Sabtu, 2 Julai 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


YIT anjur kursus pemantapan guru KAFA

Posted:

YIT anjur kursus pemantapan guru KAFA

YIT anjur kursus pemantapan guru KAFA

KUALA TERENGGANU 1 Julai - Dalam usaha meningkatkan keupayaan mengajar guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di negeri ini, seramai 1,600 orang telah mengikuti kursus pemantapan sejak April lalu.

Pengarah Yayasan Islam Terengganu (YIT), Md. Kamaru Al-Amin Ismail berkata, kursus yang merangkumi lapan siri melibatkan guru KAFA sepenuh masa itu diadakan di setiap kawasan Parlimen.

Katanya, kursus yang merupakan kerjasama di antara Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) bakal diteruskan secara berperingkat melibatkan 1,500 orang lagi guru.

"Kajian mendapati hanya kira-kira 45 peratus keberkesanan sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dicapai di kalangan murid-murid berbanding guru KAFA di bawah kementerian iaitu lebih 80 peratus.

"Justeru, kita melaksanakan kursus ini bagi melatih guru-guru terbabit agar dapat menyampaikan pengajaran mereka dengan lebih baik selain meningkatkan pembangunan jati diri mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Mesyuarat Agung Persatuan Guru KAFA Terengganu (Perkat) Ketiga yang disertai 1,376 guru di sini semalam.

Perasmian disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengerusi Perkat, Abdul Razak Yusof.

Katanya, kursus tersebut merangkumi beberapa modul yang diambil daripada Institut Pendidikan Guru (IPG) agar kaedah yang digunakan dalam pengajaran selaras dan menepati kehendak pelajar.

Tambahnya, sehingga kini sebanyak 410 buah premis KAFA yang menyediakan pembelajaran al-Quran dan bacaan jawi diwujudkan di seluruh negeri ini melibatkan seramai 73,500 orang pelajar.

Katanya, dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun lalu, seramai 3,527 pelajar mencapai keputusan 8A daripada 16,311 calon atau 22 peratus iaitu meningkat enam peratus berbanding tahun sebelumnya.

"Terengganu merupakan negeri paling ramai pelajar Kelas Kafa yang mendapat A dalam semua subjek dan seorang pelajarnya, Nurul Nadiah Azhahar terpilih menerima Anugerah Perdana peringkat kebangsaan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Program Jom Solat di Masjid, 26 Nov.

Posted:

Program Jom Solat di Masjid, 26 Nov.

Program Jom Solat di Masjid, 26 Nov.


Ahli Kumpulan Nur Iman yang terlibat dalam persembahan nasyid sempena pelancaran Jom Solat di Masjid di Lundang, Kota Bharu. semalam.


KOTA BHARU 1 Julai – Dalam usaha mendekatkan generasi muda dengan masjid, pihak pengurusan Masjid Mukim Lundang dekat sini mengambil inisiatif menganjurkan program 'Jom Solat di Masjid' selama lima bulan bermula Ahad ini sehingga 26 November depan.

Program itu dianjurkan dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Lundang, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) serta Persatuan Dakwah dan Kebajikan Mukim Lundang.

Pelancaran program itu dilakukan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lundang, Ab. Kadir Sulaiman di masjid berkenaan malam tadi yang turut dihadiri Imam Tua Masjid Mukim Lundang, Muhamadi Zakaria dan Imam Muda, Asyraf Fadli Che Ahmad.

Majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh Kumpulan Nur Iman dari Sekolah Kebangsaan Lundang serta bacaan al-Quran oleh seorang murid sekolah berkenaan, Ahmad Zahirul Wa'ie Mohd. Zain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

60 ahli PPKM jadi pra kaunselor

Posted:

60 ahli PPKM jadi pra kaunselor

60 ahli PPKM jadi pra kaunselor

KUALA TERENGGANU 1 Julai - Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) dengan kerjasama Institut Sosial Malaysia (ISM) bakal melatih seramai 60 ahlinya sebagai pra kaunselor mulai tahun ini.

Presidennya, Datuk Paduka Raja Datuk Wan Mahmood Pawan Teh berkata, ia sebahagian daripada usaha agar mereka terus berperanan membantu masyarakat dengan memanfaatkan kewibawaan dan pengalaman yang dimiliki.

Katanya, untuk permulaan, seramai 60 ahli akan diberi latihan merangkumi beberapa modul berkaitan kaedah kaunseling yang mudah selama tiga hari sebelum mengikuti latihan lanjutan.

"Kita mensasarkan melalui program ini dapat mewujudkan satu pra kaunselor satu keluarga dalam usaha membantu mereka yang memerlukan nasihat bermula dengan ahli keluarga sendiri,'' katanya di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved