Sabtu, 2 Julai 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Pas diramal kalah teruk - Ibrahim

Posted:

Pas diramal kalah teruk - Ibrahim

Pas diramal kalah teruk - Ibrahim

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my

SUNGAI PETANI 2 Julai - Pas diramalkan kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 sekiranya bertegas mahu berkomplot dengan dalang utama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S.Ambiga untuk mengadakan perhimpunan haram 9 Julai ini.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, kekalahan Pas itu bukan sesuatu yang mustahil memandangkan orang Melayu sudah muak dengan parti tersebut.

"Orang Melayu sebelum ini memang kecewa dengan sikap Pas kerana diperkuda dan menjadi alat kepada DAP serta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pas membiarkan Islam dan Melayu dihina tanpa membela malah jauh sekali bertindak demi kesucian Islam dan maruah umat Melayu.

"Saya percaya Pas akan dihukum oleh orang Melayu terutamanya golongan majoriti senyap dalam PRU nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Khas Perkasa di Sekolah Menengah Vokasional 2 di sini hari ini.

Lebih 1,200 ahli dan perwakilan Perkasa daripada 12 daerah di Kedah menghadiri mesyuarat terbabit.

Hadir sama ialah Yang Dipertua Perkasa Kedah, Syed Osman Mansor dan bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.

Ibrahim berkata, orang Melayu juga berasa kecewa kerana Pas tidak melakukan sebarang tindakan apabila agama Islam dihina begitu teruk oleh parti politik sekutu mereka iaitu DAP.

"Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini memang memperlihatkan mereka hanya mengiakan apa saja dilakukan oleh DAP, PKR dan Anwar," katanya.

Katanya, tindakan Pas nampaknya sampai kepada kemuncak apabila kini berketuakan individu yang mempunyai rekod anti-Islam seperti Ambiga.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

NGO gesa polis tangkap penganjur Bersih

Posted:

NGO gesa polis tangkap penganjur Bersih

NGO gesa polis tangkap penganjur Bersih

KUALA LUMPUR 2 Julai - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara terus membantah perhimpunan haram Bersih 9 Julai ini, termasuk menggesa polis menangkap segera mereka yang terlibat dengan penganjurannya.

Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) berkata, tindakan itu perlu bagi mengelak berlakunya huru-hara.

Penasihat Utama Permas, Syed Husain Al Shahab turut mengingatkan orang Melayu agar tidak terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu yang mempengaruhi mereka untuk menyertai perhimpunan haram Bersih itu.

"Memang akan ada orang Melayu yang berhasrat menyertai Bersih tetapi mereka ini adalah golongan yang buta sejarah dan tidak mengenang budi yang kami anggap sebagai penderhaka," katanya pada sidang akhbar bersama perwakilan penduduk Jalan Raja Alang, Kampung Baru di sini hari ini.

Pengerusi Penduduk Jalan Raja Alang, Syed Muzairin Syed Kamarul Bahrin pula berkata, perhimpunan haram itu bukan sahaja akan merugikan penduduk kawasan tersebut yang majoritinya adalah peniaga malah bimbang dengan fahaman komunis yang mungkin cuba diserapkan dalam perhimpunan Bersih.

Di PERAK, seramai 3,000 belia berkonvoi di jalan-jalan utama bagi membantah perhimpunan Bersih.

Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Perak, Norlizaizul Ismail berkata, konvoi secara aman kira-kira sejam itu antara lain bertujuan menunjukkan golongan belia bersatu hati menolak himpunan tersebut daripada diteruskan.

Di JOHOR, Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM) membuat laporan polis bagi menentang perhimpunan haram Bersih.

Timbalan Presidennya, Azmi Sojak turut menasihatkan kesemua guru di seluruh negara tidak terlibat dalam perhimpunan tersebut sebaliknya menumpukan perhatian kepada tugas hakiki mereka untuk mendidik anak bangsa.

Di PERLIS, sekumpulan 300 penduduk pelbagai bangsa berarak sejauh satu kilometer menuju ke pejabat DAP bagi membantah perhimpunan Bersih.

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Tengku Aziz Tengku Jaafar berkata, perarakan secara aman itu adalah bagi menunjukkan kepada penganjur Bersih termasuk parti pembangkang bahawa rakyat tidak merestui tindakan haram tersebut.

Di PAHANG, enam lagi NGO tampil membuat laporan polis bagi membantah penganjuran perhimpunan haram yang disifatkan bagi mengguling kerajaan dengan mengunakan kekerasan.

Pengerusi Pertubuhan Insan Muslim Pahang, Ibrahim Maidin berkata, pemimpin Bersih yang bergabung bersama pemimpin pembangkang perlu mendengar suara majoriti rakyat dan bukannya bertindak untuk kepentingan politik mereka semata-mata.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved