Isnin, 11 Julai 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


PDRM guna rakaman video

Posted:

PDRM guna rakaman video

PDRM guna rakaman video

Oleh ANGELINA SINYANG
dan MOHD RAFIE AZIMI
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak dan Hishammuddin Tun Hussein mendengar penjelasan Ismail Omar sebelum Perdana Menteri berlepas ke Turkmenistan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA


KUALA LUMPUR 11 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan rakaman video semasa perhimpunan haram di ibu negara kelmarin, sebagai bukti untuk mendakwa di mahkamah pihak-pihak tertentu khususnya media asing yang membuat tuduhan tidak berasas terhadap pasukan keselamatan itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bukti diperoleh akan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara untuk menentukan tindakan lanjut yang akan diambil terhadap pihak yang membuat tuduhan berkenaan.

Beliau berkata, rakaman video bermula dari awal hingga akhir perhimpunan dirakam di bilik operasi PDRM itu sedang diteliti oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan Siber Sekuriti Malaysia (SSM).

"Jadi apa sahaja telah didakwa dan dituduh oleh pihak-pihak tertentu, maka perkara ini akan disiasat dengan bukti kukuh yang kita peroleh daripada video berkenaan.

"Tindakan akan diambil terhadap pihak dalam Internet (portal berita dan blog) dan media-media asing yang telah membuat tuduhan-tuduhan tidak berasas ini," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Hishammuddin menambah, antara bukti dicari melalui rakaman tersebut adalah dakwaan media asing mengenai jumlah sebenar perusuh yang dikatakan antara 30,000 dan 50,000 orang selain kecederaan dan kematian perusuh disebabkan oleh polis.

Beliau berkata, sekiranya dakwaan mereka didapati tidak benar, maka media terbabit perlulah bertanggungjawab dan bersedia untuk memberi penjelasan.

Ditanya bila rakaman video terbabit akan diserahkan kepada Peguam Negara, Hishammuddin berkata, sebahagiannya sudahpun diserahkan, manakala baki yang lain bergantung kepada tempoh SKMM dan SMM membuat analisis kerana polis hanya terlibat melakukan rakaman.

"Kita (PDRM) tidak ada perkara yang hendak ditakutkan kerana kita telus semasa menjalankan tugas dan sekiranya ada kesalahan, kesilapan serta kekurangan polis, mereka tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan undang-undang.

"Apa yang saya tidak mahu berlaku ialah ada pihak tertentu mengambil kesempatan mensensasikan isu tidak benar dan mengelirukan rakyat," katanya.

Menurutnya, rakaman video terbabit mengambil masa untuk dianalisis kerana PDRM mahu berlaku adil dan tidak mahu menganiaya sesiapa termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau turut mengalu-alukan mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk melihat sendiri video tersebut bagi mengelak polis dituduh mengadakan sebarang tampering (diubah-ubah) dan super impose (pertindihan imej) pada rakaman tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hina lagu Negaraku: UMT lapor polis

Posted:

Hina lagu Negaraku: UMT lapor polis

Hina lagu Negaraku: UMT lapor polis

KUALA TERENGGANU 11 Julai - Siasatan awal Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mendapati individu yang bertindak biadab menghina lagu Negaraku dan pemimpin negara menerusi laman sosial Facebook bukan penuntut universiti itu.

Bagaimanapun, UMT tidak menolak kemungkinan individu yang dikenali sebagai Mohd. Farizal terbabit pernah belajar di situ sebelum ini.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT, Prof. Dr. Yahaya Ibrahim (gambar) menegaskan, pihaknya memandang serius perkara tersebut dan satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Gong Badak, malam tadi.

"Sekarang kita serah kepada polis untuk siasat sama ada individu itu pernah menuntut di UMT atau sekadar menyamar sebagai penuntut UMT.

"Jika terbukti Mohd. Farizal itu penuntut UMT, maka, pihak kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas memandangkan perbuatannya itu sangat serius," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Simposium Tahunan Antarabangsa UMT (UMTAS 2011) Kali Ke-10 di sini, hari ini.

Yahaya diminta mengulas mengenai perkembangan kes seorang pemuda dipercayai mahasiswa UMT berikutan tindakannya mencerca, mempersendakan negara serta raja Melayu menerusi lirik lagu kebangsaan yang diubah dalam laman sosial Facebook.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Aziz Deraman terkejut dengan tindakan individu yang dikaitkan sebagai pelajar universiti tersebut.

Tambah Aziz, pihaknya tidak rela mempunyai penuntut yang menghina lagu Negaraku dan akan memastikan tindakan tegas diambil.

Sementara itu, mengulas tentang simposium tahunan tersebut, Yahaya memberitahu, ia berjaya menarik minat hampir 500 peserta dari dalam dan luar negara.

Simposium yang berlangsung selama tiga hari itu dirasmikan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved