat daripada zaman komunis yang pernah saya lalui," jelasnya.

Seorang anak kepada pemilik kedai, Suzie Diana Ramli, 16, berkata, dia tidak dapat membantu bapanya semalam kerana kedai terpaksa ditutup.

"Hanya enam kedai dibuka semalam mungkin kerana terdapat beberapa sekatan jalan raya di ibu negara, namun selepas tengah hari semua kedai dilihat tidak beroperasi termasuk kedai bapa saya.

"Ketika peserta Bersih mula berhimpun dan keadaan semakin kecoh, orang ramai serta peniaga mula mencari lokasi selamat seperti di dalam bangunan berhampiran bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peniaga marah rezeki terjejas

Posted:

Peniaga marah rezeki terjejas

Peniaga marah rezeki terjejas

KUALA LUMPUR 10 Julai - Peniaga kecil sekitar ibu kota ternyata marah dan kecewa kerana perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang didalangi pembangkang semalam menjejaskan pendapatan mereka.

Mereka menyifatkan semalam sebagai hari paling malang kerana jumlah jualan merosot teruk.

Tinjauan Utusan Malaysia di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Pudu dan Jalan Petaling mendapati rata-rata peniaga terpaksa menanggung kerugian sehingga RM10,000 iaitu pendapatan yang lazimnya diterima mereka pada hujung minggu.

Seorang peniaga baju dan barangan kulit, Wilson Chye, 28, berkata, dia terpaksa menutup perniagaan pada hari tersebut untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.

"Sudah tiga kali saya terpaksa menanggung kerugian yang besar akibat demonstrasi jalanan. Sebelum ini, perhimpunan haram Bersih yang pertama dan diikuti perhimpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Kenapa mereka (penganjur Bersih) perlu menjadikan kami mangsa? Kami cuma mahu mencari rezeki untuk menyara keluarga terutamanya pada hujung minggu," ujarnya.

Menurutnya, sekiranya perhimpunan seumpama semalam berulang, mungkin kebanyakan peniaga kecil di sekitar ibu negara terpaksa gulung tikar kerana tidak dapat menanggung kerugian akibat perhimpunan tersebut.

Nor Syahida Shamsudin, 25, pula menyifatkan perhimpunan haram itu sebagai ancaman utama kepada usahawan-usahawan kecil seperti beliau.

"Peniaga kecil-kecilan seperti saya yang terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang sememangnya tidak dipedulikan pihak penganjur (perhimpunan haram) demi memenuhi agenda politik mereka semata-mata," keluhnya yang berniaga kad jemputan perkahwinan.

Turut menerima nasib sama, peniaga minuman, Catherine Chye, 25, yang kehilangan lebih 600 pelanggan tetap semalam.

"Tidak cukup dengan kerugian yang ditanggung, semalam saya terpaksa berada dalam ketakutan dan terkandas akibat tiada pengangkutan awam sehingga petang.

"Mereka (yang menyertai demonstrasi) hanya pentingkan diri sendiri. Mereka bukannya prihatin terhadap nasib peniaga seperti kami," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Masyarakat antarabangsa perlu diperjelas

Posted:

Masyarakat antarabangsa perlu diperjelas

Masyarakat antarabangsa perlu diperjelas

KUALA LUMPUR 10 Julai – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata orang ramai terutama masyarakat antarabangsa perlu diberikan penjelasan sebenar mengenai keadaan dan situasi negara ini ekoran perhimpunan haram, semalam.

Katanya, perhimpunan semalam yang dilaporkan terutama oleh media asing telah menggambarkan seolah-olah wujud ketidakstabilan dan memberikan imej negatif terhadap negara ini, walaupun secara keseluruhannya negara ini masih aman dan ramai rakyat menolak perhimpunan tersebut.

"Saya fikir bagi membetulkan perkara ini satu strategi penjelasan dengan media antarabangsa perlu diadakan bagi menjelaskan keadaan sebenar di Malaysia kerana ia bukan seperti yang dipertontonkan dalam media antarabangsa.

"Mereka (penganjur perhimpunan) bukan mahu menuntut sebuah pilihan raya adil dan bersih tetapi mereka mahu mengotorkan imej Malaysia yang sedia baik dan menafikan apa yang telah dilakukan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dalam mentransformasikan negara ini dalam segala aspek," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis Penerangan Perdana di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, perhimpunan semalam yang menurutnya juga bertujuan meraih simpati rakyat tetapi belaku sebaliknya apabila dibenci orang ramai terutama golongan peniaga di ibu negara yang terjejas pendapatan mereka akibat kejadian itu. – BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved