Isnin, 11 Julai 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Lorong belakang terlepas pandang

Posted:

Lorong belakang terlepas pandang

Lorong belakang terlepas pandang

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


LONGGOKAN sampah adalah pemandangan biasa di beberapa lorong belakang di Jalan Imbi, Kuala Lumpur. - utusan/Hafiz Kosmat


KUALA LUMPUR 11 Julai - Mungkin terlalu awal untuk menilai prestasi Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) dan agensi-agensi yang berkaitan dalam usaha menjadikan Bukit Bintang sebagai sebuah kawasan yang bersih.

Ini kerana tempoh enam bulan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan untuk tujuan itu belum pun sampai dua bulan.

Dalam usaha yang diletakkan sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Alam Flora dan agensi terbabit, lorong-lorong belakang bangunan adalah antara kawasan yang perlu diberi perhatian, selain laluan utama Bukit Bintang.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa lorong belakang kawasan Bukit Bintang mendapati kawasan terutama di sekitar Jalan Changkat Bukit Bintang, Jalan Alor dan Jalan Sahabat mula memperlihatkan suasana yang lebih bersih dan kemas.

Namun, usah terkejut kerana masih ada lokasi yang seolah-olah terlepas pandang oleh pihak bertanggungjawab seperti di Lorong Barat 2 di Jalan Imbi di sini yang bukan sahaja dipenuhi longgokan sampah tetapi longkangnya juga tersumbat teruk.

Utusan Malaysia difahamkan, keadaan itu banyak berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab penyewa bangunan yang kebanyakan terdiri daripada warga asing yang membuang sampah sesuka hati mereka.

Turut mempengaruhi keadaan persekitaran di situ ialah sikap peniaga restoran didapati sengaja membuang sampah di bahagian belakang bangunan dan bukan ke dalam tong sampah yang disediakan.

Seorang pemandu teksi, Lim Chong Yee, 57, berkata, kebanjiran ramai warga asing dilihat tidak membantu usaha kerajaan dalam soal menjaga kebersihan.

Katanya, lebih memburukkan keadaan ialah binaan bangunan terutama bahagian belakang di situ didapati sudah rosak teruk dan tidak diselenggarakan dengan baik.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd. Zain Hassan berkata, terdapat beberapa faktor yang penyumbang utama kepada masalah kebersihan di kawasan lorong belakang Jalan Imbi.

Antaranya, ialah sikap penghuni kawasan itu yang kebanyakannya adalah warga asing, kegagalan peniaga restoran menyediakan tong sampah secukupnya dan sistem pembuangan sampah cara lama yang masih diamal di kawasan itu.

"Kita menyedari masalah ini dan akan terus melaksanakan penambahbaikan supaya matlamat menjadikan Bukit Bintang sebagai kawasan yang bersih akan tercapai.

"Namun, kita mengharapkan kerjasama sama semua pihak khususnya yang tinggal dan berniaga di kawasan itu untuk sama-sama mengambil tanggungjawab dalam soal kebersihan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kompaun: MPSJ, MPK tawar diskaun istimewa

Posted:

Kompaun: MPSJ, MPK tawar diskaun istimewa

Kompaun: MPSJ, MPK tawar diskaun istimewa


ORANG ramai mengambil kesempatan memeriksa kompaun tertunggak yang mereka miliki berikutan langkah Majlis Perbandaran Klang membuka kaunter bergerak di Klang, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 11 Julai - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memperkenalkan kempen kadar rata bagi menggalakkan orang ramai membayar kompaun kesalahan trafik yang tertunggak.

Menerusi kempen yang bermula 1 Julai lalu hingga 30 Ogos itu, semua kompaun kesalahan trafik yang tertunggak hanya dikenakan bayaran sebanyak RM10.

Kenyataan akhbar MPSJ di sini memaklumkan, ini merupakan peluang terakhir diberikan kepada pesalah trafik sebelum konsep 'lebih lama tertunggak lebih banyak anda bayar' diperkenalkan bermula 1 September nanti.

Menerusi konsep itu, pesalah yang membayar pada minggu pertama dan kedua kompaun dikeluarkan akan dikenakan bayaran RM20, minggu ketiga dan keempat RM30, bulan kedua RM50 manakala pada bulan ketiga dan seterusnya dikenakan bayaran RM80.

Perkhidmatan pembayaran boleh dibuat melalui Kaunter Tetap Majlis, Kaunter Pandu Lalu, Mesin Kios Elektronik 24 Jam di MPSJ dan secara dalam talian.

"Sebaik kempen ini selesai, MPSJ akan melaksanakan tindakan secara agresif kepada semua pesalah kenderaan yang gagal menyelesaikan kompaun," kata kenyataan itu.

Tindakan yang akan diambil ialah melaksanakan kunci saman serta mengadakan operasi mengesan dan tunda kenderaan yang mempunyai rekod sebanyak 10 kompaun ke atas.

Selain itu, pesalah trafik juga akan diheret ke mahkamah di dalam tempoh dua bulan daripada tarikh pemfailan kes dan operasi waran tangkap bagi pesalah trafik yang gagal hadir sebutan kes di Mahkamah Majistret (Perbandaran) Subang Jaya.

Di Klang, Majlis Perbandaran Klang (MPK) membuka kaunter bergerak di beberapa lokasi strategik sempena Kempen Tawaran Khas RM20 Bayaran Kompaun Kesalahan Letak Kereta bermula awal bulan ini.

Pemangku Yang Dipertua MPK, Ikhsan Mukri berkata, mereka yang mempunyai tunggakan kompaun letak kereta dinasihat agar mengambil kesempatan itu yang ditawarkan sehingga hujung bulan ini.

''Kewujudan kaunter bergerak termasuk di lobi bangunan MPK ini membolehkan orang ramai untuk menyemak status kompaun mereka dan menjelaskan kompaun itu dengan kadar diskaun menarik," katanya.

Beliau berkata, pendekatan mesra rakyat itu adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai mengelak daripada dikenakan tindakan mahkamah kelak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penjaja tuntut pampasan

Posted:

Penjaja tuntut pampasan

Penjaja tuntut pampasan

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


ROSLI Ismail (kiri) dan Ridzuan Abdullah (dua dari kiri) bersama para penjaja berhimpun bagi membantah keengganan pihak pengurusan tapak perniagaan mereka di Jalan Tun Razak berhampiran Bulatan Kampung Pandan membayar pampasan kepada mereka baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 11 Julai – Penjaja di Jalan Tun Razak berhampiran Bulatan Kampung Pandan di sini yang diberi notis supaya berpindah pada 30 Jun lalu memohon agar pampasan yang setimpal dibayar kepada mereka.

Menurut mereka, pihak yang bertanggungjawab menguruskan kawasan perniagaan itu enggan memberikan mereka sebarang pampasan dan sering berdalih apabila diajak berbincang.

Wakil penjaja, Rosli Ismail berkata, dia dan penjaja-penjaja lain yang menerima notis untuk berpindah dari kawasan itu dalam tempoh sebulan dinafikan hak untuk berunding dan menyuarakan kehendak mereka.

Beliau mendakwa, mereka mendapat tahu bahawa pihak 1Malaysia Development Berhad yang akan memajukan kawasan itu sudah pun membayar pampasan kepada pihak yang menguruskan kawasan sebanyak RM3 juta namun tiada pampasan yang diberikan kepada penjaja.

"Kami hanya meminta 10 peratus daripada jumlah itu sahaja iaitu RM300,000 bagi menampung kos kerugian yang dialami oleh penjaja di sini.

"Segala infrastruktur di sini dibina sendiri oleh penjaja dan bukannya pihak pengurusan berkenaan dan banyak kos yang sudah dikeluarkan untuk tujuan itu selama ini," katanya ketika mengadakan sesi bantahan penjaja di tapak niaga penjaja itu di sini baru-baru ini.

Beliau memberitahu, terdapat 18 penjaja di situ dan kira-kira empat buah kedai telah pun dirobohkan oleh pihak pengurusan itu.

"Pihak pengurusan itu tidak mahu memberikan pampasan, sebaliknya hanya mahu memberi kos perpindahan sahaja dan itu sememangnya tidak mampu menampung kerugian kami.

"Kami tidak akan berganjak dari sini sehinggalah pihak berkenaan membayar pampasan kepada kami dan juga mencari tapak yang baru untuk kami berniaga," jelasnya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, pihaknya memberi tempoh selama seminggu kepada pihak berkenaan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Beliau berkata, jika pihak terbabit gagal berbuat demikian, maka pihaknya akan membuat laporan polis.

"Saya kesal dengan tindakan yang telah diambil mereka yang telah menyusahkan peniaga-peniaga di sini. Pihak berkenaan juga telah mengarahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memotong elektrik dan ia telah menjejaskan perniagaan penjaja di sini.

"Ikhlas akan mengambil peguam bagi membantu membela penjaja-penjaja di sini jika masalah itu masih tidak dapat diselesaikan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved