Isnin, 11 Julai 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Bantu mangsa ribut

Posted:

Bantu mangsa ribut

Bantu mangsa ribut

Oleh FARIK SALLEH
utusanjohor@utusan.com.my


SYED Hamid Albar mendongak untuk melihat kerosakan sebuah rumah yang dipukul ribut di Jalan Perikanan, Tanjung Sedeli, Kota Tinggi, Johor, kelmarin.


KOTA TINGGI 10 Julai - Nasib mangsa-mangsa ribut yang melanda pekan Tanjung Sedili minggu lalu mendapat perhatian Ahli Parlimen Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar yang mahu bantuan segera dihulurkan kepada golongan berkenaan.

Katanya, bantuan daripada pihak kerajaan serta pihak lain yang prihatin dapat meringankan beban mangsa bagi meneruskan kehidupan seharian.

"Walaupun bantuan yang diberikan itu tidak dapat menggantikan kerugian yang ditanggung mangsa, namun sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban dan membantu memulihkan semula penghidupan mereka," katanya yang ditemui ketika menziarahi kesemua mangsa yang terlibat semalam.

Hadir sama Pegawai Tadbir Agama Daerah Kota Tinggi, Mohd. Taufik Kiyai Shamsudin; Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kota Tinggi, Sabariah Salim dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi, Mesran Tukiman.

Syed Hamid yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi turut menyampaikan bantuan peribadi RM100 kepada setiap keluarga mangsa.

Kejadian ribut kira-kira pukul 11.50 pagi pada 29 Jun itu menyebabkan sebahagian daripada bumbung 22 rumah termasuk sembilan rumah kedai diterbangkan angin, namun tiada kemalangan jiwa berlaku.

Sementara itu Ketua Kampung Tanjung Sedeli, Ibrahim Yahya berterima kasih kepada pegawai Majlis Agama Islam Johor (Baitulmal) dan JKM yang begitu pantas melawat tempat kejadian setelah dimaklumkan mengenai bencana itu.

"Saya difahamkan Baitulmal telah menyediakan bantuan pemulihan sehingga RM1,000 bagi setiap keluarga terlibat manakala JKM menyalurkan wang ihsan antara RM200 hingga RM2,000," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PPDNKK Mersing pantau harga ayam di pasar awam

Posted:

PPDNKK Mersing pantau harga ayam di pasar awam

PPDNKK Mersing pantau harga ayam di pasar awam

MERSING 10 Julai - Harga ayam yang semakin melonjak sejak kebelakangan ini mendapat perhatian Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Mersing untuk memantau dua pasar awam dan beberapa pasar raya di sini setiap hari.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Hamat Talip berkata, sungguhpun kawalan harga ayam telah dimansuhkan sejak 1 Jun 2008, pihaknya tetap melakukan rondaan dan pemeriksaan ke atas kedudukan harga ayam agar tidak dinaikkan dengan sesuka hati terutama menjelang musim perayaan.

"Pihak kami membuat pemantauan melibatkan sembilan anggota secara bergilir-gilir di Pasar Awam Mersing dan Pasar Awam Endau dan turut meneliti sebab-sebab tertentu jika ada kenaikan harga berlaku di tempat tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Menurut beliau, antara penelitian terbabit sama ada faktor biasa disebabkan oleh permintaan dan penawaran, harga terbabit sengaja dinaikkan atau peniaga itu sendiri yang mengambil kesempatan.

Siasatan harga juga turut dijalankan di beberapa pasar raya yang ada di sekitar Mersing seperti Pasaraya Ulfah dan Tunas Manja.

Utusan Malaysia dimaklumkan, harga ayam di pasar awam Mersing dan Endau pada 1 Januari lalu ialah RM7 sekilogram manakala pada 30 Jun lalu ia meningkat kepada RM8.50.

Hamat menambah, pihaknya pernah merekodkan harga ayam serendah RM4.99 di Pasaraya Tunas Manja pada 1 Januari lalu namun ia meningkat kepada RM6.99 pada penghujung bulan lalu.

"Faktor kenaikan harga ayam ialah kerana kos dedak, elektrik, pengangkutan bagi penghantaran dan pemprosesan yang terpaksa ditanggung peniaga selain pecahan harga bertingkat bermula dari ladang ke pemborong, pemprosesan dan seterusnya kepada penjual.

"Selain itu, tiada ladang ternakan ayam di Mersing kerana bekalan ayam untuk daerah ini adalah kebanyakannya dari Kluang. Namun para peniaga diingatkan agar tidak mengambil kesempatan atau berdepan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved