Isnin, 11 Julai 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Jangan cetus provokasi - Polis

Posted:

Jangan cetus provokasi - Polis

Jangan cetus provokasi - Polis

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
utusanperak@utusan.com.my


Beberapa anggota polis dan tentera membersihkan kawasan sekitar masjid pada program gotong-royong bersama penduduk di Bukit Gedung, Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 10 Julai - Polis memberi amaran bertindak tegas sekiranya program penerangan anjuran kerajaan DAP Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang Jaya malam esok, cuba menghasut rakyat sehingga mencetuskan kekecohan.

Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, anggota-anggotanya akan ditempatkan di lokasi berkenaan bagi memantau keadaan dan mengambil tindakan tegas jika perlu.

"Polis akan mengambil tindakan berlandaskan undang-undang jika ada mana-mana pihak yang cuba menghasut atau mencetuskan insiden buruk sepanjang program berlangsung.

"Kita tidak mahu sebarang kekecohan berlaku di negeri ini," katanya ketika ditemui pada program gotong-royong pasukan polis dan tentera bersama penduduk Bukit Gedung di sini hari ini.

Menurut Ayub, polis tidak menghalang orang ramai untuk menyuarakan pendapat tetapi ia perlu dilakukan mengikut undang-undang.

Kerajaan DAP Pulau Pinang dijadual mengadakan Majlis Penerangan Rakyat di Tapak Ekspo Seberang Jaya pukul 8 malam esok.

Antara pemimpin pembangkang yang dijangka hadir ialah Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali; Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Perhimpunan yang dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu sepatutnya berlangsung di Tapak Pesta Sungai Nibong dan Tapak Ekspo Seberang Jaya pada 30 Jun lalu.

Bagaimanapun, ia dibatalkan selepas polis berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang dua perhimpunan berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pertandingan fotografi di Menara Alor Setar

Posted:

Pertandingan fotografi di Menara Alor Setar

Pertandingan fotografi di Menara Alor Setar

ALOR SETAR 10 Julai - Menara Alor Setar sedang menganjurkan pertandingan fotografi yang bertemakan 'Menara Alor Setar di Tengah-Tengah Bandar Warisan' kepada semua peminat fotografi di negara ini.

Pengurus Besar Menara Alor Setar, Hariyati Tahir berkata, pertandingan tersebut bermula pada 15 Jun hingga 1 September ini dan menawarkan hadiah yang lumayan kepada para pemenang.

"Semua penyertaan hendaklah gambar terkini yang menepati tema yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Menara Alor Setar.

"Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori kamera SLR dan kategori telefon bimbit dan semua penyertaan kamera SLR hendaklah bersaiz Super 8R manakala kamera telefon bimbit pula hendaklah bersaiz 4R," katanya di sini baru-baru ini.

Menurutnya, pemenang pertama bagi kategori kamera SLR akan membawa pulang wang tunai RM1,000, tempat kedua pula RM800 manakala tempat ketiga akan membawa pulang wang tunai RM500.

Haryati berkata, bagi kategori telefon bimbit pula, wang tunai RM500 menanti pemenang tempat pertama, RM300 bagi tempat kedua dan RM200 bagi tempat ketiga.

"Penyertaan yang dihantar hendaklah berserta borang penyertaan rasmi yang ditulis dengan jelas dari pihak peserta.

"Pertandingan ini juga terbuka kepada jurugambar antarabangsa yang berminat untuk menyertainya," katanya.

Tambahnya, pihak Menara Alor Setar juga ingin memperkenalkan pelbagai pakej menarik yang disediakan kepada para pengunjung.

"Antaranya ialah pakej lawatan sambil belajar ke Menara Alor Setar serta pakej creative talk yang menawarkan teknik-teknik 'super mind map' dan teknik pengurusan masa untuk membolehkan para peserta mempelbagaikan usaha memaksimumkan kebolehan minda mereka," katanya.

Menurut Haryati lagi, untuk tempahan pakej, para pengunjung boleh menghubungi Jabatan Perhubungan Awam dan Acara Menara Alor Setar di talian 04-7202234 dan 04-7202901.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Atlet OKU ukir nama di Athens

Posted:

Atlet OKU ukir nama di Athens

Atlet OKU ukir nama di Athens


Suhaila Abdul Samad (tengah) disambut meriah oleh ahli keluarga dan rakannya dari Seberang Perai Utara di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, kelmarin.


PULAU PINANG 10 Julai - Kepulangan atlet orang kurang upaya (OKU), Suhaila Abdul Samad yang berjaya merangkul tiga pingat pada Sukan Paralimpik di Athens, Greece baru-baru ini disambut bagaikan seorang wirawati.

Pada kejohanan itu, Suhaila, 31, berjaya mendapat pingat emas dalam acara lompat jauh, pingat perak (lumba lari 4 x 100 meter) dan gangsa (lumba lari 100 meter).

Anak jati Kampung Bakau Tua Penaga, Kepala Batas itu ketika ditemui melahirkan kegembiraan kerana dapat mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

"Saya akan berusaha lebih keras untuk memenangi lebih banyak pingat dalam Sukan Paralimpik akan datang," katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di sini semalam.

Turut menyambut kepulangan Suhaila ialah ahli-ahli keluarganya dan rakan-rakan dari Pusat Dalam Kommuniti (PDK) Seberang Perai Utara.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Zulkifli Ismail memberitahu, Suhaila merupakan atlet OKU tempatan pertama memenangi tiga pingat pada kejohanan berkenaan.

Menurutnya, kejayaan Suhaila membuktikan golongan OKU mampu mencapai kejayaan besar dalam bidang lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved