Sabtu, 2 Julai 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Berpindah semula ke Terminal 1

Posted:

Berpindah semula ke Terminal 1

Berpindah semula ke Terminal 1

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 1 Julai - Semua operator bas ekspres yang beroperasi di Terminal 2 dekat sini sejak setahun lalu akan berpindah semula ke Terminal 1 berikutan lokasi stesen itu didapati tidak strategik selain menyukarkan penumpang untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam lain.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah itu dianggap praktikal kerana ia bakal memudahkan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam lain seperti bas perbandaran, teksi dan komuter yang terletak berhampiran Terminal 1.

"Terminal 2 sebenarnya diuruskan oleh pihak swasta manakala Terminal 1 pula dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Seremban (MPS), tetapi sejak perkhidmatan bas dipisahkan di kedua-dua terminal ini ia telah menimbulkan pelbagai kesulitan kepada pengguna.

"Ini kerana lokasi Terminal 2 terletak jauh dari stesen komuter yang menyukarkan penumpang yang turun di hentian itu untuk mendapatkan perkhidmatan bas perbandaran termasuk teksi yang berpusat di Terminal 1," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas Mohamad, ramai pengguna serta penumpang yang merungut serta mengadu berhubung masalah tersebut sehingga memaksa pengendali perkhidmatan bas di Terminal 2 berpindah semula ke tempat operasi awal iaitu di Terminal 1.

"Bagaimanapun, isu ini tiada kena mengena dengan pihak kerajaan negeri dan keputusan itu juga telah dibuat oleh operator bas terbabit yang dilakukan berteraskan aspek perniagaan," ujarnya.

Mengulas lanjut perkara tersebut Mohamad memberitahu, pemindahan perkhidmatan bas ke Terminal 2 merupakan arahan yang dikeluarkan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) setahun lalu.

Dalam pada itu, Mohamad turut memuji usaha MPS menaik taraf Terminal 1 yang dilakukan secara berperingkat sejak pihak berkuasa tempatan (PBT) itu mengambil alih semula pengurusan terminal tersebut daripada syarikat swasta.

"Banyak perubahan positif telah dilakukan oleh MPS sejak menguruskan semula Terminal 1. Keadaan sudah bertambah baik, tempat letak kereta lebih kondusif, persekitaran lebih bersih dan kita tidak lagi menerima rungutan daripada orang ramai termasuk peniaga," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Biodiesel mula dijual di Melaka

Posted:

Biodiesel mula dijual di Melaka

Biodiesel mula dijual di Melaka

MELAKA 1 Julai - Semua kenderaan berdiesel milik kerajaan negeri akan beralih penggunaanya kepada minyak biodiesel kelapa sawit B5 yang mula dijual di 107 stesen minyak di seluruh negeri bermula hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, usaha itu diambil selaras dengan matlamat kerajaan negeri yang ingin menjadikan Melaka sebagai negeri berteknologi hijau.

Menurutnya, penduduk negeri ini juga disaran menggunakan minyak itu yang diadun dengan lima peratus biodiesel kerana selain menjimatkan ia juga mementingkan penjagaan alam sekitar.

''Usaha ini bukan sahaja mengurangkan penggunaan bahan api malah mengurangkan masalah suhu panas yang melanda negeri ini sejak kebelakangan ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan penggunaan biodiesel sawit adunan B5 peringkat negeri yang turut dihadiri Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Seri Shahrir Abdul Samad di sini hari ini.

Menurutnya, mereka yang berhasrat menggunakan diesel B5 juga tidak perlu bimbang mengenai harga minyak itu memandangkan kerajaan menyediakan subsidi bagi memastikan harga runcit biobahan api B5 menyamai kadar harga diesel petroleum.

''Usaha ini bersesuaian dengan dasar kerajaan negeri yang sedang bergerak ke arah negeri bandar teknologi hijau," katanya.

Sementara itu menurut Shahrir, pelancaran penggunaan biodiesel B5 untuk wilayah Tengah akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat sebelum diperluaskan ke negeri lain.

Selain Melaka katanya, beberapa negeri lain yang akan turut menggunakan bahan api tersebut ialah Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor memandangkan permintaan yang tinggi terhadap bahan tersebut.

Menurut beliau, pihaknya menjangkakan penggunaan biodiesel B5 akan digunakan sepenuhnya di seluruh negara menjelang tahun depan.

''Langkah ini bukan sahaja dapat memperkukuhkan harga minyak sawit malah secara tidak langsung berupaya meningkatkan pendapatan pengusaha kelapa sawit," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hari Berbasikal bakal diperkenalkan di Melaka

Posted:

Hari Berbasikal bakal diperkenalkan di Melaka

Hari Berbasikal bakal diperkenalkan di Melaka


Anggota perkhidmatan awam berbasikal sejauh dua kilometer menuju ke pejabat, Seri Negeri bagi menjayakan kempen Hari Berbasikal di Melaka, semalam.


MELAKA 1 Julai - Hari Berbasikal akan diperkenalkan di negeri ini bagi mengalakkan kempen agar seluruh rakyat mengamalkan budaya berbasikal setiap minggu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, cadangan memperkenalkan Hari Berbasikal adalah salah satu usaha untuk mempromosikan negeri ini sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau menjelang 2020.

Bagi tujuan tersebut, beliau meminta kerjasama daripada orang ramai untuk mencadangkan kawasan dan hari yang sesuai bagi merealisasikan cadangan tersebut.

Menurutnya, maklumat daripada orang ramai amat penting untuk kerajaan negeri mengisytiharkan kawasan bebas kenderaan bagi membolehkan aktiviti berbasikal beroperasi di kawasan terbabit.

''Hari Berbasikal akan diadakan sekali seminggu di mana seluruh masyarakat boleh berbasikal dari pagi hingga tengahari sama ada dari pagi hingga petang.

''Kawasan yang perlu dicadangkan pula perlu mengambil kira ia bukan menjadi laluan utama kenderaan masuk ke bandar raya ataupun boleh menghalang aktiviti harian penduduk," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai barisan Exco, ketua-ketua jabatan dan kakitangan kerajaan memulakan kempen berbasikal di sini hari ini.

Sambil berpakaian baju Melayu, Mohd. Ali disertai kira-kira 50 orang termasuk ahli kelab Basikal Tua Melaka mengiringi beliau mengayuh basikal dari kediaman rasminya di Seri Bendahara ke pejabat di Seri Negeri.

Mengulas lanjut Mohd. Ali berkata, orang ramai yang ingin menyalurkan cadangan tersebut boleh menghubungi pusat nombor panggilan setempat (ONCC) menerusi talian 06-3333333 dan nombor tersebut boleh digunakan untuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS).

Sementara itu beliau berkata, aktiviti berbasikal melibatkan Exco, ketua-ketua jabatan dan kakitangan kerajaan negeri ke pejabat akan diadakan setiap Jumaat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved