Sabtu, 2 Julai 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Rapatkan jurang perkauman

Posted:

Rapatkan jurang perkauman

Rapatkan jurang perkauman


Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan mendekati rakyat di Padang Besar, Perlis, semalam. - Bernama


PADANG BESAR 1 Julai - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menitahkan agar semua rakyat merapatkan jurang perkauman dan mengukuhkan perpaduan tanpa mengira kaum, agama dan pegangan politik.

Baginda bertitah, hanya dengan perpaduan dapat mengelakkan konflik pergaduhan, perasaan hasad dengki dan budaya fitnah memfitnah.

"Saya percaya bahawa perpaduan yang kukuh menyumbang kepada kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi yang mapan," titah baginda pada majlis Jamuan Teh Rakyat di Felda Rimba Mas sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-68 baginda di sini, semalam.

Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dan Exco-exco kerajaan negeri.

Baginda bertitah, perpaduan yang terbina di negeri ini harus diteruskan kerana melaluinya tumpuan dapat diberikan terhadap usaha memperluaskan hasil negeri.

"Ia juga dapat memperkasakan perniagaan, mengindahkan landskap dan kebersihan persekitaran serta meningkatkan pencapaian pendidikan," titah baginda.

Baginda turut menitahkan setiap rakyat di negeri ini memainkan peranan menjaga kebersihan negeri ini bagi menjana ekonomi sekali gus meletakkan Perlis sebagai negeri terbersih di negara ini.

"Tiada guna pendapatan tinggi, namun minda kita masih di tampuk lama dalam soal kebersihan. Minda kita kena berubah bersesuaian dengan taraf negara maju. Selain itu jangan kita hanya berharap kepada pihak berkuasa tempatan untuk menjaga kebersihan kawasan kita," titah baginda.

Baginda bertitah, Perlis adalah negeri yang kecil, justeru tidak sukar untuk rakyat menjaga kebersihan bagi menarik pelancong dan menambah pendapatan rakyat.

Dalam pada itu, baginda turut memuji usaha penduduk Felda Rimba Mas yang sentiasa menjaga kebersihan kawasan penempatan mereka sekali gus menunjukkan dedikasi setiap penduduk di kawasan itu.

"Saya mendoakan semoga segala perancangan dan pembangunan yang direncanakan oleh Felda akan dapat dinikmati oleh rakyat negeri ini seterusnya meningkatkan ekonomi negeri," titah baginda.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Karnival Kerjaya Pemuda BN penuhi aspirasi golongan muda

Posted:

Karnival Kerjaya Pemuda BN penuhi aspirasi golongan muda

Karnival Kerjaya Pemuda BN penuhi aspirasi golongan muda

SUNGAI PETANI 1 Julai - Penganjuran Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BNYJF) peringkat negeri selama tiga hari bermula hari ini diyakini mampu meningkatkan kembali keyakinan golongan muda terhadap perjuangan parti itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, pendekatan baru itu juga mampu memenuhi aspirasi golongan muda yang ingin melihat BN dan UMNO menjadi peneraju kepada penyelesaian masalah mereka.

"Karnival kerjaya ini memang dinanti-nantikan oleh penduduk Kedah.

"Saya yakin ia mampu menonjolkan imej dan memperlihatkan wajah perjuangan BN yang lebih dinamik, kuat dan berorientasikan tindakan seperti yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya ketika berucap merasmikan karnival itu di sini hari ini.

Ahmad Bashah berkata, berdasarkan makluman yang diterimanya, golongan muda pelbagai kaum di negeri ini kini kembali memberi sokongan kepada BN.

Katanya, keadaan itu berlaku selepas mereka melihat kesungguhan dan tindakan proaktif yang diambil kerajaan Pusat untuk membantu golongan itu.

"Saya berasakan angin perubahan ini turut disumbangkan oleh rasa perit mereka berada di bawah negeri pembangkang seperti di Kedah. Selama tiga tahun memerintah, keadaan ekonomi makin merudum, tiada pelaburan masuk dan ia mengakibatkan peluang kerja terhad," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberi jaminan bahawa Badan Perhubungan UMNO negeri akan membantu Pemuda BN sama ada peringkat pusat atau negeri menganjurkan program yang memberi manfaat kepada golongan muda.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penduduk lega struktur haram tepi masjid diroboh

Posted:

Penduduk lega struktur haram tepi masjid diroboh

Penduduk lega struktur haram tepi masjid diroboh

PULAU PINANG 1 Julai - Kariah Masjid Kampung Tengah, Jalan Burmah di sini menarik nafas lega apabila laluan ke masjid berkenaan dibuka semula selepas Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bertindak meroboh struktur haram yang dibina di situ.

Sebelum ini, kariah dari kawasan berhampiran seperti Jalan Kedah, Lorong Selamat dan Jalan Burmah terpaksa menggunakan laluan alternatif yang lebih jauh setelah struktur konkrit berbumbung itu menutup tiga jalan masuk ke masjid tersebut yang berusia 150 tahun.

Operasi meroboh sebahagian bumbung dan dinding yang dipercayai bakal dijadikan premis menjual kereta terpakai itu dijalankan kira-kira pukul 9 pagi melibatkan 20 anggota penguat kuasa MPPP bersama dua jentolak.

Imam masjid tersebut, Yassin Mira, 62, berkata, walaupun lega struktur berkenaan dirobohkan, beliau tetap kecewa dengan sikap Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim yang tidak turun padang bagi melihat keadaan sebenar.

"Aduan telah dikemukakan kepada MPPP sejak dua bulan lalu apabila pemilik tanah yang terletak bersebelahan tanah wakaf masjid bertindak mendirikan struktur haram.

"Namun selepas campur tangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan UMNO, barulah ada perubahan," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sabtu lalu, kira-kira 50 ahli kariah masjid termasuk anggota NGO berhimpun bagi membantah serta menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap MPPP yang didakwa mengambil tanah wakaf masjid berkenaan dan menjualnya kepada pihak ketiga untuk tujuan komersial.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved