Sabtu, 2 Julai 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Warga emas mati ditikam

Posted:

Warga emas mati ditikam

Warga emas mati ditikam

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my


Ah Ngo, Mui Tian


MELAKA 2 Julai – Hanya kerana cemburu, seorang lelaki menikam bertubi-tubi sehingga mati seorang wanita warga emas dan mencederakan anak perempuan mangsa di sebuah rumah di Kampung Baru Ayer Salak, Bukit Rambai, di sini malam semalam.

Mangsa, Ah Ngo, 75, maut akibat tikaman itu manakala anak perempuannya, Lim Mui Tian, 33, yang juga bekas kekasih suspek cedera parah.

Dalam kejadian pukul 11.40 malam itu, suspek yang sudah berkahwin datang ke rumah mangsa untuk bersembang ketika suami Mui Tian berada di luar negara kerana bekerja.

Menurut jurucakap polis, Mui Tian kemudian menyuruh bekas kekasihnya yang merupakan rakan sekampung pulang dengan alasan sudah lewat malam.

"Bagaimanapun lelaki itu tidak dapat menerima lalu berlaku pertengkaran antara kedua-duanya. Lelaki itu mengeluarkan pisau dan menikamnya di dapur.

"Suspek seterusnya meluru ke ruang tamu dan menikam ibu mangsa bertubi-tubi hingga mati. Anak lelaki Mui Tian berusia dua tahun terselamat kerana tidur di sebuah bilik," katanya di sini hari ini.

Mayat Ah Ngo dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat manakala Mui Tian dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye ketika dihubungi hari ini memberitahu, suspek menyerah diri kepada polis kira-kira pukul 11 pagi ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pensyarah maut dirempuh kereta sendiri

Posted:

Pensyarah maut dirempuh kereta sendiri

Pensyarah maut dirempuh kereta sendiri

SEREMBAN 2 Julai - Seorang pensyarah wanita maut dirempuh kenderaannya sendiri yang secara tiba-tiba mengundur ketika mangsa hendak menutup pintu pagar di rumahnya di Taman Setia Hati, di sini semalam.

Mangsa, Nor Adibah Ghazali, 44, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJ) di sini, pukul 2.10 pagi akibat cedera parah di kepala.

Difahamkan ketika kejadian kira-kira pukul 6 petang, Nor Adibah yang bertugas di Institut Perguruan Raja Melewar (IPRM) di sini baru sampai ke rumah selepas selesai bekerja.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang memandu Perodua Myvi bersendirian kemudian meletakkan kenderaannya itu di dalam kawasan rumahnya yang agak curam.

"Bagaimanapun, ketika mangsa mahu menutup pintu pagar kereta berkenaan tiba-tiba mengundur lalu merempuh mangsa yang ketika itu berada di belakang.

"Berikutan itu wanita berkenaan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved