Isnin, 11 Julai 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Anwar petualang negara

Posted:

Anwar petualang negara

Anwar petualang negara

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA dan SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak mengangkat tangan selepas memberi ucapan pada majlis Penerangan Perdana di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. Antara yang hadir pada majlis itu termasuklah wakil-wakil daripada UMNO, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan GLC.


KUALA LUMPUR 10 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah petualang negara serta dalang sebenar terhadap segala kekecohan yang berlaku termasuk pada perhimpunan haram semalam, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, perangai 'hodoh' Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga tidak pernah berubah dari dulu sampai sekarang.

Menurut beliau, orang seperti Anwar tidak akan puas dan sanggup melakukan apa sahaja selagi nafsu dan keinginannya untuk menjadi Perdana Menteri tidak tercapai.

"Beliau (Anwar) pelakon terbaik, ini perangai dulu dan sampai sekarang tidak pernah berubah. Dalam perhimpunan di Baling, saya kata kepada rakan-rakan sejak dari zaman ayahanda saya, Tun Abdul Razak Hussein lagi, dia dah tipu dah.

"Pada 1974, ramai mati kebuluran dan Anwar buat demonstrasi di Kuala Lumpur, zaman Tun Hussien Onn pun buat juga, zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad buat juga, lepas itu berehat sementara, negara aman dan selepas keluar buat pula perhimpunan Bersih 1.0 pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini buat lagi dengan penganjuran Bersih 2.0.

"Bagi Anwar dialah manusia sebaik-baiknya, anugerah Tuhan... inilah jenis manusia yang sebenarnya kita berdepan dengan masalah yang berlaku semalam (Bersih 2.0). Hendak sangat jadi Perdana Menteri hingga sanggup korbankan apa saja termasuk mengetepikan prinsip, soal bangsa dan agama asalkan nafsunya tercapai," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Penerangan Perdana bersama Perdana Menteri anjuran Ketua Penerangan UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, macam-macam cerita mengenai Anwar tetapi sehingga kini banyak yang tidak dijawab oleh Penasihat PKR itu termasuk yang terbaru mengenai jam tangan Omega.

"Dalam isu video seks, Anwar kerap menyatakan itu bukan beliau walaupun dua pakar forensik video Amerika Syarikat (AS) mengesahkan 99.9 peratus pelaku dalam video itu miripnya.

"Dulu, Anwar cerita dia kena racun arsenik, tidak cukup dengan itu, suntikan HIV pula. Bagi dia, kita (kerajaan) ini dari zaman dulu sampai sekarang, semuanya buruk dan dialah manusia yang sebaik-baiknya," katanya.

Najib berkata, dulu, Anwar pernah mengatakan Pas bodoh serta menghentam Penasihat DAP, Lim Kit Siang semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO, tetapi sekarang mereka kawan baik yang dipeluknya.

"Kini, dia (Anwar) lihat Barisan Nasional (BN) sudah begitu baik, banyak pilihan raya kecil kita menang, di Hulu Selangor, Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Di Sarawak pun kita menang.

"Jadi, dia melihat semua itu, dengan pendekatan Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan gagasan 1Malaysia yang semakin diterima rakyat, dia bimbang sekiranya tidak lakukan sesuatu BN akan menang pada pilihan raya akan datang," katanya.

Beliau berkata, cara terbaik untuk menghadapi ancaman daripada orang seperti Anwar adalah dengan menggunakan kekuatan akal fikiran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Minta input rakyat menjelang pembentangan Bajet 2012

Posted:

Minta input rakyat menjelang pembentangan Bajet 2012

Minta input rakyat menjelang pembentangan Bajet 2012

KUALA LUMPUR 10 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta rakyat untuk bersama memberi input dalam Bajet 2012 yang akan dibentangkan pada 7 Oktober ini.

Perdana Menteri berkata, input daripada segenap lapisan masyarakat itu amat diperlukan di sebalik negara berhadapan dengan fenomena global iaitu peningkatan kos makanan dan petrol.

Menurutnya, penyertaan mereka boleh disalurkan secara dalam talian menerusi Meja Bulat 1Malaysia di blognya, http://www. 1malaysia.com.my.

''Tahun ini, rumusan bajet perlu mengambil kira fenomena global iaitu peningkatan kos makanan dan petrol. Peningkatan jumlah penduduk dunia secara pantas ditambah pula dengan usaha berterusan pelbagai negara untuk mencapai kemajuan telah meningkatkan penggunaan bahan bakar dan makanan.

''Pada masa sama, pengeluar makanan dan bahan bakar sedang bergelut untuk memenuhi permintaan pengguna dan cabaran perubahan iklim dunia. Masalah ini bukan dihadapi oleh Malaysia. Banyak lagi negara yang lebih terancam akibat situasi ini termasuk ramai penduduknya yang diselubungi kemiskinan.

''Sungguhpun kerajaan masih mengekalkan subsidi yang besar terhadap beberapa barangan utama untuk meringankan bebanan kewangan rakyat namun tidak munasabah untuk kekal sebegini sedang kita berusaha untuk mencapai pertumbuhan ekonomi,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri terbaru bertajuk 'Bajet Untuk Pertumbuhan Berdaya Kekal' di blognya hari ini.

Najib berkata, atas dasar itu, rakyat perlu maklum bahawa negara sedang berusaha menjadi sebuah negara berstatus maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Di samping itu, ujar beliau, negara juga sedang berhadapan dengan suasana ekonomi dunia yang masih belum pulih sepenuhnya daripada krisis kewangan 2008.

Oleh yang demikian, kata Najib, penting bagi semua pihak memainkan peranan dan memberikan input mengenai Bajet 2012.

''Saya amat gembira dengan input dan penyertaan yang diterima di Meja Bulat 1Malaysia dalam talian setakat ini. Topik tentang Bajet 2012 jelas mendapat perhatian rakyat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peniaga terharu terima lawatan Perdana Menteri

Posted:

Peniaga terharu terima lawatan Perdana Menteri

Peniaga terharu terima lawatan Perdana Menteri


Najib Tun Razak mengadakan lawatan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur semalam sehari selepas berlangsungnya perhimpunan haram Bersih.


KUALA LUMPUR 10 Julai - Beberapa peniaga di sekitar Jalan Masjid India di sini berasa terharu dan lega dengan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke kawasan perniagaan itu hari ini.

Bagi mereka, tinjauan mesra Najib membuktikan keprihatinan beliau terhadap golongan itu terutama para peniaga kecil yang terpaksa menutup operasi selama sehari ekoran perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di ibu negara semalam.

Pemborong tudung, Hinchon Abdullah, 45, berkata, kehadiran Perdana Menteri di premis perniagaannya walaupun hanya beberapa minit memberi semangat kepadanya untuk meneruskan perniagaan.

"Biasanya pada hari Sabtu saya boleh menjual sehingga RM30,000 kerana para peniaga tudung di sekitar Lembah Klang mengambil stok masing-masing pada hari berkenaan.

"Jadi sewaktu Perdana Menteri lalu di hadapan kedai saya tadi, saya mengambil kesempatan untuk mengadu kepada beliau. Datuk Najib kata 'nanti saya marah Bersih," katanya.

Penjual beg, Asrul Zulkifli, 26, berkata, kesempatan bertemu Najib yang singgah di kedainya di Bazar Moden Jalan Melayu Masjid India membuktikan beliau amat mengambil berat masalah rakyat termasuk peniaga.

"Akibat penutupan kedai saya semalam, saya rugi kira-kira RM2,000 kerana ramai pembeli berkunjung ke sini pada malam minggu ekoran pasar malam berdekatan.

"Selain memberi semangat akibat kerugian itu, Perdana Menteri turut berjanji untuk menambah baik kawasan perniagaan ini kerana ini sahajalah bazar Melayu moden yang tinggal di sini," katanya.

Pengurus Madras Jewellers Sdn. Bhd., M. Vasudevan, 34, memberitahu, syarikat itu mengalami kerugian kira-kira RM100,000 akibat premis terpaksa ditutup selama satu hari semalam.

"Perdana Menteri mengambil inisiatif untuk bertanyakan khabar saya serta para pekerja lain yang terkesan akibat penutupan kedai emas ini semalam.

"Saya berasa gembira serta terharu dan saya turut bertanyakan khabar Datuk Seri Najib dalam pertemuan itu," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved