Sabtu, 2 Julai 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Pintu rundingan ditutup

Posted:

Pintu rundingan ditutup

Pintu rundingan ditutup

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menutup pintu rundingan dengan mana-mana penganjur perhimpunan haram pada 9 Julai ini selepas nasihat kepada pemimpin masing-masing diberikan sejak semalam dan kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, berikutan itu, tindakan tegas akan diambil kepada penganjur yang tetap berdegil untuk meneruskan hasrat mereka.

Menurutnya, sepanjang dua hari lepas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan beliau sendiri telah memberi nasihat kepada penganjur perhimpunan haram itu tentang tindakan yang akan diambil terhadap mereka.

Tiga pihak yang diberi nasihat itu adalah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pergerakan Pemuda UMNO.

"Selepas nasihat diberi, polis tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan menahan pemimpin perhimpunan haram itu lebih awal, kita juga mungkin akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Tindakan tegas itu diambil bagi menjaga keamanan negara dan keselamatan rakyat kerana peniaga, pengusaha teksi dan bas termasuk agensi pelancongan semakin risau perniagaan mereka terjejas," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Tambahnya, selain arahan tegas supaya tiada perhimpunan haram diadakan pada 9 Julai ini, polis juga akan merampas segala bahan promosi termasuk baju kuning yang tertulis Bersih atau baju merah, Patriot.

Beliau berkata, mereka yang cuba mengadakan perhimpunan haram itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967.

Dalam pada itu, Khalid memberitahu, sebanyak 2,136 laporan polis terhadap Bersih telah dibuat di seluruh negara sehingga semalam.

Menurutnya, polis setakat ini telah menahan seramai 115 orang berkaitan perhimpunan haram itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Demo bantah kerajaan DAP Pulau Pinang

Posted:

Demo bantah kerajaan DAP Pulau Pinang

Demo bantah kerajaan DAP Pulau Pinang


SEBAHAGIAN daripada 1,500 anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah sikap Lim Guan Eng dan pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang di George Town semalam. - UTUSAN/Sazali Che Din


PULAU PINANG 1 Julai - Lebih 1,500 orang berarak dan berhimpun di beberapa jalan utama dan hadapan Komtar bagi membantah pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang yang didakwa menindas orang Melayu dan rakyat negeri itu.

Mereka yang memakai lilitan kain berwarna merah di kepala memenuhi jalan-jalan raya menyebabkan beratus-ratus kenderaan terpaksa berhenti.

Mereka yang merupakan pemimpin serta ahli dari beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta orang ramai berarak selepas solat Jumaat sejauh enam kilometer bermula dari Masjid Melayu Lebuh Acheh menuju ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

Apabila tiba di Komtar, mereka mengelilingi bangunan yang menempatkan pejabat pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang itu melalui Jalan Magazine sebelum bertindak nekad duduk di atas jalan raya selama hampir 10 minit di Jalan Penang.

Sambil berarak, mereka merentang sepanduk-sepanduk dan melaungkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Guan Eng.

Mereka juga berselawat dan menyanyikan lagu-lagu patriotik.

Turut dibawa bersama dalam perarakan serta perhimpunan itu adalah dua ekor itik.

Itik tersebut pada mulanya mahu diserahkan kepada Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim sebagai simbolik bahawa pemimpin PKR itu hanya pandai bercakap tetapi hakikatnya tidak langsung mahu membela orang Melayu.

Bagaimanapun, hasrat berkenaan tidak kesampaian apabila kedua- dua itik itu dirampas polis.

Para peserta perhimpunan bersurai kira-kira sejam kemudian dan meneruskannya di tengah-tengah Jambatan Pulau Pinang dengan kira-kira 20 orang berdiri sambil memegang kain rentang termasuk dalam bahasa Cina hampir setengah jam.

Kehadiran mereka di atas jambatan menyebabkan pemandu terpaksa memperlahankan kenderaan masing- masing menyebabkan kesesakan lebih lima kilometer dari bahagian pulau menuju ke Seberang Prai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Akta Guaman Syarie disegerakan

Posted:

Akta Guaman Syarie disegerakan

Akta Guaman Syarie disegerakan

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bersalaman dengan peguam-peguam syarie pada majlis perasmian serentak Persidangan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia Ke-13 dan penutupan Konvensyen Peguam Syarie Seluruh Malaysia Ke-2 di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 1 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan menyegerakan penggubalan Akta Guaman Syarie bagi memartabatkan sistem kehakiman syariah dan profesion guaman syarie di negara ini.

Kata Perdana Menteri, akta itu penting bagi mengawal dan menjaga kebajikan, menyeragamkan undang-undang syarie dan penerimaan masuk peguam-peguam syarie di seluruh negara.

"Menerusi akta ini juga, sebuah Majlis Peguam Syarie serta garis panduan etika guaman syariah akan ditubuhkan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian serentak Persidangan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia Ke-13 dan penutupan Konvensyen Peguam Syarie Seluruh Malaysia Ke-2 di sini hari ini.

Najib menambah, negara ketika ini tidak mempunyai satu akta khusus bagi mengawal etika guaman syarie sehingga menimbulkan banyak kes seperti menipu anak guam, membawa butiran palsu, mengenakan caj perkhidmatan yang tinggi dan tidak munasabah kepada anak guam.

"Justeru, sudah tiba masanya untuk kita memiliki Akta Guaman Syarie seperti Akta Profesion Undang-Undang 1976 dan menubuhkan Majlis Peguam Syarie seperti Majlis Peguam Malaysia," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Najib berkata, kerajaan sedia menimbang untuk menubuhkan sebuah akademi atau Institut Latihan Kehakiman Syariah Malaysia yang boleh dikenali sebagai 'ILKAS'.

Jelas beliau, ILKAS bertujuan memberikan latihan secara profesional kepada hakim, pendakwa dan pegawai syariah lain termasuk peguam-peguam syarie.

"Tapak tanah yang sesuai sama ada di Wilayah Persekutuan atau di Selangor untuk ILKAS nanti hendaklah dikenal pasti," katanya.

Najib turut menambah, kerajaan juga sedia melantik lebih ramai hakim syarie wanita yang layak untuk menjayakan transformasi kerajaan dan keperluan rakyat.

Ia juga kata beliau, supaya Malaysia mampu menjadi model kepada negara-negara lain dalam perkembangan perundangan Islam di dunia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved